Wednesday, August 24, 2011

Product Review : Tennifer Liquid Milk

Salam all,

hari ini nak buat product review : Tennifer liquid milk yang fungsi nya as sun screen :)

macam mana i dapat tau pasal product ni? sebab my friend, Zunita Ramli
bagi sample. bila i cuba pakai, rasa best pulak. tanpa berfikir panjang dan tidak meminta kebenaran ibu dan ayah, i terus beli!


ini lah rupa paras tennifer, jelita x?

Tennifer Liquid Milk ini berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinar UV (ultra-violet).


kenapa kita kena pakai sunblock/sunscreen?


1) sinar UV adalah culprit to skin problems.

2) nak mengelakkan sunburn sebab sunburn boleh buat kulit gelap and uneven

3) boleh delay aging

4) boleh mengelakkan hyperpigmentation, wrinkles etc.
5) preparation untuk menyambut kelahiran ke 40 nanti.

lagi-lagi for someone like me, sangat active and selalu expose to the UV light. memang wajib pakai sunscreen. kalau orang-orang yang pergi kerja tu cakap, tak payah lah pakai, masuk kereta aircond, dalam office pun aircond, balik dah malam dah. ur wrong ok?



jangan menyesal bila umur 40 nanti dah rupa macam 60. masa tu sibuk nak cari kak ayya ni, cakap kitorang menyesal tak ikut advice akak :P

bila nak pakai sunblock/sunscreen ?


1) masa keluar jalan-jalan

2) masa pergi office

3) masa berjumpa kawan-kawan

4) masa berjumpa mak mertua.

5) masa pergi kedai runcit.


kesimpulannya : setiap masa kecuali waktu tidur :D
sebabnya, sinar UV ni tak semestinya directly from the sun sahaja. sinar ni boleh juga dipantul dari tanah or jalanraya ke muka kita. so kalau pakai topi/payung tidak mencukupi ye.


why i guna tennifer liquid milk?

sebab my skin jenis combination/oily skin. kalau pakai sunscreen yang bukan-bukan, nanti pores tersumbat dan kulit nampak berminyak dan berkilau dengan cemerlang.


tennifer liquid milk ni sangat light and mudah dipakai. even sampai petang, kulit tak berminyak dan selesa je rasa. lagi satu, liquid dia macam losyen, so bila pakai kulit rasa lembut je, kalah kulit bayi hehe i memang dah banyak pakai sunscreen brand lain, tapi tennifer ni yang paling suka sebab tu buat product review.

cara nak guna?
pakai lah segala basic skincare yang korang ada, eg toner, pelembap.. then sapu sunscreen ni.
after apply sunscreen baru pakai cover face/ foundation/ bb cream.
okay?

letak small amount kat tapak tangan and sapu rata ke muka sendiri, ok?
biasanya kena pakai sunscreen 30minit before keluar rumah to make sure, skin dah absorb dan ada invisible layer kat kulit muka anda semua. :)

this product is from japan, and i purchased from Naturactor Collection

price : rm55 + rm15 (postage)



Naturactor Collection adalah online shopping terbaik untuk membeli barangan make up kerana


1) owner nya kawan dari sekolah menengah, memang kenal sangat dah so of course lah takkan menipu kite semua. head prefect STF ok Zunita ni.


2) owner memang tinggal di japan sekarang so confirm semua barang original dari sana dan boleh mengelakkan product tiruan.


3) cosmetic from japan adalah paling safe untuk digunakan.



selamat mencuba :)

sebarang pertanyaan boleh comment di bawah or email ke ayyahenrietta@gmail.com

xoxo!

Tuesday, August 23, 2011

Tajine @ Ampang

salam all,

Ada one day, Mr. H ajak makan middle eastern food. mula-mula nak pergi al- rawsha tapi ramai orang, tak dapat parking, so kitorang pergi Tajine.

Tajine ni sangat comfortable compare dengan andalus. tak ramai sangat orang, the place quite empty and i rasa semacam. takut food tak sedap :( yela, bila tak ramai orang takut org tak datang sebab food xsedap. tapi i was wrong :D


Menu

Lamb Maghdut.

rm25+

i cant really remember the price :(

suka sauce kat atas, rasa manis, masam and tak pedas pun.

ada soup jugak with the dish.

the portion is big so we share je. and i suka nasi dia, nicely parted and flavourful.

rasa macam nasi tomato.

beras dia panjang and tak muak bila makan


Lamb dia pulak tak bau sangat, sesuai to siapa2 yang suka makan lamb tapi tak suka bau kambing hehe.



boleh pergi cuba kalau rasa nak makan nasi arab yang sedap :)

xoxo

Tuesday, August 16, 2011

Las Vacas @ Mont Kiara

salam all,


tengok pinggan di atas, sapa lah yang buruk perangai sampai lick everything off tuu.


yes, thats me

first time berbuka puasa with Mr. H, ( selama ni asyik Ramadhan di perantauan je) so we wanna make it a special one. dah buat reservation pukul 9pm kat satu japanese buffet restaurant tapi i sampai KL dalam pukul 930pm. of course lah dorang dah gave away our table :(


so Mr. H suggested to try Las Vacas kat Mont Kiara, we both memang meatlovers so i said yes!



Las Vacas is a steak restaurant cum butcher. kalau datang sini, boleh dine-in or beli sendiri daging and masak kt rumah.

menu quite limited. tapi i tak kesah, asalkan sedap :)






iced lemon tea rm5
Starter :

Beef Wrap
rm18

these are AWESOME you know!!

thinly sliced beef wrap dengan french bean and carrot. tambah melted cheese inside. omg.
sangattttt sedapp. wajib cuba yang ni. with the sauce. rasa macam nak menjilat pinggan.







tak puas rasa makan yang ni

Mr. H's Tenderloin grass fed steak.


price : rm20 /100 gram

he ordered 280gram.

Mr. H nak medium cooked.


steak kat sini simple, takde sauce. marinate with salt and pepper je. tapi sangat juicy and melted in your mouth.



My meal : Rib eye angus grass fed steak


rm28 /100 gram

i ordered 280gram.

i nak well done cooked. and i rasa rib eye cuts, taste better than tenderloin :)






look at it, whoooaaa!


update post di siang hari ni, buat perot berkeroncong aje :P

tak rugi cuba :) and this is not a fine dining restaurant, so boleh pergi pakai short or anything casual. jangan pakai boxer sudeyh.

bila balik rumah, i asyik craving for their beef wrap, aaahhh. so good.

total damage : rm162+

xoxo.

Tuesday, August 9, 2011

Kisah Benar Di Sk Kenayat

salam all,


pagi tadi, cikgu pemulihan share a story with me, i gelak sampai kua air mata.

cikgu : F, ni huruf A. A bunyi nye Aaaa. okay? huruf ni ada bunyi. macam haiwan, ada bunyi. cth, lembu, ada bunyi kan? bunyi camne?

F : moooo.

cikgu : haa, mcm tu laa. lembu ada bunyi, A pun ada bunyi. jadi A ni bunyi apa?

F : moooo



hahaha T_T

Thursday, August 4, 2011

what breaks a teacher's heart and what parents should learn.

salam all,

post ni sangat panjang and if tak larat nak dengar i membebel dengan emosi pls dont read it :)

Rasanya ramai dah tau berita/isu pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Uda, JB yang kena sertai kem motivasi,tapi sebenarnya dihantar ke penjara then dibotakkan, digari, dipukul di penjara tersebut. buat pengetahuan umum para pelajar-pelajar yang dihantar ke kem motivasi tersebut adalah dari kalangan pelajar yang bermasalah, ponteng sekolah, terlibat pergaduhan, khalwat etc.


at first, i tak pay attention sangat kat kes ni. tapi bila baca paper hari ni, parents pelajar-pelajar pergi serang sekolah, marah guru-guru sekolah tersebut dengan perkataan kesat macam bodoh bebal dan macam2 lagi, terus terang i rasa terkilan as a teacher.


1), i want to explain one thing. nak hantar pelajar-pelajar sertai kem motivasi tu ataupun nak organize satu event bukan benda senang. ada paperwork yang kena buat, kena ada objektif, tentatif, matlamat program, kena dapat kelulusan dari pelbagai pihak, kena buat senarai budget, kena cari duit/sponsor. kena dapat persetujuan daripada pihak penjara, kena buat borang kebenaran waris, and not to mention semua meeting-meeting yang perlu dibuat just sebab nak get it done. and kalau menda ni takde faedah, takde benefits, korang ingat cikgu-cikgu nak ker buat menda-menda ni semua? enough lah dengan kerja-kerja menimbun kat sekolah, pastu nak tambah wat paperwork event ni lagi? nak pening kepala jumpa macam-macam pihak, guna banyak masa and tenaga. memang tak lah. banyak lagi kerja boleh buat.




2) its easier if we dont care about the students. jujur cakap, kalau cikgu marah students sebab tak buat kerja rumah, parents patut bersyukur. sebabnya, tu tanda cikgu care pasal students dia. kalau cikgu tu masuk mengajar, tak heran pun students nak buat kerja rumah ker, tak nak ker, nak terlangkup ker nak terlentang ker, ikut suka lah. cikgu boleh masuk kelas mengajar then kuar kelas, lepak-lepak kantin. bila exam, exam lah. nak dapat a, b, c or d. ikut suka laa. kerja macam tu memang senang lah, tak payah nak pening kepala. bukan ada kaitan dengan kita pun kalau budak tu dapat e sekalipun. buat apa sakit kepala nak marah anak orang. kalau dorang fail pun, bukan kita nak jaga dorang bila besar nanti. tapi because, we, teachers, we cant ignore our students. mana-mana guru pun, kalau nampak potential in a student, kalau boleh nak cuba tolong student tu. buat kelas tambahan, buat free tuition lagi, what we get in return? budak2 say thank you je. ada ker yang bagi RM 1k sebab mengajar anak dia sampai dapat 5A upsr? berapa ramai yang belanja cikgu makan kat hotel sebab anak berjaya dalam exam? honestly, we dont need all that. tapi dengan tengok budak berjaya, tuh pun dah cukup rahmat.


3) parents need to cooperate, bukan nak hentam saja. kalau tak puas hati dengan pihak sekolah, cuba datang beradab dan discuss. tak boleh ker? kenapa kena datang maki-maki dengan kata-kata kesat camtu. tau x, kalau tak hormat guru, tak berkat ilmu tu. and dengan maki-maki camtu, apa yang dapat pun?



4) cuba tengok from positive side, kalau kena cara, budak-budak tu maybe serik and berubah lah sikit ke arah kebaikan. tapi kalau dah merasa duk dalam penjara, pastu parents pulak melenting, budak-budak tu of course rasa macam di back up and macam apa yang dorang buat acceptable. and lepas ni, in the future, tah-tah cakap mak ayah pun dorang lawan, kalau terlibat dengan dadah ker apa, masa tu baru nak menyesal memang takde guna lah. tu yang ada kes bunuh mak ayah sendiri tu.


i rasa nowadays, parents spoil their children lah. sebab tu budak-budak sekarang banyak masalah disiplin. darjah 6 pun dah boleh merogol. sekolah menengah plak dah pregnant. sebab dorang takde boundaries, takde limit. parents pulak asyik menangkan anak dorang je. kadang-kadang anak2 ni bila kat sekolah perangai dorang lain dari kat rumah. so better dengar stories from both sides. kalau ada masalah, jumpa guru tu, tanya betul-betul masalah. macam i sendiri, kalau betul-betul teruk baru i beritahu parents. kalau boleh, nak cakap benda elok-elok je, kalau nakal-nakal sikit memang takkan cakaplah. sebab cikgu ni kena jaga mulut, apa yang keluar dari mulut seorang guru adalah doa.


and lagi satu, budak-budak yang pergi kem tu, lagi-lagi anak parents yang melenting tu, korang rasa cikgu-cikgu kat sekolah nak mengajar lagi ker anak dorang? sure fed up dah. orang nak tolong anak dia, dah sumbang tenaga, masa, duit semua, boleh pulak datang maki, cakap macam2. tak berterima kasih lansung. kalau budak tu pergi ke sekolah lain, transfer ke sekolah lain pun, cikgu kat sekolah lain tu mesti tau background budak tu camne, dari mane, nape ditukarkan semua. nak ker cikgu-cikgu lain berurusan dengan budak camtu, dengan parents camtu? i dun think so. besar kemungkinan, ramai orang ignore je budak-budak di atas. macam i cakap, nak terlentang ker, terlangkup ker, ikut suka lah.


so apa jadi dengan future budak tu?


korang fikir lah sendiri.



masa tu baru tau, langit tinggi rendah.



no xoxo tonight, hangin ni :P

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

salam all,


cepat je rasa dah 3 hari Ramadhan, selamat menyambut ramadhan al - mubarak to all :)

busy sangat 2 3 minggu ni, tak sempat nak update blog.
start balik bussiness tudung bawal yang tergendala dlu. i start buat bussiness online masa tunggu posting selama 2 bulan. then bila dah start mengajar, bawak tudung pun, cikgu-cikgu kat sekolah syok membeli. tak sempat nak upload gambar, semua tudung habis di borong :)

Ramadhan ni sangat busy, kena siapkan tempahan tart, tempahan tudung, ada iftar with stfians and i maybe going to bandung this month.

tapi i dont know nak pergi x bandung tu. sayang plak if tak pergi. dah beli ticket, dah discuss dengan tourist guide, dah booked hotel.
date clash dengan STF iftar. kalau pergi bandung, tak dapat jumpa member2 and buka puasa sama. kalau nak tunggu next iftar, tahun depan lah. lambatnya.
if im going to bandung, im gonna be alone. kalau g iftar, sure happy gelak2 dapat catching up.
tapi tak g bandung, cam rugi lah plak. leh shopping raya.

(*_*) aish, pening lah!

kena buat list ni.

xoxo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...