Wednesday, August 27, 2014

Berhabuk ke?

‎Lama betul x update blog. Stress dengan gambar-gambar dalam camera yang di delete tak tahu angkara siapa. Banyak tangan sangat yang pegang. Bila hilang semua folder gambar, semua buat tak tahu. Sabar je lah. 

Terkilan juga sebab gambar kat sydney, bali, masa birthday and anniversary, semua dah takde. Takpelah, I will try to update jugak with very limited photos yang ade dlm phone. Sila bertahan bersama saya ye. 

Xoxo!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, June 30, 2014

Posh! Nail Spa @ TTDI







Image source : Google



Last week, Buya and I decided keluar dating sambil buat mani - pedi. Selalu kalau keluar asyik shopping, makan-makan and tengok movie. tapi this time kitorang nak manjakan diri.
Bila I nampak ada groupon malaysia buat offer kat Posh! Nail Spa, TTDI. I terus beli ! Sebabnya nail spa ni sangat dekat dengan rumah hehe. For this offer. memang murah, RM38 seorang je untuk mani-pedi. tapi rupanya bila sampai kt spa, kena add RM30 lagi untuk buffing. Hmm, takpelah, consider murah jugak lagi sebab bukan buat manicure je. tambah pedicure sekali.

 I suka interior design dalam ni, comel je. and ada package untuk bridal party, baby shower, birthday etc. kalau siapa-siapa yang teringin buat mani pedi spa party, boleh lah consider this place.
Service die pun bagus, sangat soft dia buat and cantik dia potong kuku. Unlike Missy Nails, One Utama. Aduhhh. Bad experience that one. 

Another nail spa outlet yang you might consider : Nail Parlour
selamat mencuba!

Thursday, May 1, 2014

Review Bali Trip : Day 2


Salam, 

Jom sambung cerita bali trip hari kedua. 
Day 2 supir bawa kami ke Kintamani. Kintamani ni agak jauh dari Seminyak tapi kita tak perasan sangat perjalanan jauh tu, sebab kita akan singgah banyak tempat sebelum sampai ke Kintamani. 
Kami gerak dari Seminyak dalam pukul 9 am, and tempat pertama kami singgah, tempat yang buat batik lukis. Batik ni memang lawa sangat sebab semua lukis tangan. Kemas and penuh berseni kerja diorang. 
Kat sini, kita boleh masuk and ambil gambar tempat dorang lukis and warna batik,  tapi kalau barang-barang yang dijual, dia tak kasi ambil gambar. Kat sini I ada beli clutch batik, quite nice and murah, dalam RM20 je. Ada juga kemeja batik, pario, songket pun ada sini. 



Tempat kedua kitorang singgah, adalah tempat jual painting. Memang lawa gila laa painting-painting kat sini, sama juga macam kat tempat batik lukis, bahagian luar je boleh ambil gambar, kalau dalam galeri, memang dia tak kasi. I memang kumpul painting from semula tempat yang i pergi, so a bit over excited bila datang sini.

Memang teruja betul masuk galeri dia. Ada banyak bahagian. dia bahagi ikut theme lukisan and siapa pelukis nya. Contohnya, ada lukisan dewa-dewa kat satu bilik, lukisan abstract kat satu bilik, lukisan gambar perempuan kat satu bilik, macam-macam  jenis. and memang mahal juga lukisan dia,
tapi I bagi contoh macam ni lah, kalau harga lukisan 1k kat malaysia dengan 1k kat bali, harga sama tapi lukisan kat bali ni memang double triple lagi lawa lah.

And kitorang beli painting tu, with that price, memang tak dapat lah nak beli quality sama di Malaysia.
Kalau ikutkan 2 -3 painting nak beli sebab I memang teringat-teringat dua lukisan ni, lawa gila. nampak lively. Satu gambar lukisan orang tengah menuai padi, dengan background padi color keemasan and satu lagi gambar pohon kemboja. Serious memang cantik. Apa kan daya, budget tidak cukup. maybe boleh beli kalau next trip pulak :)

And mind you, banyak tempat lukisan di sini, kena beritahu supir, range harga berapa yang kita cari sebab ada setengah tempat tu, painting dia siap ada certificate and harga berbelas ribu.
Kalau beritahu supir awal-awal nanti dia akan bawak ke tempat yang sesuai dengan budget kita.
Supir I dah inform awal-awal, jangan malu untuk tawar-tawar sebab harga sini boleh murah lagi.
I pun pelik, painting pun boleh bargain ke, tapi memang betul !


Ni gambar-gambar kecil, dia jual dalam rm15 macam tu je, sebab tu dia kasi ambil gambar hehe

Tempat ketiga, kitorang singgah adalah tempat buat silver tapi I tak singgah lama and tak ambil gambar pun sebab tak minat sangat, takde plan nak beli silver. tapi kalau ada teringin nak beli cincin silver, kancing baju kebaya ker, necklace or ear ring, boleh siap kan bajet terus. 

Next tempat, kawasan padi bukit. tempat ni memang menarik, permandangan dia sangat unik. kami singgah ambil gambar kejap je sebab perut dah lapar. 



Sampai lah kita di Kintamani, Kami lunch kat sini sambil menikmati permandangan Mount Batur, sebelah Mount Batur ada tasik. Suasana dia agak sejuk. Macam cameron. Lunch Buffet kat sini RM30 seorang.
Supir kami dah cakap awal-awal makanan kat restoran ni takde lah sedap sangat tapi permandangan tu yang cantik.

 Memang calm lah duk sini, kitorang lepak and borak. sambil makan pisang goreng haha. 
pisang goreng die sedap. 


Haa, nampak tak tempat makan dia tu, memang di hujung tanduk tau. hehe


Selepas lunch and habiskan masa di Kintamani, kitorang turun untuk bali ke Seminyak. Next tempat kitorang singgah adalah tempat buat kopi. Kat sini agak unik, I suka sebab area kampung and sangat nyaman.
Kalau kita datang sini, dia akan jamu kita dengan beberapa jenis coffee and semua nya free!
Bila kita dah minum coffee tu, kita boleh lah decide, kopi mana yang kita suka and nak beli.
I nak cuba kopi luwak tapi kopi luwak ni bukan percuma ye, yang ni kena bayar. sebab kopi luwak ni premium coffee. satu cawan kecil coffee luwak ni harga lebih kurang RM12.

Camni lah caranya dia buat kopi luwak, kat belakang tu our coffee lady. 
Honestly, I memang suka kopi luwak tu, sebab rasa dia very smooth. sedap betul. tapi tak beli laa bawak balik sebab satu paket RM300 hehe. mahal benor.

 
Ni lah pelbagai coffee yang dia sediakan, I paling suka coconut coffee and ginger tea. Hezri pulak suke cocoa drink and roselle tea.
Lemongrass tea tu rasa dia macam tea yang selalu spa hidangkan pada kita hehe. Sebelum balik, I beli bali coffee, coconut coffee and ginger tea untuk ole-ole. and i beli juga virgin coconut oil sebab orang cakap coconut oil ni bagus untuk rambut.
Sebelum balik, supir I memang pesan awal-awal, keluar dari tempat ni , kena terus naik kereta. sebab kat sini, ada orang suka datang mintak duit dengan tourist. Bagus dia kasi tips awal-awal. memang kitorang berlari naik kereta terus hehe.


Lepas turun dari Kintamani, Kitorang terus ke spa, Galuh Bali Spa namanya. 
Sampai di Bali I dah gtau kat Supir tu, I nak pergi spa, dia cakap kalau dia bookkan untuk kitorang dapat harga istimewa. So dia bawak lah kitorang ke Galuh Bali Spa, harga kt spa tu semua dalam USD ya. 
Tapi supir tu memang cakap awal-awal kat kitorang, tengok dulu mana berkenan and jangan tengok harganya, sebab dia cakap boleh dapat diskaun lagi dari harga yang dah state dalam menu. 
Memang dia kasi diskaun betul and berbaloi lah I rasa sebab lama juga spa kitorang buat, whole body massage, foot spa, lulur and mandi susu dengan rose petals. Honeymoon package kata nyaaaa haha. dalam dua jam lebih jugak kitorang kat sini.  

After spa, supir bawak dinner kat wong solo. macam wong solo kat malaysia lah. nasi ayam penyet. 
After that, supir nak bawak kitorang pergi tengok nightlife kat  Kuta, tapi kitorang dah penat gila and mintak dia hantar balik villa. dia pun serba salah sebab masa tu baru pukul 8pm, kalau ikutkan dia kena bawak kitorang jalan sampai 9 pm. so dia cakap, takpelah, dia bawak round  kuta tapi duk dalam kereta je, tak payah turun. 

Tamat cerita day 2 trip,  balik hotel malam tu penat gila. sebab dari pagi kuar berjalan. 
Nanti kita sambung untuk day 3 ye

xoxo. 

Friday, April 25, 2014

Review Bali Trip : Day 1

Salam all, 
Internet baru okay kat rumah, so nak update about our bali trip.
I sampai di bali lebih kurang pukul 1 ptg, settle2 hal luggage kat airport and check in hotel, supir kami datang pick up kat hotel lebih kurang pukul 3. 

Untuk info, kami hire supir dari pak yanto. I tau pasal pak yanto ni pun from blog-blog yang lain. 
Ada survey and message a few supir companies, and compare prices. Kami rasa pak yanto offer the best price, so book je terus dengan dia. Semua through email, bagitau je details kita kat sana. Pak yanto akan siapkan itenerary yang sesuai untuk our trip and if kita nak change here and there pun boleh.
Pak Yanto ni muslim, driver dia pun muslim. Jadi senang lah nak jalan, nak solat & nak cari food halal. 

Untuk 4 hari kami dapat harga 1 juta rupiah, lebih kurang RM200++
memang sepanjang masa kat sana kitorang hire supir sebab rasanya kalau jalan sendiri, kena cari taxi, sama juga, kena bayar jugak, 

Kalau nak contact pak yanto ni, boleh through ytobalitour@gmail.com
cepat je dia reply. Memang recommended sangat, sebab murah and dia tak tipu kita,
takde extra charges ker apa, and driver dia pun muda lagi, sekepala dengan kita. 

Okay, balik pada cerita bali trip.
Lepas supir pick up kat hotel, kami minta dia bawak kami pergi lunch. 
Dia cadangkan makan di restoran ayam tulang lunak, so kitorang pergi je lah. 



Ayam tulang lunak ni special sebab tulang dia lembut, boleh kunyah. and kitorang order dua jenis masakan, ayam berlado, satu pedas and satu mild. satu plate taugeh and dua air alpukat.
Sekali, bila bayar. rupanya dua orang makan, dekat dengan rm100! mahal gila. baik makan chilis macam ni. 
so kitorang complain kat supir, cakap kedai tadi mahal. Dia cakap biasanya tourist yang duduk seminyak  ni, suka makan kat restoran mahal-mahal  ( menangis*) then kitorang gtau lah, kitorang tak kesah makan mana mana asalkan bersih. tapi taknak lah mahal sangat. 
Lepas tu, baru dia bawak kedai makan yang biasa biasa hehe

Tempat first yang kami visit, Uluwatu Temple. 
Tempat ni memang lawa sangat, takdelah jauh sangat from seminyak. 
and kalau nak datang, datang la dekat dengan sunset sebab ada show kecak dance. 




Ramai gila orang kat sini.. Kebetulan masa sampai tu, cuaca terik. memang berpeluh peluh. 
tapi bila sampai atas, and tengok view, lawa gila, hilang semua rasa penat. 

Tapi, supir tu pesan awal-awal, dia kena belikan tiket show kecak dance awal-awal. takut nanti habis. 
And bila show dah nak start, dia hantar masuk sampai dalam sebab nak tunjuk tempat mana paling best nak duduk, so boleh tengok sunset. Bagus supir ni, dia kasi a few tips gak lah,, jangan duduk bawah sangat sebab kecak dance ni ada api dalam show dia, nanti panas, 


Sambil tunggu supir belikan tiket show



Yang menariknya kecak dance ni, dia tak de guna alat muzik, cuma suara je, cak cak cak cak
sebab tu dipanggil kecak dance. 
Show ni, ada storyline. pasal dewa dewi, and kuasa jahat yang cuba rampas dewi. 
kalau masuk nanti, dia akan kasi pamplet untuk storyline show ni. sila lah pilih dalam english sebab kalau dalam bahasa indonesia, susah jugak nak faham. 




View sunset sini memang lawa sangat, tak puas rasa duduk sini, tapi sape yang  nak datang, make sure kasut tu tak tinggi, and kalau boleh pakai lah flat. banyak kena berjalan ni. :)

First day, lepas tengok kecak dance, kitorang tak pergi dinner pun sebab dah late lunch, 
rasa kenyang lagi,
cuma balik hotel and berendam je. 
lepas masak maggi and lepas tengok tv hehe
recharge energy for day 2 pulak.

nanti kita sambung cerita cuti cuti di bali ya 

xoxo! 


Sunday, April 13, 2014

Honeymoon review : Bracha Villas, Seminyak Bali

Salam all, 

Bulan lepas, kami celebrate our first wedding anniversary in Bali. Kitorang booked flight tickets dengan Malindo Air. Memang price dia mahal sikit compared dengan Airasia, tapi dia kasi 20kg for check in luggage and ada entertainment, so takde lah bosan sangat dalam plane, boleh tengok movies, series & main games. Harga tiket kami dapat masa tu dalam RM1200 untuk dua orang ( return flights) . okay jugak kan ? 

I ambil masa agak lama untuk decide villa mana nak terjah. Kat Bali, memang banyak sangat villa lawa-lawa dengan macam-macam price. I pilih villa di Seminyak sebab Seminyak ni lokasi yang sesuai untuk honeymoon. Tempat dia tak sesak and agak sunyi. Kalau taknak di Seminyak, boleh juga try Jimbaran & Nusa Dua. Nusa Dua ni kebanyakkan hotel & villa dia dekat dengan pantai.
Jimbaran, Nusa Dua, Seminyak and Kuta ni lokasi dia tak jauh. Dekat aje dengan satu sama lain.
Depends dengan citarasa masing-masing, kalau rasa nak duduk area town and boleh jalan je pergi kedai, boleh duduk di Kuta. Tapi Kuta ni area yang agak sibuk and bising sikit. 

I booked bracha villa through cantikbalivillas.com . 
Mula-mula takut jugak, sebab biasa book through booking.com. I siap call villa ni, tanya "boleh tak saya book dengan cantikbalivillas.com. Valid tak website ni? "
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 
Cantikbalivillas.com offer the best prices for villa-villa di bali. Siapa yang nak bercuti ke Bali, boleh lah usha website ni. Kenapa I pilih Bracha Villa? Sebab dalam banyak-banyak villas, I suka sangat dengan design dia and baru bukak pulak tu.  Tambah lagi masa tu ada opening promo price. 












Villa ni memang best sangat! Bilik dia lawa. LED tv siap ada dua, satu dalam bilik, satu kat ruang tamu.  Dinding villa untuk living room diperbuat daripada glass. memang cantik sangat, lagi lagi bila waktu malam. 
Bracha Villa baru buka january 2014. I suka sebab design dia moden betul. and bonus bila ade kitchen, malam-malam boleh masak maggi. 


Package yang kami ambil, include dengan breakfast served at our villa , boleh choose lah menu apa yang kita nak for the breakfast. 
Sebelum I datang, I dah call villa ni, tanya dorang serve muslim food ker tak? 
Dorang cakap, yes, kat villa ni memang serve halal food. 
Then sampai kat sana, I double check with my supir and the staff there. 
and dia cakap, ya sini halal food, kami juga muslim, kakak. 

Jadi kami tak rasa was-was lah bila makan kat hotel. cuma bila balik, ada kawan yang comment kt photo, tanya halal ker tak. jangan ambil kira apa yang dorang cakap je.  masa tu baru rasa tak sedap hati sikit.
To be honest, masa kt Bali, memang kami ambil supir dari muslim travel agent. 
Sebab lagi senang, dia leh suggest restoran mana yang halal. Jadi, I akan tanya je.
Even I ada request nak pergi satu restoran ni, ( member lah yang suggest suruh pergi)  then supir ni cakap, kenapa kakak nak pergi restoran itu, restoran tu tak halal, owner nya bukan muslim. 

Jadi depends lah kat masing-masing. Kalau ada rasa was-was, baik jangan  makan. Tapi masa kat sana, I memang tak terfikir langsung, sebab I dah call and tanya, even dah sampai pun i double check lagi. 



Bracha Villas kasi complimentary cake ni for our honeymoon trip. so sweet :)



I memang recommend sangat villa ni untuk siapa-siapa yang nak bercuti di Bali, sebab memang best! 
Pool dia pun besar and staff dia sangat friendly. Kalau nak keluar, siap tolong hantar depan pintu kereta lagi. kalau balik from memana, nampak kereta kitorang sampai je, terus datang sambut, bukak kan pintu kereta semua. 

Untuk price per night, boleh check out kat cantikbalivillas.com ya,

xoxo!


Wednesday, March 5, 2014

Enjoy High Speed Maxis fibre Internet 10mbps only at RM148/month!

MAXIS HOME AND BUSINESS FIBRE INTERNET
MAXIS HOME AND BUSINESS FIBRE INTERNET
Fastest Fibre Broadband in Malaysia with lowest price
10Mbps, 20Mbps, & 30Mbps from only RM148 / month
Pay Less & Enjoy High Speed Internet with Fibre Technology, Subscribe to Maxis Fibre Now!
For more enquiry:
1) Please visit http://sean.maxispoint.com or
2) Reply this email or email to sean@maxispoint.com, or
3) Please contact Sean (016-9804088), you may sms
We will contact you when we receive your enquiry
Maxis Home Fibre Package (Home)
Package Home Fibre 10Mbps Home Fibre 20Mbps Home Fibre 30Mbps
Download Speed 10Mbps 20Mbps 30Mbps
Monthly Fee RM148 / month RM198 / month RM248 / month
Contract 24 Months
Quota Unlimited
Installation Free
Additional charges will be incurred should you request for non-standard installation (more than 15 metres)
Free Home Voice Package Free RM30 call credit to any local and international numbers
Free calls to Maxis fixed lines Unlimited
Free devices Wi-Fi Router
 
Maxis Business Fibre Package (Business) - FREE 3 MONTHS
Package Business Fibre 4Mbps Business Fibre 8Mbps Business Fibre 16Mbps Business Fibre 32Mbps
Download Speed 4Mbps 8Mbps 16Mbps 32Mbps
Monthly Fee RM168 / month RM208 / month RM308 / month RM488 / month
Promotion FREE 3 MONTHS
Contract 24 Months
Quota Unlimited
Installation Free
Additional charges will be incurred should you request for non-standard installation (more than 15 metres)
Voice Call Rates 4 sen (local); 10 sen (Maxis Mobile); 12 sen (STD or OLO)
Buy-over-contract from other ISP Maximum RM500 rebate** in customer bill, and based on customer ISP termination receipt. Customer will need to pay off the penalty first. Documents needed to ensure legitimate are ISP Penalty Receipt.
 
Maxis Business Fibre Fixed IP Package (Business) - FREE 3 MONTHS
Package Business Fibre 4Mbps Business Fibre 8Mbps Business Fibre 16Mbps Business Fibre 32Mbps
Download Speed 4Mbps 8Mbps 16Mbps 32Mbps
Monthly Fee RM188 / month RM388 / month RM688 / month RM988 / month
Promotion FREE 3 MONTHS
Contract 24 Months
Fixed IP 1 Fixed IP Provided
Additional Fixed IP 5 Fixed IP @ RM500/ year (Optional)
Quota Unlimited
Installation Free
Additional charges will be incurred should you request for non-standard installation (more than 15 metres)
Voice Call Rates 4 sen (local); 10 sen (Maxis Mobile); 12 sen (STD or OLO)
Buy-over-contract from other ISP Maximum RM500 rebate** in customer bill, and based on customer ISP termination receipt. Customer will need to pay off the penalty first. Documents needed to ensure legitimate are ISP Penalty Receipt.
**Maxis provide Buy-Over-Contract service from other internet service provider (ISP) up to maximum RM500. (Only for Business Fibre Package)
 
We are looking for agent too. You get high commission when you become our agent and submit Maxis Fibre order to us.
 
For more enquiry:
1) Please visit http://sean.maxispoint.com or
2) Reply this email or email to sean@maxispoint.com, or
3) Please contact Sean (016-9804088), you may sms
We will contact you when we receive your enquiry
 

Sunday, March 2, 2014

Kulcats Barrio @ Taman Tun Dr Ismail

Salam all, 

Dah dua kali plan nak pergi Kulcats Barrio tapi tak pernah berjaya sebabnya tempat ni asyik packed with people. 
Hari ni, saja cuba nasib and alhamdullilah, berjaya dapat seat.
I tak tahu kenapa tempat ni sangat famous. maybe sebab wak doyok selalu lepak sini kot 


Menu kat sini, banyak pilihan juga compared to mukha cafe. 


Iced lychee tea & kulcats lemonade


Cajun chicken sandwich

Pretty normal sandwich, rasanya kalau order burger lagi menarik 


Kulnachos ,
I suka nachos ni sebab diorang generous dengan filling & meatsauce 
nyummms


Chocolate pudding, warm chocolate pudding with ice cream.
Cant go wrong with this 

Total damage : RM54.00


xoxo ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...