Thursday, June 18, 2015

Holiday Review : Gold Coast June Trip!


Muke kepam after 8 hours flight and lousy MAS food. 

Salam all, Lama dah tak update blog but semangat nak update semula sebab ramai yang tanya about my cuti cuti ke  Gold Coast , rasanya it would be useful if I share here kan?

I pergi Gold Coast awal June aritu, beli tiket kat Matta Fair, harga tiket MAS RM1500 return for one person. Quite a deal, kan?

Flight MAS tak fly straight to Gold Coast. tapi touch down di Brisbane. From Brisbane to Gold Coast ambil masa lebih kurang 50 minutes by car. For our trip, selepas buat kiraan budget, kami agree untuk sewa kereta sebab agak murah and tak beza banyak kalau guna public transport. 
Kereta merah ini, kitorang sewa from Budget Company for only $178.00 for 7 days. 
Murah kan? ( darab 3 kalau nak tahu amount in RM) 
 Semua booking dibuat online sebelum pergi GC. 


Sampai je di Brisbane Airport, kitorang beli number di Aussie, senang nak guna internet, nak guna waze semua kan? So kat sana, just waze je nak pergi mana-mana. Oh, kalau nak tahu, kitorang ni takde international driver license pun tapi lesen malaysia now ni ada english translation kan. 
Itu dah kira memenuhi syarat dah. 

Di Gold Coast, I sewa apartment di Beachcomber Resorts, Surfers Paradise. Apartment ni takde lah cantik sangat tapi murah and locationnya strategic. sebab boleh jalan je kalau nak ke Surfers Paradise. Parking free pulak tu, 
Saja ambil apartment sebab senang nak masak. boleh jimat sikit. Kitorang bawak stock food from malaysia, macam beras, canned food, sardin, tuna, herbs, pasta sauce, perencah nasi goreng, kunyit, garam. and of course, maggi. 


First day, sebab masih letih lagi, so kita terjah Harbourtown dulu. Harbourtown ni tak jauh pun from Surfers Paradise. Kenapa datang Harbourtown ? Sebab sini factory outlet! 
Masa kitorang nak datang sini, ramai yang cakap, 

nak shopping apa kat aussie, mahal kot currency dia

But actually guys, memang murah kat sini. takdelah murah gila macam barang lelong. Tapi still murah compare to Malaysia. 

Bayangkan set dinnerware Correlle, kalau kat langkawi dalam RM300- RM400, kat sini dalam RM180 je. tapi design limited lah. not all designs ada. 
And perfume pun murah, kalau Versace tu, kat malaysia RM390, kat sini leh dapat RM200. 
Tshirt and baju memang tak payah cakaplah. Memang murah-murah. $10 dapat 3 baju. 

Kitorang semua beli kasut Nike here sebab kalau design sama kt KL, harga dalam RM499. Kitorang beli sini dalam RM216 je. Kebetulan masa masuk store Nike, time tu tengah ada happy hours, 
semua benda 40% off. Apalagi, tak tentu arah la semua orang. 

Lunch di Kedai kebab halal dalam harbourtown. 



Shopping tak ingat di Harbourtown, sampai dah nak malam, so on the way balik, kitorang singgah Peter's Fish Market. Nak beli ikan untuk dinner nanti. Tak menarik sangat Peter's Fish Market ni sebab kecil je kedainya. tapi boleh lah. 
Ikan yang kitorang beli ni, $3 je. dalam RM9.00 seekor. Murah. 
Size macam ikan siakap dah. 


Sempat lagi bergambar kat park tepi Peter's Fish Market. 


Sebelum sampai apartment, singgah jap kat Woolworths, (groceries store) very near to our apartment, boleh jalan kaki je. Beli minyak, garlic, onions, chillies ( wajib ok? ) raspberry juice, beli roti, and snacks. Balik rumah terus masak for dinner. 


Nampak tak tahap kelaparan dua budak tu? 
Menu sardin, telur dadar and ikan bakar. 
Saja masak nasi banyak sikit sebab esok pagi tu, boleh buat nasi goreng pulak. 


Settle dah aktiviti shopping untuk hari pertama. 
Nanti kita sambung hari kedua ya. 

bye! 

xoxo. 






Friday, November 28, 2014

Boat Noodle @ Publika

 Salam,

Rasanya ramai dah cuba makan boat noodle kan? To be honest, I berminat nak pergi sebab tengok mangkuk yang disusun bertingkat-tingkat tu. hehe

Masa kitorang pergi, ramai betul orang tengah queue. Mungkin sebab dinner time. So kalau taknak tunggu lama, jangan pergi waktu peak hour okay?


Boat Noodle ni actually Thai Food. And jangan lah high expectation. 
Noodle ni sangat simple tapi can be very addictive sebab soup dia yang sour and spicy tu. 

Boat Noodle ni ada dua flavour saja.

Ayutthaya & Pathumthani

Ayutthaya ni mild, tak kick sangat and sesuai untuk orang yang tak suka makan pedas.
Pathumthani pula pedas and clear broth. 

My favourite? Pathumthani lah. And I siap tambah chili flakes lagi, 


Satu bowl cuma RM1.90

Tapi, satu bowl tu boleh lah makan dalam dua suap je.  
Kalau I makan, mesti lah 4 bowls. 



Selain noodles, ade jugak kudapan lain, yang atas ni grilled chicken meatballs. Yang rasanya tak payah lah order sebab tak berbaloi. Expensive and its just meatballs. Nothing special .

Boleh letak squid sauce kalau nak lebih masin. 


Another kudapan, fried chicken wings. Ni memang sedap! crispy! 
Tapi size je terlalu kecil. 
Macam makan anak burung. 


Dah habis makan, susun lah sampai tinggi 


Before balik, kitorang try dessert. Macam makan tepung pelita, and kecik je dessert ni. 
Layer atas tu santan and bawah nya, pandan. 

Boleh lah cuba kalau kelapangan. 

xoxo! 

Thursday, October 30, 2014

Dim Sum Buffet @ China Treasures, Sime Darby

Salam all, 

Dah lama dah mengidam nak makan dim sum, tapi kat KL ada few places je yang offer halal dim sum. One of them, China Treasures, Sime Darby. Kebetulan groupon ada offer, one pax for only RM38, mesti cepat je kitorang grab. I always love ala carte buffet, sebab food are made to order. 




Charcoal bun with salted egg yolk custard. 
I love these mini buns! Tapi, I sorang je yang suka, orang lain sume yucks. haha



Dried scallop and cilantro dumpling. My favourite!





Please jangan tanya ini apa, sebab I lost track already. Order banyak and bila sampai dah tak tahu nama dah. and kitorang repeat order 2-3 kali juga. 




Oh please order steamed red bean buns. fluffy betul and sedap! 

Masa mula makan rasa best tapi bila nak balik dah rasa muak and tak sedap. 
sebab kenyang sangat kot.
tapi I rasa food quality sini okay and berbaloi untuk cuba kalau teringin nak makan halal dim sum buffet.

And mind you, drinks x included ye. Satu pot chinese tea costs us around RM30+
xoxo! 

Wednesday, October 29, 2014

Marche Movenpick @ The Curve

Salam, 

Marche Movenpick, The Curve ni restoran lama dah. This is my second visit, dulu pernah datang sekali dengan my friend tapi I just minum je. Hezri pun tak pernah try lagi. so apalagi, jom lah kita terjah. 

Mushroom Soup ( small)  RM8.90

Mula-mula sampai, masing-masing lapar. so pening tatau nak order apa, round-round stations usha food apa yang ada. tapi still tatau nak makan apa. So, I told Hezri, we need to calm down, just order appetizers first. 

Caesar Salad with beef bacon RM17.90
 Mushroom soup kat sini memang sedap, pekat and mushroom tu memang terasa. If korang peminat mushroom soup, please lah order this. Hezri order Caesar Salad for appetizer, this one lagi berbaloi nak makan after kitorang kecewa dengan caesar salad di ben's general food store, Bangsar.


Roasted chicken leg ( RM14.90) side order : Baked potato ( RM7.90)
Hezri's main dish, Roasted Chicken Leg with baked potato. He loves the chicken leg. Sedap! and tak kering, very juicy and flavourful.


Grilled chicken breast ( RM16.90) side order : Mashed Potato ( RM3.90)

Taste normal tapi still okay sebab tak kering sangat. Love the marinate. 

Plain waffle with Haagen Dasz Ice cream (RM17.90) 

Crispy on the outside tapi very fluffy inside. 
this is a good waffle.
seriously good waffle. 

End the dinner with bloated stomach. Love the food and definitely, bukan lousy food. 

Bakpo mu order banyok sangat makanan?!!!!

xoxo! 

Wednesday, October 15, 2014

Jalan-jalan Uluwatu, Bali


Salam, 

Salah satu tempat yang wajib pergi kalau di Bali is Uluwatu. Memang lawa sangat tempatnya. 
Kebanyakkan supir-supir di Bali memang akan suggest datang Uluwatu ni.



Cantik kan? Tapi geram je tak leh lepak lama menikmati pemandangan sebab ramai sangat orang, pastu kalau diri lama orang macam pandang slack sebab dorang nak ambil gambar. 
Ceh.


Kalau datang sini, petang-petang ada show kecak dance. 
Kecak dance ni, takde muzik. tapi diorang ni akan nyanyi 'Cak-cak-cak' sepanjang show. 
Ada jalan cerita, show ni tentang puteri amende tah. kena culik bagai. 
At first I macam berminat nak tengok tapi lama-lama bosan sikit. 
And panas. wuuuuuu. sabar je lah. 
tapi kalau korang belum pernah tengok show ni, please tengok. 
Ambil experience. 
Next day, supir offer nak tengok Barong dance tak?
cepat-cepat kitorang cakap taknak haha




Lepas balik from Uluwatu, mintak supir hantar pergi restoran mana-mana sebab lapar sangat. 
Then balik berkubang di dalam pool villa. heheheh


xoxo! 





Wednesday, September 3, 2014

Ayah's birthday celebration at Marhaba Restaurant, Publika

Salam all, 

Masa birthday Ayah, I memang dah plan nak bawa dia makan kat restoran arab, sebabnya dia memang suka makan nasi mandy. Plan asal nak bawak ke Al Rawsha then I terbaca review about Marhaba Restaurant di Publika. Lagi dekat with our house. And main reason nak datang sini adalah sebab I google and interior restaurant dia sangat lah lawa. Macam fine dining tapi harga food dia lebih kurang macam kedai arab yang lain. 


Masa call to make a reservation,  staff Marhaba tanya, nak celebrate anything ke?

So I cakap lah nak celebrate birthday ayah. 

Bila sampai di restaurant, dorang bawak ke private room, so I macam taknak, because we are only 4 people. private room macam too much. tapi the manager said, takpe because they prepared already. bila masuk bila tu, wah wah, siap letak belon and happy birthday sign lagi. 
The private room is so pretty and ada private toilet. 


Before we start, the waiter served us with complimentary mint tea. Then, served pula salad and lamb soup. for free ye, 
lamb soup tu sedap betul, flavourful. 


Lamb Soup
Then kita order, signature dish Marhaba, 
Lamb Hanith
RM78

sedap betul kambing ini, isi dia lembut and terasa rempah dia. Part yang dia gunakan pulak ribs. 
memang puas hati makan. Kalau nak datang sini, I memang recommend lah untuk order Lamb Hanith ni. 
Boleh share makan 2-3 orang sebab portion dia besar.

Next dish pula, Chicken Mazbi 
RM33

Beza Chicken Mazbi and Chicken Mandy, 
Chicken Mazbi, guna grilled chicken.
Chicken Mandy, ayam tu masak sekali dengan nasi. 

I lagi suka Chicken Mazbi sebab rempah-rempah lagi terasa. 

Rezeki kami malam tu, ada promotion, buy one lamb hanith, dapat any kebab for free, so kami pilih lamb kebab. 

After makan, tiba-tiba the waiter masuk and bawak this small cake as a surprise. 
Wahhh, bagus betul service kat sini. 
I never thought they will prepare this. 




To end our meal, lagi sekali Marhaba served us with complimentary tea. 
Rasa macam apple tea.
memang berpuas hati sangat datang makan sini. 
Food sedap and service memang tip top. 

Kalau nak sambut birthday or saja-saja makan, boleh try restaurant ni. 
Ada dua cawangan, satu di publika and satu lagi di sunway. 

And right now, they have groupon voucher for Marhaba restaurant sunway. 
Go grab it now! 

Marhaba restaurant Publika
03-62078222

xoxo! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...