Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Coffee corner @ satok, sarawak

Kuching Trip Part 2

Masa kat Kuching, kitorang sewa kereta so senang lah nak bergerak ke sana sini dan mencari makanan sodap-sodap.

Sebelum kitorang ke Cultural Village, singgah breakfast di Coffee Corner, Satok. Kalau for me, i memang suggest kat orang yang visit Kuching to come here and try their food. Sangat sedap!

Kat sini macam-macam pilihan makanan ada, sesuai untuk family. tempat bersih and selesa. makanan murah and sedap.

A must try, Roti Daging Mayonis.

Roti canai gulung and ada inti daging kat dalam. i sukaaaa betul roti ni. ada sos blackpepper, cili, mayonis kat atas tu.


Nasi goreng ikan terubuk masin.

Nama pun dah buat kecur liur kan?


Mee sapi

Macam mee kolok, cuma dia tambah lauk daging sikit kat tepi and makan with sup tulang.


Sup tulang yang comes with mee kolok and mee sapi


Mee Kolok for me.

I can eat this everyday tau. sebab macam maggi. ( dasar hantu maggi)


Teh layer,

Erm i tak berapa suka rasa gula merah yang kat layer bawah sekali. 
setengah orang suka teh layer,
tapi i tak boleh minum :(


telur masin goreng, Rare kan? biasa orang rebus aje ehehe


Tengahari selepas balik dari cultural village, rasa macam nak makan lagi food kat sini, tapi bila singgah rupanya dorang dah tutup for lunch. sedihhhhh :(

Senang je nak cari kedai ni, memang betul-betul kat corner. kalau ambil jalan nak ke pasar satok, akan nampak flyover dekat dengan bangunan Ambank. kalau nak pergi pasar satok kena masuk kanan.
kalau nak ke coffee corner, traffic light bawah flyover tu pergi straight dalam 50m.
then terus masuk kiri first junction okay?

tak paham? send me an email to ayyahenrietta@gmail.com
i can give u the map. sambil-sambil nak survey berapa orang yang berminat nak pergi breakfast di sini :)

to be continue...

xoxo!



Friday, May 4, 2012

Kuching trip #part 1


Salam all,

My friends and I pergi kuching for a short trip, 3 days 2 nights sahaja. Kitorang stay kat tunehotel sebab i dont want to stay at any terrible budget hotel hikhik.

Two nights for only rm150 ( incld tax) . quite cheap sebab basic room sahaja. takde tv, takde aircond. kalau nak aircond and tv, ade extra charges. tapi sebab memang nak keluar berjalan sahaja sepanjang hari so tak amek pun. bilik memang sempit tapi for dua orang bujang, okay saja. tak suggest untuk family lah.


Kak Diana check in foursquare lettew.

Kitorang sewa kereta kat Kuching, dapat Saga FL for two days rm180 je! Murah kan? kereta baru plak tu. Nama kakak sewa kereta tu, Kak Hanna. memang dah janji nak jumpa kat airport kuching. Kak Hanna memang punctual. Masa touchdown, dia dah tunggu kat arrival gate. senang berurusan with her. sangat friendly. dia pun ada suggest tempat-tempat best nak melawat kat Kuching. Kalau nak no phone kak hanna ni, email me at ayyahenrietta@gmail.com

Lepas check in tunehotel, kitorang turun pergi dinner kat topspot. Topspot ni medan letak kereta, kat tingkat 5. kalau nampak gambar udang besar tu, haa betul lah tu. Tempat ni bukak dalam pukul 530 petang. sampai midnight. Macam food court, and boleh pilih nak makan mana. Yang famous Bukit Mata Seafood and ABC Ah Seng. masa nak choose kedai, tengok yang ada certificate halal.

Sayur midin goreng belacan
 Sayur midin ni famous sangat kat sarawak. lebih kurang macam pucuk paku rasa dia. crunchy.

Ikan Siakap Goreng Thai Style
 Sedap juga ikan ni, ranggup and ada sauce masam manis with mango on top!

Buttermilk Prawn
Sedap jugak udang ni, lain lah dari butter prawn yang biasa makan tu. tapi for me, yang i makan kt kota kinabalu dulu lagi sedap kot :)


Sotong goreng celup tepung.

Dry Chili Crab

Banyak kan makan and sangat murah. Good food to kick start our journey. Nyums!

Total damage : RM130

Lepas makan, kitorang berjalan-jalan kat waterfront and lepak sahaja. sebabnya waktu malam kt kuching tak happening. banyak kedai tutup dah. and lepak-lepak pastu rasa macam dah lambat gila, tengok jam. eh, baru 9 malam lah hehe

Malam tu semua sleep early sebab nak bangun awal the next day.
Nanti sambung part 2 ye.

xoxo

Thursday, May 3, 2012

A lil sneak peek!

Salam,

Baru balik from kuching short trip. Mula-mula nak pergi, i tak high expectation sebab orang cakap, kuching tak banyak tempat nak jalan tapi omg, korang memang so wrong.
Kuching is so awesome kot!
*ker sebab berjalan dengan loved ones, i happy terlebih?*

nevermind.
Yang penting, i enjoyed my trip gila-gila and will share the info with you guys about
car rental, where to stay, eat and go.

bukan hari ni tapi esok hehe.

Dynat and yours truly.
kitorang melawat umah bebeh.
 Bebeh is our old friend, she is a sarawakian, sekolah sama sampai form 3. Dynat and I memang suka buli dia dulu time kat sekolah, sampai dia keluar sekolah pun kitorang still nak buli. " Buli jarak jauh" i claimed.
Masa kat kuching, we tweeted her all the time.
Sorry bebeh, u know we love you, muah!


nama pun sneak peek so sikit je lah photos ye? hehehe
nanti i will do a full review.

and now im dying for another trip.

xoxo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...