Monday, June 17, 2013

Honeymoon Review : Tamarind Spring Forest Spa

Salam all,

Masa honeymoon di Koh Samui, memang I target nak rilex and chill saja. Tak nak buat activity yang heavy sebab baru lepas accident,  Masih lagi muscle sore and emotionally unstable. So memang plan nak spend banyak masa pergi spa. My cousin baru balik from Koh Samui suggested that we should try 'Tamarind Spring Forest Spa'. According to them, Tamarind Spring Forest Spa ni memang different from any other spa yang diorang pernah try. Memang best sangat experience kat sana, tempat sangat lawa and service memang the best .Hezri and I decided maybe we should try.



Before pergi, its advisable to make an appointment. Sebab kat sini diorang limitkan, dalam sehari cuma a few couples sahaja boleh masuk. Tapi lokasi spa ni agak jauh, jadi macam mustahil lak tiba tiba nak walk in kan? And worry not, for any package more than RM1000, they will send a driver to pick you up and send you off to your hotel. Booking boleh di buat di webpage Tamarind Springs Forest Spa 
They respond to the email, quite fast. I buat booking hari ini, dalam few hours later, terus confirm.

Our appointment pukul 12pm, they scheduled the driver to pick us up at 1130am. From my hotel ' The Briza' to Tamarind Springs agak jauh, ambil masa dalam 20minit. Sampai je di Tamarinds Spring, I rasa sangat calm. Macam kat kampung-kampung. Sunyi and ada bunyi air. 
Kami straight ke Reception. They asked us to fill in some forms. 
Soalan biasalah about medical history.

Our package is Forest Dreaming
4 hours steam and 2.5 hours massage

 Sedikit nasihat from me :
Dalam form tu, ada soalan. massage mana kita nak choose. Choose wisely okay? Pilih mana yang you suka, yang sesuai with you. Macam I, memang tak suka hot stone massage so I tolak tepi siap-siap.
I dah study malam before kat webpage. So I pilih classic oil massage. Reason, sebab I nak chill and relax, lepas tu dalam classic oil massage ada mention, they use coconut hot oil to massage our head, lagi lah I suka sebab coconut oil memang bagus untuk rambut and Hezri choose Yoga Thai Massage. 
I read on the website, Yoga Thai Massage agak aggresive. Tapi Hezri convince me, " He is a man, should go for the aggresive one"

Up to you, dear :P



Photo Source : Google


Kami juga diminta memilih level massage tu, Nak light, medium, firm or very firm. I choose light and Hezri choose firm. I baru lepas accident hari tu, still sakit sakit badan so taknak lah kuat-kuat sangat diorang urut. Nanti bertambah pula sakit badan.
Sebab I choose classic oil massage, so I diberikan 3 pilihan oil untuk digunakan nanti. Ada Balance, Serenity and Strength
Tatau nak pilih yang mana sebab bau dia semua sedap-sedap. Ada bau lemongrass, peppermint, ginger, I pilih Serenity :)

Tamarind Fizz

Lepas isi form, kami dibawa ke cafe. Kat sana, diorang minta barang berharga untuk di simpan di locker, macam wallets, jam. and they also minta nak simpan handphones and cameras. WHAT?! Baru nak ambil gambar and all :( Rupanya memang policy kat sana, kalau boleh they want us to relax and lupakan dunia luar seketika. and taknak juga menggangu customer lain yang nak relax with our phone ringing ker flashes ker.
Tapi, I suka juga sebab memang kita relax habis kat dalam tu and tak fikir pasal mende lain dah :)

They served us with Tamarind Fizz sementara settle simpan barang. Tapi kat sini, tak macam spa yang I pernah pergi. lepas register,tuka baju terus massage, betul betul ikut appointment kan? Kat sini diorang very chill and relax. You minum-minum, tengok pemandangan. and chill saja. They allowed you to take your time.  

Dah selesai kemas barang, kami dibawa ke satu pondok, to change our clothes. Kat dalam hut tu, ada lockers and bathrooms. Lawa sangat biliknya sebab dinding dia daripada batu-batu yang unik. Atap dia pula dari daun-daun. Tradisional sangat. They provided satu bag mengkuang, towels and sarong for us to wear.

Sampai satu tempat, kita hang laa towel and bag kat dinding tu, and they asked to us to siram our body dulu before masuk dalam steam cave. Yes, you read it right, STEAM CAVE. first time I steam dalam cave tau. biasa dalam bilik aje.



Photo source : Tamarind Springs Forest Spa facebook page

Haa, macam ni lah kitorang siram badan, ambil air dari tempayan tau, macam orang dulu dulu and nampak tak ada belahan kat batu tu? Itulah pintu masuk ke steam cave.
This is the steam cave. Unik sangat. Memang takde kat tempat lain steam cave macam ni. dalam steam cave ni ada tempayan air juga. jadi kalau rasa tak tahan panas, siram lah lagi air kat badan,

Kat sini, memang staffs takde tunggu kita, kita just chill and rilex sepanjang masa kita nak. Depan steam cave ada rock plunge pool macam kat bawah ni, lepas steam, terjun lah masuk  pool. I banyak habiskan masa swimming and rilex kat pool ni. ada three different pools semua. Syok sebab rasa macam mandi air tejun, dengan air turun dari celahan batu.


Next, kami dibawakan naik ke satu level lain, ada herbal steam cave pula. Dia suruh siram badan dengan air, masuk dalam herbal steam cave semula and keluar tu, scrub badan dengan bahan-bahan kat bawah ni.
Ada dua pilihan, tamarind body scrub and ginger & aloe vera scrub. Dua-dua ada benefits yang berlainan. I tonyoh je dua-dua. banyak kali pula tu. haha sebab you can take your time and masuk steam cave or terjun dalam rock pool tu selama mana yang you nak.4 jam kot. ada juga kerusi-kerusi kalau you nak rehat and duduk kat tepi pool. rasa macam pergi berkelah kat air terjun pun ada.



Gamba kat salah satu rock pool

Lepas scrub, kami di bawa ke satu pondok untuk light lunch.

photo source : tamarind spring forest spa facebook page


Nampak tak kon daun pisang tu? Hezri excited sebab ingat nak makan nasi lemak tapi sebenarnya tu penutup sos. cehs. Dia dah state awal-awal, light lunch ni vegetarian dish and semua makan disediakan ialah organic food. I suka rolls tu, sedap. tapi banyak sangat herbs dalam tu, rasa pedas-pedas pun ada. my favourite is the tofu cakes. crispy outside tapi isi dalam lembut. and flavourful.

Kat sini ada banyak pilihan air. Ada 2 jenis cold drinks, 4 jenis hot tea. Self service. I ambil virgin mojito, lime with mint. sedap! then I try different kinds of tea. Tapi I paling suka pandan tea. sangat refreshing!


Virgin Mojito
lepas makan, kami bawak minuman and chill tepi pool. Hezri rilex kat kerusi sampai nak terlelap. Tapi I berendam dalam pool lagi. kat sana banyak betul dragon fly and butterfly terbang-terbang keliling kolam.
Rasa macam magical pun ada.
pool kat tepi pondok for lunch, macam kat bawah ni, tapi ni gambar from their facebook page ye. Perempuan yang bertenggek tepi kolam tu, obviously not me :P


Tak lama lepas tu, ada masseuse datang and minta kita salin sarong yang dah basah tu sebab bermandi manda. Dia ada bagi sarong baru and towel baru. Lepas salin sarong, dia bawak kita naik anak tangga, rupanya ada pondok kat atas pokok untuk sessi urut mengurut. Lawa betul tempatnya, from atas boleh nampak semua pemandangan. and kawasan tu dikelilingi pokok kemboja cina. Suasana pun sunyi and ada music slow. rasa tenang and damai je :)



Gambar bawah ni untuk group package, kat pondok kami ada dua katil sahaja. Memang untuk couple. Before massage, dia bagi I bau haruman from a bowl, dalam bowl tu ada bunga orkid and kemboja. Nak bagi kita rileks kot. then, dia suruh I baring. Memang sedap sangat dia urut.
Relaxing habis. Lepas tu, dia akan tanya, okay ker tak. nak kuat lagi tak?

Hezri pilih yoga thai massage, memang aggresive massage dia. Sampai sakit-sakit badan. Pastu die pilih plak level , 'Firm'
Memang kaw-kaw orang thai tu buat dia, berkerut-kerut muka tahan sakit. Bila orang tu tanya okay tak? Dia cakap okay. haha
My advice is, jawab betul-betul form yang die suruh isi tuh and choose mana yang sesuai dengan you.

I memang suka classic oil massage tu, lagi lagi bila masa urut kepala, dia guna coconut oil. wangi sangat. tapi lepas tu, dekat 4 jam nak tenyeh kepala kasi hilang minyak.

 

Seronok sangat kena belai, I sampai tertidur. orang tu mintak I duduk sebab dia nak habiskan urutan sambil duduk pula. Tapi, I mamai-mamai, malas nak bangun. sampai dia cakap dua kali, Please sit up, ma'am.
Pastu, i hulur tangan kat dia , " Help me" hahah dia tergelak je.
Pemalas betul budak ni.

Habis massage, dia kasi kita minum then boleh lah turun untuk mandi and salin baju kita balik. Tapi bukan mandi  kat pool, mandi kat hut yang kita simpan baju tu, bilik air die lawa, open air concept.
Masa sampai kat hut tu, banyak betul product dia sediakan, shower foam tu macam-macam jenis. Semua bau sedap-sedap. I guna semua, showerfoam, shampoo dengan conditioner. Then lepas mandi,
pakai semua lotion yang dia letak kat dressing table.
Jakun betul haha

Dah siap semua, driver dah tunggu siap-siap kat luar and masa on the way ke hotel,kitorang suruh dia tunjuk kedai makanan halal. dia bawak lah pusing pusing kejap.

Kira separuh hari kitorang spend kt spa ni.  memang berbaloi. 6 jam lebih kot.

kalau ada yang nak honeymoon ke koh samui, boleh check out spa ni ya ?

official webpage : Tamarind Springs Forest Spa
xoxo!


4 comments:

FY said...

bestnye!!!! tempat tu nampak calm sgt.. i suke!!! thanks for sharing dear

zarith said...

seronoknya.. memang lain sangat konsep spa ni. Relax habis..

Ayya Henrietta said...

Kak farah : memang best spa sini. different frm yang ada kat kl. rasa close to the nature gituuu :p

Zarith : Koh samui memang sesuai for org yang nak honeymoon :)

Ayya Henrietta said...

Kak farah : memang best spa sini. different frm yang ada kat kl. rasa close to the nature gituuu :p

Zarith : Koh samui memang sesuai for org yang nak honeymoon :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...