Thursday, July 9, 2015

Holiday Review : Gold Coast Part 2!

 Salam all,

Second day di Gold Coast, kami ke Movie World, kami beli tiket awal-awal online sebab beli package. Three parks for only $99 . (darab 3 ya kalau nak convert ke RM) .
Three parks yang we choose is Movieworld + Seaworld and Wet & wild tapi kitorang tak pergi wet and wild sebab winter kan, sejuk gila kot if nak mandi and tak cukup  masa lagipon nak pergi.





Sepanjang hari spend masa kat sini, siapa yang bawa kereta tu, dont worry. kat sini free parking. 
masa kitorang datang, tak ramai orang. so takde laa queue panjang sangat. except for superman ride, kena beratur almost sejam. tapi i tak naik ride tu. Hezri and Amir je hehehe 




Dont miss the parade and shows. Kat entrance, dia akan bagi jadual untuk korang refer jadual showtimes. for me, I enjoyed the hollywood stunt show.
and kalau nak bawa bekal pun boleh sebab dia tak check pun, and kitorang nampak ada beberapa family yang berkelah, bawa bekal makan kat sini. 




Dalam ni ada ride, spooky scooby doo. mula-mula i underestimate, alah ini rides for kids je ni.
sekali bila masuk... hmmmmm......



 Malam tu, sebelum balik kitorang singgah fish market, beli ikan for dinner.




nanti sambung for day three ya!

Thursday, June 18, 2015

Holiday Review : Gold Coast June Trip!


Muke kepam after 8 hours flight and lousy MAS food. 

Salam all, Lama dah tak update blog but semangat nak update semula sebab ramai yang tanya about my cuti cuti ke  Gold Coast , rasanya it would be useful if I share here kan?

I pergi Gold Coast awal June aritu, beli tiket kat Matta Fair, harga tiket MAS RM1500 return for one person. Quite a deal, kan?

Flight MAS tak fly straight to Gold Coast. tapi touch down di Brisbane. From Brisbane to Gold Coast ambil masa lebih kurang 50 minutes by car. For our trip, selepas buat kiraan budget, kami agree untuk sewa kereta sebab agak murah and tak beza banyak kalau guna public transport. 
Kereta merah ini, kitorang sewa from Budget Company for only $178.00 for 7 days. 
Murah kan? ( darab 3 kalau nak tahu amount in RM) 
 Semua booking dibuat online sebelum pergi GC. 


Sampai je di Brisbane Airport, kitorang beli number di Aussie, senang nak guna internet, nak guna waze semua kan? So kat sana, just waze je nak pergi mana-mana. Oh, kalau nak tahu, kitorang ni takde international driver license pun tapi lesen malaysia now ni ada english translation kan. 
Itu dah kira memenuhi syarat dah. 

Di Gold Coast, I sewa apartment di Beachcomber Resorts, Surfers Paradise. Apartment ni takde lah cantik sangat tapi murah and locationnya strategic. sebab boleh jalan je kalau nak ke Surfers Paradise. Parking free pulak tu, 
Saja ambil apartment sebab senang nak masak. boleh jimat sikit. Kitorang bawak stock food from malaysia, macam beras, canned food, sardin, tuna, herbs, pasta sauce, perencah nasi goreng, kunyit, garam. and of course, maggi. 


First day, sebab masih letih lagi, so kita terjah Harbourtown dulu. Harbourtown ni tak jauh pun from Surfers Paradise. Kenapa datang Harbourtown ? Sebab sini factory outlet! 
Masa kitorang nak datang sini, ramai yang cakap, 

nak shopping apa kat aussie, mahal kot currency dia

But actually guys, memang murah kat sini. takdelah murah gila macam barang lelong. Tapi still murah compare to Malaysia. 

Bayangkan set dinnerware Correlle, kalau kat langkawi dalam RM300- RM400, kat sini dalam RM180 je. tapi design limited lah. not all designs ada. 
And perfume pun murah, kalau Versace tu, kat malaysia RM390, kat sini leh dapat RM200. 
Tshirt and baju memang tak payah cakaplah. Memang murah-murah. $10 dapat 3 baju. 

Kitorang semua beli kasut Nike here sebab kalau design sama kt KL, harga dalam RM499. Kitorang beli sini dalam RM216 je. Kebetulan masa masuk store Nike, time tu tengah ada happy hours, 
semua benda 40% off. Apalagi, tak tentu arah la semua orang. 

Lunch di Kedai kebab halal dalam harbourtown. 



Shopping tak ingat di Harbourtown, sampai dah nak malam, so on the way balik, kitorang singgah Peter's Fish Market. Nak beli ikan untuk dinner nanti. Tak menarik sangat Peter's Fish Market ni sebab kecil je kedainya. tapi boleh lah. 
Ikan yang kitorang beli ni, $3 je. dalam RM9.00 seekor. Murah. 
Size macam ikan siakap dah. 


Sempat lagi bergambar kat park tepi Peter's Fish Market. 


Sebelum sampai apartment, singgah jap kat Woolworths, (groceries store) very near to our apartment, boleh jalan kaki je. Beli minyak, garlic, onions, chillies ( wajib ok? ) raspberry juice, beli roti, and snacks. Balik rumah terus masak for dinner. 


Nampak tak tahap kelaparan dua budak tu? 
Menu sardin, telur dadar and ikan bakar. 
Saja masak nasi banyak sikit sebab esok pagi tu, boleh buat nasi goreng pulak. 


Settle dah aktiviti shopping untuk hari pertama. 
Nanti kita sambung hari kedua ya. 

bye! 

xoxo. 






Friday, November 28, 2014

Boat Noodle @ Publika

 Salam,

Rasanya ramai dah cuba makan boat noodle kan? To be honest, I berminat nak pergi sebab tengok mangkuk yang disusun bertingkat-tingkat tu. hehe

Masa kitorang pergi, ramai betul orang tengah queue. Mungkin sebab dinner time. So kalau taknak tunggu lama, jangan pergi waktu peak hour okay?


Boat Noodle ni actually Thai Food. And jangan lah high expectation. 
Noodle ni sangat simple tapi can be very addictive sebab soup dia yang sour and spicy tu. 

Boat Noodle ni ada dua flavour saja.

Ayutthaya & Pathumthani

Ayutthaya ni mild, tak kick sangat and sesuai untuk orang yang tak suka makan pedas.
Pathumthani pula pedas and clear broth. 

My favourite? Pathumthani lah. And I siap tambah chili flakes lagi, 


Satu bowl cuma RM1.90

Tapi, satu bowl tu boleh lah makan dalam dua suap je.  
Kalau I makan, mesti lah 4 bowls. 



Selain noodles, ade jugak kudapan lain, yang atas ni grilled chicken meatballs. Yang rasanya tak payah lah order sebab tak berbaloi. Expensive and its just meatballs. Nothing special .

Boleh letak squid sauce kalau nak lebih masin. 


Another kudapan, fried chicken wings. Ni memang sedap! crispy! 
Tapi size je terlalu kecil. 
Macam makan anak burung. 


Dah habis makan, susun lah sampai tinggi 


Before balik, kitorang try dessert. Macam makan tepung pelita, and kecik je dessert ni. 
Layer atas tu santan and bawah nya, pandan. 

Boleh lah cuba kalau kelapangan. 

xoxo! 

Thursday, October 30, 2014

Dim Sum Buffet @ China Treasures, Sime Darby

Salam all, 

Dah lama dah mengidam nak makan dim sum, tapi kat KL ada few places je yang offer halal dim sum. One of them, China Treasures, Sime Darby. Kebetulan groupon ada offer, one pax for only RM38, mesti cepat je kitorang grab. I always love ala carte buffet, sebab food are made to order. 




Charcoal bun with salted egg yolk custard. 
I love these mini buns! Tapi, I sorang je yang suka, orang lain sume yucks. haha



Dried scallop and cilantro dumpling. My favourite!





Please jangan tanya ini apa, sebab I lost track already. Order banyak and bila sampai dah tak tahu nama dah. and kitorang repeat order 2-3 kali juga. 




Oh please order steamed red bean buns. fluffy betul and sedap! 

Masa mula makan rasa best tapi bila nak balik dah rasa muak and tak sedap. 
sebab kenyang sangat kot.
tapi I rasa food quality sini okay and berbaloi untuk cuba kalau teringin nak makan halal dim sum buffet.

And mind you, drinks x included ye. Satu pot chinese tea costs us around RM30+
xoxo! 

Wednesday, October 29, 2014

Marche Movenpick @ The Curve

Salam, 

Marche Movenpick, The Curve ni restoran lama dah. This is my second visit, dulu pernah datang sekali dengan my friend tapi I just minum je. Hezri pun tak pernah try lagi. so apalagi, jom lah kita terjah. 

Mushroom Soup ( small)  RM8.90

Mula-mula sampai, masing-masing lapar. so pening tatau nak order apa, round-round stations usha food apa yang ada. tapi still tatau nak makan apa. So, I told Hezri, we need to calm down, just order appetizers first. 

Caesar Salad with beef bacon RM17.90
 Mushroom soup kat sini memang sedap, pekat and mushroom tu memang terasa. If korang peminat mushroom soup, please lah order this. Hezri order Caesar Salad for appetizer, this one lagi berbaloi nak makan after kitorang kecewa dengan caesar salad di ben's general food store, Bangsar.


Roasted chicken leg ( RM14.90) side order : Baked potato ( RM7.90)
Hezri's main dish, Roasted Chicken Leg with baked potato. He loves the chicken leg. Sedap! and tak kering, very juicy and flavourful.


Grilled chicken breast ( RM16.90) side order : Mashed Potato ( RM3.90)

Taste normal tapi still okay sebab tak kering sangat. Love the marinate. 

Plain waffle with Haagen Dasz Ice cream (RM17.90) 

Crispy on the outside tapi very fluffy inside. 
this is a good waffle.
seriously good waffle. 

End the dinner with bloated stomach. Love the food and definitely, bukan lousy food. 

Bakpo mu order banyok sangat makanan?!!!!

xoxo! 

Wednesday, October 15, 2014

Jalan-jalan Uluwatu, Bali


Salam, 

Salah satu tempat yang wajib pergi kalau di Bali is Uluwatu. Memang lawa sangat tempatnya. 
Kebanyakkan supir-supir di Bali memang akan suggest datang Uluwatu ni.



Cantik kan? Tapi geram je tak leh lepak lama menikmati pemandangan sebab ramai sangat orang, pastu kalau diri lama orang macam pandang slack sebab dorang nak ambil gambar. 
Ceh.


Kalau datang sini, petang-petang ada show kecak dance. 
Kecak dance ni, takde muzik. tapi diorang ni akan nyanyi 'Cak-cak-cak' sepanjang show. 
Ada jalan cerita, show ni tentang puteri amende tah. kena culik bagai. 
At first I macam berminat nak tengok tapi lama-lama bosan sikit. 
And panas. wuuuuuu. sabar je lah. 
tapi kalau korang belum pernah tengok show ni, please tengok. 
Ambil experience. 
Next day, supir offer nak tengok Barong dance tak?
cepat-cepat kitorang cakap taknak haha




Lepas balik from Uluwatu, mintak supir hantar pergi restoran mana-mana sebab lapar sangat. 
Then balik berkubang di dalam pool villa. heheheh


xoxo! 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...