Showing posts with label The life of Ayya : Her Life. Show all posts
Showing posts with label The life of Ayya : Her Life. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Finding a new camera

Salam all,

Last weekend, I pergi Sony Centre KLCC, sebab nak send and repair my camera. notice tak, ada image blur kt photos lately? Geram btol bila ambil gambar. tak boleh nak focus. sebab hari tu, ada sekali i terlepas camera and berdentum lah dia atas lantai :( :( akibat kejadian, lens dia dah rosak. Pergi lah kat customer service and tanya,berapa agak-agak cost untuk repair ni? lepas dia check camera, dia cakap memang lens rosak and if repair, kena bayar around rm350! Benci nya! banyak tu $. Staff kat Sony cakap juga, either hantar repair or i boleh trade in camera sekarang and ambil camera baru. So i rasa oklah, nak trade in :D Masa beli camera ni, 5 years ago kot, masa 1st year degree. rm999. sekarang ni kalau trade in, tatau lah berapa RM dapat.

Ramai member cakap, alang-alang tu, baik beli SLR je lah. satu je i fikir, SLR size dia bigger than usual camera. tak praktikal nak bawak ke sana ke mari. asyik nak kena gantung kt leher je. erm not for me. I prefer letak dalam handbag je.

DSC T110/R - RM899.00
16.1 megapixel, 4 x optical zoom

Reason kenapa i pakai sony, sebab i rasa camera dia user friendly. senang nak adjust. tak payah learn lama-lama. nak ambil soft background, nak ambil sharp object, nak ambil gambar kat beach or distance photo, just one click. senang sangat. and gambar dia sharp. lagipun i memang guna sony for almost everything, dulu pakai sony mp3, and laptop pun pakai vaio. Vaio under sony ye. sebab senang. nak edit photo ker apa. omg! macam duta Sony plak. :D

TX 100V/R - RM1499.00
16.2 megapixel, 4 x optical zoom
Tiga camera ni, yang i paling berkenan masa tengok kt KLCC hari tu. sebab nya? lawaaaaa sangat outcome nya. gambar lawa and user friendly. nak nak nak! 
TX55- RM1,399.00
16.2 megapixel, 5 x optical zoom, and ultra slim!
Setakat ni, i nak TX55 kat atas ni. Rasanya macam berkenan sangat. lagi-lagi ultra slim :) 5 x optical zoom pulak tu! omg. siap ada 7 effects picture mode lagi. :)

Ramai yang tanya, kenapa tak beli nikon or canon? camere dorang lagi bagus. erm sebabnya, i dunno hehehehe. tak pernah guna nikon or canon, so tak tau how they work.

any suggestions, kindly share with me :)

xoxo!

Wednesday, February 9, 2011

The first day in school

Hello semua,

guess where am i now?

yes, Grik, Hulu Perak. Dalam masa 2 minggu ni banyak benda yang berubah. dapat tau posting,
dapat tau sekolah. semua jadi sangat cepat.
Isnin hari tu, 7 Februari 2011, lapor diri di PPD Hulu Perak. Alhamdullilah semua ok. guru besar baik. bawak tengok sekolah semua. 1st impression? serious lah nak nangis weh! sekolah sangat kecik. budak-budak pun 97 orang je. pastu sekolah kat kampung kn.

Then, g tengok kuarters guru. dapat beberapa rumah, pegawai PPD suruh pilih. ada rumah yang ok, ada yang tak ok. so pergi lah tengok. Dari blok A sampai F, naik tangga, turun tangga. jumpa lah satu rumah yang macam ok sikit. tapi tingkat 5. bantai lah. tuh pun tak de lah elok sangat.
tapi for rm75 per month. ok lah kot. ada living room. ade 3 bilik, dua bilik, ade kitchen semua.
tapi masalahnya, takde eletrik and air. so kena settle borang-borang dengan PPD, TNB and LAP ( lembaga air perak) bukan senang nak duk rumah kerajaan ni,
banyak borang nya.

for now, i and izni, ( kebetulan dapat sekolah dekat) tidur kat resthouse gerik sementara tunggu letrik n air masuk. dah 3 malam dah ni tidur sana. pekan grik ni, kecik je. and sangat pack.
and kedai-kedai pun macam kedai lama.
adalah the store, kfc.. sedih wo! hehe tapi planning nak g penang kot this weekend.
so tade lah sedih sangat hujung minggu tade watpe.

kat sekolah, tak masuk kelas lagi sebab tak dapat jadual. maybe in few days dapat lah.
tatau lagi kena mengajar ape. cikgu-cikgu sekolah ni sangat friendly and supportive.
sebab dorang tau kan, sape-sape dapat grik sure emotionally unstable.
so dorang banyak tolong, and cakap, sure lame-lame suke sekolah sini.
i taknak fikir lagi pasal nak mintak transfer ker ape. orang cakap after one year baru boleh transfer kn. tapi cam best plak duk sini. living cost rendah. rumah ok. boleh simpan banyak duit kot hehe.

tapi will see lah k? pray me please. sebab berat hati jugak ni kat sini. huhu

bye! xoxo

Saturday, January 22, 2011

Teaching the orphan part 2

continue from the previous post.

salam semua,

ok, sambung cerita.
ada satu hari ni, i promised my students kalau dorang perform well in their test and behave masa lecturer datang observe, i akan buat jamuan.
so dorang memang behave and sangat participative dalam kelas masa lecturer datang,
sangat membantu i nak dapat good mark :)
i fulfill my promise and buat macam small party lah. i beli fruits, cakes, sandwich, chocolates and candy. and i bagi dorang one hour (sepatutnya masa math) to eat and enjoy the food.
and ada jugak students yang bawak food dari rumah, cm junk food, pisang goreng, biskut sebab nak share dengan kawan-kawan.

masa makan, i round kelas and borak-borak with my students then i noticed Irfan ni tak makan. so i pergi kat dia, tanya nape tak makan? tapi dia tunduk je and senyap. pastu i tarik bahu dia, tanya dia lagi, dengar x i cakap ape. then i terkejut.
i tengok pipi dia sebelah kanan bengkak and merah macam lebam.
menyirap darah i. i senyap and tunggu kelas habis. then after that,english class.
i mintak dengan cikgu english tu, i nak jumpa irfan kejap kat bilik guru.

masa kat bilik guru, i tanya irfan, bergaduh ker kenapa. i suruh dia nganga and i tengok pipi
dalam mulut dia macam pecah darah, pastu i tanya lagi, sapa buat ni.
then dia cakap akmal and hafiz. i tak boleh handle ni, i kena report kat guru disiplin sebab
im just a practical teacher at that school.
cikgu disiplin tu tanya irfan, cerita lah apa yang jadi, die senyap je. then cikgu tu check badan irfan, peha dia lebam, then perut die pun lebam. lengan dia calar balar.
i naik angin betul, then cikgu disiplin tu panggil akmal and hafiz datang.
suruh cerita apa yang jadi, then dorang tolak-tolak sama sendiri. lama jugak nak korek cerita
daripada budak berdua ni,
sampai ustaz and kaunselor sekolah pun masuk campur
barulah akmal and hafiz bukak cerita,

dia cakap abang-abang form 3 and form 4 paksa dorang belasah irfan, sebab irfan mengadu kat i, senior-senior paw duit. i cam pelik, macam mana senior dorang boleh tau pulak.
rupanya si hafiz ni telepas cakap.
pastu hafiz cakap, dia kena rendam dalam kolah air sebab tak nak pukul irfan.
then die pukul lah sebab dah takut sangat. pastu akmal pun pukul jugak irfan tu.
then senior-senior tu suruh akmal and hafiz balik bilik, dorang pulak pukul, pijak and lempang irfan.
i tanya berapa orang yang pukul irfan, dia cakap dalam 8 orang ker 10 orang.
masya Allah. nak gugur jantung i dengar. lemah badan i.
8-10 orang, umur 15/16 tahun pukul budak kecik? budak darjah 3? otak mana?
takde hati perasaan ker dorang ni?
i sampai tatau nak cakap ape. nak menangis pun ade.
guru disiplin tu macam nak mengamuk jugak.
pastu dia cakap ada x budak sekolah ni yang lain terlibat sama pukul irfan. adalah beberapa orang darjah lima yang ikut sama dalam kejadian tu. and semua kena panggil.
irfan was sent to the nearest hospital.

i tak boleh jumpa akmal and hafiz and semua budak tu. i was so mad. sangat marah sampai i cant see their faces. masa budak-budak darjah lima tu masuk bilik guru dengan gaya berlagak, dengan gaya gangster, muka macam bagus. i rasa macam nak pergi punch them on their face je.
then irfan balik from hospital dengan kaunselor sekolah, doktor hospital suruh buat report polis sebab ni dah kira kes pukul and buli. tapi guru besar tak nak panjangkan cerita ni, dia tak nak sekolah dapat nama buruk so dia nak senyapkan kes ni. semua cikgu macam protes and tak puas hati and hari tu memang sangat hectic sebab cikgu-cikgu ulang alik masuk bilik guru besar to discuss tapi guru besar still with her decision, tak nak panjang kan hal ni.
ye, bagus untuk sekolah tapi apa nasib budak-budak tu?

i tinggal dua hari je lagi before habis practical, just dua hari je lagi. camne i nak tinggal sekolah dalam keadaan macam tu. on the same day cikgu disiplin tolong hantarkan akmal,hafiz and irfan balik orphanage sebab nak bincang sikit dengan penjaga hostel dorang.

then, the next day, cikgu disiplin tu cerita kat bilik guru, dia bercakap dah dengan penjaga hostel kat sana, nak tau pakcik tu cakap ape?
dia cakap, dah kalau cikgu pandai sangat, cikgu je lah kerja sini. walaweyh. takde perasaan
ker ape dia ni. macam tak kisah lansung ape jadi, cuba kalau anak kau yang kena macam tu?

it was my last day jugak kat sekolah, i sangat busy sebab banyak dokumen kena urus before tinggal sekolah. i just sempat jumpa budak kelas kejap je, salam dengan dorang semua and bagi advice sikit-sikit. then i jumpa guru kelas dorang and she convinced me, dorang akan setelkan jugak hal ni. just leave it to them. i memang tak sedap hati nak tinggal budak-budak tu macam tu je.
and masa nak balik, 3 orang tu tolong angkat beg and barang-barang i pergi kereta and dorang nangis salam i. and i pun nangis jugak masa dorang cakap, cikgu jangan pergi cikgu. cikgu duk lah sini. sambil tarik-tarik tangan i. i tak boleh cakap ape-ape dah. its my time to go.

masa i nak kua pintu pagar sekolah, i saw them, still at the parking lot, crying.
it was so tough. so tough.

balik maktab, i menangis jugak. sebab sangat sedih. i rasa macam dorang tak cukup kasih sayang. and maybe bila i kat sana, i dapat fill sikit apa yang dorang kurang.
i boleh visit dorang tapi i decided not to. i decided to cut sume relationship with them sebab
i tak nak dorang still hoping for me. i tak lama kat penang.
better stopkan semua ni, dari i asyik pergi visit dorang and bila i dah takde nanti, dorang tertunggu-tunggu pulak.

this year, dorang dah darjah 5. i dunno what happened to them, tapi last i heard from the teacher there, mak irfan dah ambil irfan from the centre tapi im not sure dia betul-betul dah safe and happy x with his family and step dad.

2 tahun dah cerita ni tapi i still ingat, maybe sebab semua ni tinggal kesan kat i.
wherever they are, i just hope and doa dorang jadi manusia berguna je nanti.
i just hope dorang safe. and happy. thats all. i dun care, dorang dapat result ok ker x.
dorang improve their studies ker x. i dun care.
i just hope dorang selamat and be good.

deep down, i ade small hope, i can meet them again sebab that image, dorang tengah menangis kat parking lot tu, i still cant erase that.


xoxo

Tuesday, January 18, 2011

Teaching the orphan part 1

Salam semua.

Masa study di IPPP, i kena went through 3 part of practical kat different schools.
then 2nd part of practical, i was sent to a school and dalam kelas i ada 3 orang anak yatim, from the orphanage kat area tu.

first day register and dapat kelas darjah 3, their class teacher panggil i and introduced me to these three kid, sebabnya diorang ni banyak problems dalam kelas dan cikgu tu nak i bagi more attention to them. then the class teacher explained sikit-sikit pasal budak-budak ni.
Irfan, quite chubby and always sleepy dalam kelas. selalu datang sekolah tak mandi. Akmal and Hafiz pulak, kurus and selalu takde buku, takde pensel then samalah dengan irfan, selalu tak mandi datang sekolah and baju sekolah pun tak basuh. and cikgu kelas tu pesan irfan tu memang berat mulut sikit. tanya lah apa pun, dia takkan jawab. hafiz and akmal tu banyak cakap pulak.

first week i entered the class, memang btol. irfan tu memang pendiam. diam sangat masalah nya. kalau tanya siap tak homework, dia terkebil-kebil tengok kita. tapi senyap je. kalau panggil, "irfannnn, meh datang kt meja cikgu sat" tunggu lah sampai sejam, dia takkan datang. irfan ni nampak macam holding back, tanak baik dengan sape-sape. si akmal and hafiz tu terlebih mesra pulak.

satu benda yang i notice pasal budak-budak ni, pagi dorang datang sekolah makan RMT ( free breakfast provided by the school) then waktu rehat tak makan. pastu dorang akan stay kat sekolah until 3pm or 4pm. dorang ni memang lemah dalam academic, baca tak pandai, kira pun tak pandai. i cam geram jugak, tengahari duk main kejar-kejar tengah panas. takde keje btol. bila takde kerja, i stayback at the school, bagi free tuition kat dorang, dalam one hour camtu. sekolah habis kul 1.05pm so i mengajar dorang sampai kul 2 lah lebih kurang.

i pesan kat dorang, pergi lunch dulu before datang tuition tapi diorang cakap takde duit. start lah dorg cerita kat i, tiap-tiap pagi dapat duit rm1.50. pihak rumah anak yatim bagi. then naik atas bus sekolah, senior-senior dorang kutip duit tu. teruk betul.
i pun korek-korek lah cerita sikit. kat rumah yatim tu, ada budak-budak from darjah 1 sampai form 5 dalam same dorm. then memang takde aktiviti. ada lah penjaga dorang sorang and tukang masak sorang.
kira balik memang wat hal sendiri. then senior-senior dorang selalu buli-buli.
suruh basuh baju lah, suruh basuh stokin lah. i tanya lah, nape balik lambat, sampai kul 3 or 4pm. dorang cakap tunggu budak sekolah menengah habis kelas tambahan.
dorang cakap sebab bus rumah anak yatim tu buat satu trip je sehari. so bus tu tunggu students sekolah menengah yang ada kelas tambahan habis. tak payah ulang alik and ambil sumeran sekaligus.
kesian jugak kat dorang ni, dah lah kena tunggu sampai 2jam kat sekolah baru boleh balik, pastu takde duit plak tu nak makan, duit asyik kene paw ngan senior. makan pagi kul 7am then kena tunggu sampai petang baru lunch, dah lah budak kecik lagi, memang kelaparan lah dorang ni.

kalau tengok dorg ni, memang kesian sangat. baju kotor, datang sekolah tak mandi. tapi apa yang nak di expect. darjah 3 duk hostel, mana dorang reti nak urus diri. nak bangun pagi, takde orang kejut, kena bangun sendiri.kena siap g sekolah sendiri. alat-alat sekolah pun banyak yang hilang. ada bantuan yang masuk, cam bagi beg sekolah, kasut sekolah, baju sekolah. tapi macam pensil, buku. memang tak jage. hilang je memanjang. and dorang pun takde orang nak marah, suruh wat homework ker ape. takde orang nak encourage suruh belajar. belajar pun sangat lemah, and cikgu-cikgu kat sekolah tu pun banyak bagi tips kat i, cakap mengajar dorang ni, just nak tolong dorang survive bila dah keluar sekolah nanti.
kalau nak paksa suruh score, dapat 5A ker ape. memang susah.

bila dah banyak cerita-cerita and rapat sikit dengan diorang, salah satu mende i paling happy, irfan dah start becakap dengan i :)
tak bercakap banyak, tapi dia dah banyak senyum and kalau pagi-pagi mesti datang kt tingkap bilik guru sengih-sengih. and dia dah start buat homework, and irfan ni, memang tak pandai tapi tulisan dia kemas. buku dia pun, kemas je dengan garisan, and tulisan atas line. i was more than happy.
bila i marah dia, cakap taknak bagi star dalam buku latihan sebab dia tak mandi pagi, now datang sekolah dah mandi. sometimes rasa macam i tak mengajar math kat dorang ni, rasa macam mengajar how to live pulak.
then masa tuition, kalau dorang leh siapkan kerja, cam bagi lah hadiah. pensil ker, buku ker, pembaris ker. mende-mende camni dorang sangat appreciate. tapi kadang-kadang geram jugak sebab mende kita bagi, esok-esok tengok dah takde, sebab balik hostel senior dorang ambil.
yang si senior ni pun satu, padahal sama anak yatim, tak boleh consider, bukan nak tolong adik-adik senasib.

kalau time tuition, sambil buat homework tu, dorang cerita lah, hafiz, ayah ko mati lemas kan.
cakap macam mende tu nothing je. tapi i tak korek sangat cerita pasal parents dorang unless kalau dorang sendiri cerita, and sebenarnya dorang ni bukan anak yatim piatu. tiga-tiga tu still ada mak lagi.
apa yang i terkilan, akmal tuh, dia cakap kat i, mak dia anta dia kat rumah anak yatim sebab dia bodoh. kakak n abang dia duk rumah ngan mak dia. dia cerita, mak selalu datang hujung minggu bawak kfc lah ape. so i cam terfikir, bukan lah orang susah mak dia ni.
bila i tanya cikgu kelas diorang, baru i tau, mak akmal ni kerja tapi takde lah susah sangat. ada kereta semua. tapi maybe sebab bila hantar anak kat rumah yatim dapat zakat, dapat bantuan sekolah so hilang lah beban sikit. tapi i still tak agree. susah kot budak darjah 3 nak survive duk kat hostel and irfan pulak baru sangat masuk rumah anak yatim tu.
ayah meninggal and mak kawin lain, ayah tiri dia taknak jaga dia so dihantar ke situ.
tah pape reason dia, i was sad and mad at the same time. hafiz pula memang betul-betul orang susah.
no wonder dorang ni perangai pelik-pelik. maybe nak protes, maybe rasa tak diterima. maybe die rasa mak dia buang dia, taknak jaga dia.

and then, ada something happened, yang buat i rasa marah sampai now.

to be continued..


xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...