Showing posts with label Recipe : Fish. Show all posts
Showing posts with label Recipe : Fish. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Resepi ikan siakap stim limau

Salam all,

tengahari tadi rajin pulak nak masak padahal tempahan tart ada lagi 200 tak siap -_-
so nak share recipe kat sini sebab rasanya sedap :D original recipe is from my mum.

bahan-bahan :

3-4 cili padi (dipotong)
3-4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm halia (hiris halus)
2 batang serai (potong halus)
1 biji limau nipis (perah dan ambil jus nya)
1 sudu besar sos ikan
daun limau purut dan daun ketumbar (potong halus)
garam secukup rasa





ini dia rupa sos ikan


sos ikan campur dengan jus limau nipis


daun ketumbar & daun limau purut


cara-cara :


1)perap ikan siakap dengan bawang, halia dan garam yang ditumbuk selama 30minit.

2) panaskan periuk untuk kukus ikan.

3)masukkan semua bahan-bahan : jus limau nipis, garam, garam, cili padi, bawang putih,serai, halia dan sedikit air. kukus selama 5minit.


4) selepas 5minit, masukkan daun ketumbar & daun limau purut. kukus lagi dalam masa 10-15minit.



siap untuk dimakan! senang kan? selamat mencuba :)


xoxo

Saturday, November 27, 2010

Ikan Siakap Sos Mangga Recipe

Bahan-bahan :

Ikan Siakap - diperap dengan bawang putih, halia dan secubit garam.
Salut dengan tepung jagung sebelum goreng.

untuk sos mangga :

Bawang putih dan halia diketuk.
Cili/ Carrot/ Lada Benggala
Sos Cili Thai
Sos ikan
Sos tomato
garam dan serbuk perasa.
mangga - diparut


Mula-mula goreng dulu ikan siakap sehingga garing.

ketepikan.
Tumis bawang putih dan halia. kemudian masukkan sos cili thai, sos tomato dan satu sudu sos ikan. masukkan sedikit air. masukkan cili besar/carrot/lada benggala.
Masukkan garam dan serbuk perasa.



Tuang sauce yang sudah dimasak ke atas ikan tadi. dan taburkan mangga yang diparut.


xoxo :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...