Showing posts with label The life of Ayya : Recipe : Kerabu. Show all posts
Showing posts with label The life of Ayya : Recipe : Kerabu. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Kerabu seafood recipe

Salam all,

My hubby and I baru balik from honeymoon di Koh Samui last Saturday. Food there, Masya Allah sedap betul. Everyday kitorang akan travel around try new food. One of my favourite masa kat sana is kerabu seafood or seafood salad. Masa makan we all try to find out apa ingredient dia letak dalam tu.
Balik rumah, I cant wait to try the recipe.

Masa kat sana, dia letak udang and sotong. my version ni letak sotong aje.
Simple dish tapi flavour dia, mak aih. mengecur kan liur.




Bahan-bahan :

1. Sotong/ Udang
2. Cili padi 3 biji
3. Daun ketumbar
4. Bunga Kantan 1
5. Serai 1 batang
6. Limau nipis 2 biji
7. Tomato 1 biji
8. Bawang besar 1 biji
9. Kacang panjang
10. Sos ikan
11. garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :

1. Masukkan sotong/udang ke dalam periuk, masukkan sedikit saja air. jangan sampai tenggelam. Masukkan 2 ulas bawang putih yang diketuk dan sedikit garam. Renih selama 3 minit. ( Jangan sampai overcooked nanti keras sangat isinya)

2. Hiris cili padi, serai, bunga kantan, daun ketumbar, bawang besar, tomato ( buang  bijinya), kacang panjang.

3. Perahkan limau nipis ke dalam bahan-bahan yang dihiris. Masukkan 1 sudu besar sos ikan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4. Hiris sotong dan gaulkan sekali. Masukkan 2 sudu besar air rebusan sotong/rebus ke dalam bahan-bahan tersebut.

Dah siap! Mudah kan.
Kalau nak pedas lagi, tambah lagi cili. Kalau nak masam lagi, tambah lagi limau nipis. kalau nak kurangkan masam, letak satu biji je limau nipis.

I suka masam manis and pedas sikit.
Ikut citarasa masing masing.
Selamat mencuba!

xoxo! :)

Monday, July 30, 2012

Resepi Kerabu Sotong

Salam,

Berbuka puasa di rumah hezri last Sunday and dia 'paksa' buat satu juadah berbuka. Kitorang survey barang pagi tu, and takde masa yang banyak untuk masak. so buat kerabu sotong saje  laa. simple and quick dish.

Bahan :

1) 1/2 kg sotong ( dicuci dan buang kulitnya)
2) Bunga kantan 2 batang
3) Serai ( 2 batang)
4) Satu biji mempelam muda
5) Daun ketumbar ( dihiris)
6) Sos ikan ( satu sudu besar)
7) Perahan limau nipis ( 2 sudu besar)
8) cili padi ( dihiris)
9) Bawang  besar (dihiris)
10) garam dan gula secukup rasa.


Cara- cara :

1) Rebus sotong dan 3 ulas bawang putih yang diketuk selama 5 min dengan air yang sedikit dan secubit garam.

2) Setelah masak, ambil 5 sudu besar air rebusan sotong dan masukkan perahan air limau nipis, garam dan gula serta sos ikan.

3) Hiris sotong, mempelam, bawang, cili padi, serai, bunga kantan, daun ketumbar dan gaulkan bersama.

4) Tuangkan air rebusan tadi dan gaulkan bersama.

Itu sahaja resepi nya. simple kan? boleh cuba kalau dah takde masa nak masak hehe

xoxo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...