Showing posts with label Recipe : Dessert : Pudding. Show all posts
Showing posts with label Recipe : Dessert : Pudding. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Butterscoth Bread Pudding Recipe

Bahan-bahan :

1) 1 cawan brown sugar/ gula putih biasa
2) 3 cawan susu segar
3) 5 biji telur
4) 1/2 bungkus roti disapu butter
5) 1 cawan air
6) 1/4 cawan butter
7) Kismis



Cara-cara :

1) Panaskan kuali dengan api perlahan. Masukkan brown sugar dan air ke dalam kuali tersebut.
2) Jangan kacau dengan senduk tapi gerakkan kuali untuk larutkan gula.
3) Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan butter. biarkan sejuk selama 5 minit.


Butterscotch

4) Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan susu segar, pukul hingga sebati kemudian masukkan butterscotch tadi ke dalam telur dan susu segar.

5) susun roti yang disapu dengan butter ke dalam loyang.
6) Taburkan kismis di antara kepingan roti.

7) Tuangkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke dalam loyang. Pastikan semua bahagian roti tenggelam.
8) Bakar selama setengah jam dengan suhu 180c.





xoxo :)

Tuesday, November 16, 2010

Puding Roti Recipe

Salam semua,
Semalam tak boleh tidur, so i decided to make bread pudding. sebab tu lah photo ada yang terang and ada yang gelap. yang gelap tuh waktu malam lah :)
I buat ni for 3 orang makan je, kalau nak buat banyak. double kan bahan-bahan kat bawah ni.
.
.
Bahan-bahan :
.
1/2 bungkus roti putih/ wholemeal.
2 cawan susu cair/ low fat milk/ full cream milk.
1/2 cawan gula
Butter
2 biji telur
esen vanilla.
cinnamon powder/raisin (optional, kalau takde pon xpe)
.
.
Cara-cara :
.
Sapu roti dengan butter, sapu depan and belakang.
.
Campurkan gula, susu, telur, esen vanilla dalam satu mangkuk besar and blend bagi sebati.

Sapu loyang/mangkuk dengan butter supaya puding tu tak melekat nanti.

Masukkan roti dalam adunan tadi and gaul rata.
kalau ada kismis and cinnamon powder. boleh masukkan time ni.

then tuang adunan dalam mangkuk yang digriskan tadi.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40minit.

Dah masak, keluarkan biar dia sejuk dengan suhu bilik selama 15minit.
Then masukkan dalam fridge, biar beberapa jam.


i tinggal dalam fridge satu malam. saja nak bagi dia sejuk sikit.
dah siap dah! boleh potong and makan. and if suka, boleh buat sos custard makan dengan puding ni.



selamat mencuba.


xoxo :)

Wednesday, October 13, 2010

Puding Caramel Recipe

Masa balik cuti hari tu, adik hanif (my cousin) request nak puding caramel.
sbb dia nak UPSR tahun ni, so buat lah.
takut kempunan teheee
.
.
Bahan-bahan :
.
6 biji telur
3/4 tin susu pekat
3/4 tin air
2 sudu besar gula pasir
.
.
untuk caramel :
.
4 sudu gula pasir
.
.

cara-cara :

mula-mula, kukus dulu air dalam deep cooker/ periuk pengukus/ or apa-apa pengukus yang korang ada.
biar air mendidih.

campur semua bahan dalam blender. telur, susu, air and gula.
and blend sampai semua sebati. kalau xblend, nnt time puding dah masak gula die xhancur.
kalau xmuat blender tuh, masuk half-half.
contohnya, blend dulu telur 3 biji, ngan air half, susu half, gula satu sudu,
then masukkn dlm satu bekas.
then wat second round pula.
okay?

then nk buat caramel,panaskan non stick pan atas dapur. masukkan 4 sudu gula. kacau perlahan-lahan. biasanya i wat, xcampur air sebab nanti caramel tuh cair sangat.
kacau perlahan sampai color dia jadi brown muda. tapi jangan terlalu lama. sebab nanti dia pahit pula. bila da brown, terus masuk dalam mangkuk/loyang. kalau biar lama dalam kuali, dia akan mengeras.

then tuang adunan yang first tadi ke dalam loyang. pastu tutup periuk and biar masak selama 30minit.
bila dah masak boleh masuk dalam fridge dulu, bagi sejuk.
then boleh terbalikkan.

photo cara membuat caramel:


awal-awal masuk dalam mangkuk/loyang memang caramel tu akan mengeras tapi bila dah kukus, dia akan mencair.


tuang adunan atas caramel tadi and kukus for 30min.

okay, ada cerita disebalik gambar ni,
time wat ni, bulan puasa hari tu,
i masukkan dalam fridge and simpan nak hidang
lepas terawikh sebab still kenyang berbuka tadi.

so lepas terawikh, pergi laa dapur, tengok2 my cousin tuh,
dah makan siap-siap sampai tinggal half!

xsempat nak ambil photo lawa-lawa :(


ni jer laa yang tinggal.
harap semua bersabar.

resipi nya masih selamat.
selamat mencuba

xoxo :)

Thursday, September 30, 2010

Resipi Kek Batik

Hello :)
Raya hari tu, cuti 2 minggu. busan2 wat laa kek batik ni.
Boleh cuba sebab senang sangat nak buat.
nenek i yang xsuka kek pon, makan byk kek batik ni :)
.
.
Bahan-bahan :
.
.
biskut marie 1 bungkus
( kalau boleh beli yang original/milk flavour. rasa die sedap sikit)


1 bungkus butter / 250 gram butter.

1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
(kalau nak letak satu sudu nescafe pon boleh )


4 biji telur, pukul sikit.


3/4 cawan susu pekat
(ikut selera masing-masing. kalau nk manis, letak banyak susu,
kalau nk pahit-pahit manis, letak sikit je)

1/4 cawan air.

Cara-cara :


cairkan dulu butter dalam kuali.
make sure api slow je.

Then, masukkn serbuk milo.
kacau, jangan bagi die berketul then
masuk serbuk koko, air, susu, and telur.
kacau sehingga sebati.
.

rasa sikit campuran ni, so boleh decide nak pahit mana,
manis mana.
kalau i, i prefer pahit-pahit sikit.


kacau lebih kurang 5 minit, then tutup api.
masukkan biskut marie.
patahkan empat.
gaul sebati.



masukkan dalam tupperware/loyang.
tekan2 biskut marie tu, biar die mampat.
masuk dalam fridge sejam then boleh makan.
tapi biasa i masuk dalam fridge satu hari,
baru sedap sikit :)
selepas satu hari :)


selamat mencuba.
xoxo :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...