Showing posts with label Recipe : Dessert. Show all posts
Showing posts with label Recipe : Dessert. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Resepi Cream Puff

First time buat cream puff memang tak menjadi. sebabnya resepi salah. pastu ubah-ubah sikit.
baru lah dapat buat yang betul-betul fluffy :)

Resepi (untuk 20 biji saiz kecil) :

1/2 cawan butter
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
secubit garam
4 biji telur

cara- cara :

1) Masukkan butter dan air ke dalam periuk dengan api kecil. kacau sampai butter tuh larut.

2)bila dah larut, masukkan tepung gandum dan garam.

3) kacau sampai menjadi doh/ macam adunan roti.

4) tutup api dan biar sejuk selama 5-10minit.

5) masuk telur satu persatu, dan kacau sampai sebati. (tak perlu letak atas api)

6) masukkan adunan dalam piping bag dan pipe kan atas aluminium foil yang disapu butter.

7) bakar dengan suhu 200 C selama 15minit- 25minit.

8) bila sudah masak, biar kan sejuk selama setengah jam sebelum masukkan custard.

Resepi untuk custard :

2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar/ low fat
2 biji telur
3 sudu besar gula

Cara -cara :

1) campurkan semua bahan di dalam periuk dan pukul hingga sebati.

2) masak di atas api yang perlahan sehingga pekat.


selamat mencuba! :)










Sunday, January 16, 2011

Resepi Puding Gula Hangus



Bahan -Bahan :
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air
2 sudu besar gula pasir.


untuk caramel/gula hangus :
.
4 sudu gula
.
cara -cara :
.
1) pukul telur sehingga kembang, campurkan susu pekat, air dan gula pasir ke dalamnya.
.
2) panas kan kuali di atas api kecil, masukkan 4 sudu gula dan kacau selama 2 minit. jangan sampai gula tuh berketul. tunggu sampai gula jadi light brown dan tuang gula tersebut ke dalam loyang. (gula akan mengeras kalau sejuk, tapi biarkan nanti lepas kukus akan cair balik)
.
3) tuang adunan yang kita mula-mula buat tadi ke dalam loyang.
.
4) kukus selama 30min.
.
5) biarkan sejuk dan siap untuk dimakan :)
.
xoxo

Monday, December 27, 2010

Resepi Ketupat Sotong

Bahan-Bahan :

1)Sotong Segar

2)Santan pekat ( depends banyak mana nak kuah dia, biasa beli kat kedai santan rm2 tu dah cukup. or satu kotak)

3)Gula Melaka

4) Beras Pulut

5)Secubit Garam

Cara-cara :
Rendam beras pulut di dalam air selama 15minit.

Cuci sotong hingga bersih, dan masukkan beras pulut ke dalamnya, masukkan separuh sahaja, jangan sampai penuh. bagi ruang untuk beras tuh masak.



Tutup badan sotong dengan kepalanya dan cucuk silang dgn lidi.



Tuang santan pekat tadi ke dalam periuk dengan secubit garam.
masukkan 4 keping gula melaka.



Biar mendidih dan sampai beras pulut masak












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...