Showing posts with label Belly Trip to Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Belly Trip to Kelantan. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Belly Trip to KB : Nasi Berlauk and Yati Ayam Percik

Salam semua,

susah nak update blog sekarang sebab sibuk sangat-sangat :(

Second day di KB, Miss Izianti requested nak makan nasi berlauk for breakfast. rindu katanya :)
so i bawak diorang makan dekat-dekat homestay, kedainya di Kadok, kat tepi jalan saja. memang famous dengan nasi berlauk.
kalau lambat sikit, mesti habis. nak tau kedai ni kat mana? betul-betul depan masjid Kadok and kalau nampak banyak kereta parking and ada orang membakar daging, ayam. betul lah tu :)
kalau from Machang, kedai ni on your left.

Ada 3 jenis lauk sahaja di sini, gulai ikan tongkol, gulai ayam and nasi kerabu.
lepas tu boleh lah nak topup daging bakar or ayam bakar, yang fresh dibakar di depan mata.
i memang suka nasi berlauk gulai ikan tongkol dengan daging bakar
rm3.50 sahaja.
Kuah gulai pekat and isi ikan tongkol tu manis. memang secukup rasa :)
makan pulak dengan sambal.
Tengahari sikit we all semua ke Pasar Siti Khadijah, menghabiskan duit :)

Third Floor, ada jual tudung bawal, shawl, telekung sembahyang, kaftan, kain batik, kain sutera. lawa-lawa semua.


Amy was paying for her stuff.

Letih ker dik? heee

cukup tak suka if datang pasar siti khadijah and takde budget nak shopping, sebab i peminat kain batik, lagi-lagi batik crepe.
kalau datang, ada ajeee design baru. rambang mata jadinya. rasa nak grab dua tiga helai, normal price for batik crepe dalam rm250. cuba lah tawar harga, tapi biasanya crepe takkan dapat bawah rm200.  kat sini ada jual kain serai wangi juga, dalam rm30 dah dapat. or kain songket for baju kurung, dalam rm40.
kalau songket untuk samping lelaki, agak mahal lah. depends kat benang yang digunakan and corak bunga.


Petang tu, sebelum ke airport, singgah beli kuih-muih kat Yati Ayam Percik. senang sikit nak bawak naik flight sebab semua dah packing siap-siap. satu box rm2.

On your left, Macaroni Bakar dan yang warna kuning tu, kuih bunga tanjung, rasa dia memang manis sangat.
sebenarnya kat sini famous dengan nasi kerabu and ayam percik tapi semua dah kenyang, so beli kuih je lah. memang heaven tengok kuih kat sini.

Pulut Bakar, Kuih Telur, Akok and Kek Batik

Kuih Yang Paling Kejam : Lompat Tikam
Labu Sira ( dimasak guna gula melaka) one of my favourite.
Yang warna oren tu Buah Tanjung, yang kuning tu Jala Emas. Dua-dua pun manis gile!
 
Kuih yang Dynat nak makan since tingkatan 2 :D

 
i cant wait for another trip! :)

xoxo!



Wednesday, October 19, 2011

Belly Trip to KB : Restoran Nasi Ulam Cikgu @ Kampung Kraftangan, Kota Bharu

Salam all,

Last month, ramai geng stfians 0004 datang kelantan for ain's wedding and sambil jale-jale kota baru.
Pagi kitorang jelajah pasar siti khadijah, beli tudung, beli kain sutera, kain batik, beli telekung. wah
macam kat Bandung pulak gaya nya.

Then for lunch, i suggest pergi makan kat kampung kraftangan, betul-betul sebelah pasar siti khadijah and bazar buluh kubu.
atau cari aje, medan parking yang ada replika Al-Quran banyak-banyak tu. memang akan jumpa. restoran ni agak famous, baru je masuk Best In The World on 8tv last week.

Makan secara buffet and self service.
ambil pinggan and ambil saja lauk apa yang nak.
semua masakan ala-ala kampung. and dont worry makanan kat kedai ni agak berpatutan harganya.

tengok lah siapa (baju putih) sibok gile mengambil gambar tuuuu :)



Asam pedas ikan patin, slurrrrpppp!


Ulam Kampung
Sambal Belacan

Habis separuh dah ikan keli ni dibaham amelia :P


Total damage :
for 4 orang makan and 1 jug air sirap selasih = rm27

okay kan?

lain-lain lauk yang ada dalam menu kt kedai :
singgang ikan tenggiri,
 ikan-ikan goreng (keli, kerisi..etc)
ikan bakar
budu, sambal tempoyak,
tembikai
air asam
sayur lemak

and many more..

xoxo :)
email me if you need direction : ayyahenrietta@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...