Friday, January 27, 2012

Birthday Dinner with families @ Raudhah Hotel

Salam all,

I dah cerita earlier about my birthday dinner yang di plan last minute. Memang kitorang pergi furniture hunting until cik dah called and tanya tak mau celebrate birthday ker?

so its on! mum called her sister, cik pah. minta tolong beli cake. in front of me. erm tak surprise lansung T_T
and i requested nak kek laici from Muhibbah Bakery *dasar taktau malu*


Mula-mula nak makan steamboat kat Chim Chum. tapi ayah nak makan nasi. then ayah cakap dia pernah dinner with his friends kat Raudhah Hotel. Food situ sedap, lagi-lagi ikan 3 rasa. a must try. so kitorang terus cari hotel tu and book a table.
Luck birthday girl, ada two tables left je. naseb baik cepat!


Lauk yang di order malam tu.

Ayam masak sos lemon
suka ayam goreng yang dorang served sebab crispy and sauce pun tak curah je atas ayam, takdelah ayam tu jadi soggy. just sauce tu a bit sweet and sour. tak kena with my taste, tapi budak-budak maybe suka ayam ni. sebab tak pedas.

Butter Prawn
Butter prawn ni memang terbaik sebab crispy and flavourful. tapi udang tu cam dah overcooked sikit :(

Sizzling Beef
Sizzling Beef ni one of my favourite that night sebab daging dia lembut sangat and suka flavour dia.
ada blackpepper and soy sauce.
memang sedap!
Kerabu Sotong Kering
Kerabu sotong ni ada dua jenis, sotong fresh and sotong kering. Bonda nak cuba yang kering punya version. layankan ajoo. tapi bagi sapa yang tak tahan pedas, mintak jauhi makanan ni, sangat merbahaya!


Ikan Siakap 3 rasa


I memang suka ikan siakap malam tu. sebabnya bila kitorang nak mula makan baru dia tuang sos atas ikan. so ikan tu still crispy krukk krukk masa dimakan. and sauce 3 rasa tu memang best! sebab lain dari yang i pernah rasa kat kedai lain. biasa ada nenas and tomato dorang dice kan. ni takda. tapi sweet, sour and pedas tu still ada. yang lagi best sebab cili padi dia. memang kick!



tak care much dengan tomyam campur kat sini sebab rasa biasa saja tapi seafood dia memang banyak.


boleh tau kot pinggan siapa ni hehehehe :P


Kek Laici ni memang sedap sebab kek dia macam ice cream and guna whipping cream so takde lah muak macam butter cream.
siapa-siapa yang pergi kelantan boleh cuba kek kat Muhibbah ni. next to Kbmall je kedai nya.

and happy birthday Kak long tu sebab my family,cousins, aunts uncles memang panggil i kak long pun,
walaupun identiti sebenar adalah anak tunggal.

tahun depan nak tukar suruh panggil baby lah :P

xoxo!

Wednesday, January 25, 2012

Lagi lagi lampu.

Salam,

Asyik post pasal lampu je kan? okay this would be the last.. for now :P

Rumah kalau ikutkan sudah siap sepenuhnya. tapi tak move in lagi sebab tengah tunggu perabot.
bila perabot dah start masuk, baru tuan rumah menyusul masuk juga,
masalah for us adalah semua perabot, kitorang beli yang baru. cost agak tinggi jadi kena beli sikit-sikit. bulan lepas sofa. bulan ni meja makan and katil. bulan depan beli benda lain pula. sebab tu lah delay sikit buat house warming.
 i dah beli tilam december hari tu. tapi katil belum beli lagi. baru tempah.
Ka-ching!



terfiikir nak letak langsir grey.
what do u think?
 masuk x?


xoxo !

Tuesday, January 17, 2012

More more more updates!

Salam all,

First and second week sekolah memang sangat sibuk. Nak buat fail baru lah, nak check on students lah, kalau nak list semua memang banyak, nak update blog pun tak sempat. (itu je sebenarnya nak cakap :)

so i update pasal ceiling rumah and chandelier.

see? dah siap pasang and memang a lil bit small kan?


tapi bonda cakap, bukan rumah raja nak pasang besar-besar chandelier tuuu.
and ayah cakap, erm tak dapat lah masuk astana macam ni
ahaha!
ada hati ayah gue mau masuk astana tu.

sedikit luahan rasa hati : sebenarnya tak berapa suka program astana tu. rasa macam takde motif. macam saja nk buat orang-orang kaya bersaing sesama sendiri. rumah sapa lagi lawa and rumah sapa lagi mahal.
kalau deco-deco eric tu macam menarik juga. bagi idea macam mana nak hias rumah, mana nak dapat barang-barang mcm bunga, lampu, langsir rumah. informative lah sikit.


and ini adalah gambar bilik ku.
lampu dinding pasang kat tepi.

more photos tomorrow ya?
cikgu Akmal nak buat kerja sikit hari ni.


xoxo :)

Monday, January 2, 2012

Update about the house

Salam all,

As u can see below, pintu and floor sudah siap. tapi kipas and lampu kat luar belum siap pasang.
Cuma down light je yang dah pasang.




Ini pula ruang menonton tv



Ni pulak porch rumah, dah siap pasang tile and everything.
cuma xkemas aje hehe

Tangga and entrance door.


and this is my room,

Nak letak dua lampu dinding kat situ, 
i heard from the worker, dorang dah siap pasang last week tapi i was in KL.
so tak sempat nak tengok lagi.
insya Allah lepas ni pergi tengok and take picture of em.


Cik kipas from KDK


xoxo :)

Saturday, December 31, 2011

The surprises


made me cried.



this is what u get when u have true friends as friends.
Thank you my girls.
sobsob.

happy birthday to me :)

Tuesday, December 27, 2011

Im finally 24 :)

salam all,

currently i berada di gerik sebab ada meeting guru. so tomorrow akan off ke KL untuk berada disamping kesayangan-kesayangan pula menyambut hari jadi di sana. wuwuwuu

honestly tahun ni tak rasa pun nak celebrate birthday, sebabnya i takut tua :P hahaha!
tapi serious ni, kalau dulu sibuk nak survey birthday present, now i sibuk survey supplement and all.
and few days before my birthday, i pergi buat medical checkup. blood pressure, gula dalam darah semua ok tapi cholestrol abit high for my age. i panicked and terus call my friend, miss Izianti, tanya apa yang patut i buat to reduce the cholestrol. she suggested to eat oats, apples, and take omega 3 supplements, minum susu more. haa, thats the advantage when u have a dietitian as friend :)

Biasanya my mum and i plan to celebrate my birthday so early before the actual day, tapi this year i personally request xnak lah sambut birthday, just keluar makan je lah nanti kat chim chum ( chim chum is a steamboat and grilled restoran di KB, its my fav place to dine, must do review later)

so on my birthday, we went out early sebab pergi survey perabot. Pergi lorenzo and ma jumpa sofa yang dia nak but i cant find my bedroom set there. Lorenzo furniture tak suits with my taste. ada satu coffee table yang i berkenan tapi for bedroom set. i tak suka. so we went to Gucca. oh my! i love almost everything there!
and i finally found my bedframe. Being a total freak control, i want to change the material and the colors. Alhamdullilah, they said i can do that. Yayyness! the price memang abit high, tapi asalkan puas hati, i said yes.

Then, discuss pasal bedframe design and tilam, tapi i nak beli Goodnite or Vono je lah. gucca punya tilam almost rm3500! *_* tengah sibuk-sibuk tengok sofa, tiba-tiba my aunt call, tanya nak celebrate birthday di mana malam ni? my mum cakap tak nak celebrate pun tahun ni... after hang up, she suddenly said, alaa ayah, jom lah kita celebrate.

Ayah pun cakap, jom lah makan kat Raudhah Hotel. and called my two aunts yang ada di kelantan masa tu, suruh beli cake. so its on. on the spot saja :) tapi asalkan with my family im happy sajaaaaaaaaa.
the food is soooo goood! nanti i buat review later ye :)

and guess turned 24, wasnt so bad, kan? :)

xoxo!

Thursday, December 15, 2011

Quick Update!


Salam all,

Sungguh sibuk bila berada di rumah, ingatkan dapat update blog more often tapi pfftt!
sekarang banyak spend time kat rumah baru and homedeco, kedai eletric, kedai langsir, kedai lampu.
semua lah, so far alhamdullilah, semua dah siap dah kat rumah :)

masa pergi beli suis untuk rumah, i demand nak suis macam kat bawah ni.

LOVE the color!
Suka color dia and tak macam suis biasa. Click-click sahaja :) rasa macam cool. Color bronze ni a bit mahal compared to white color. tapi i nak jugak! sebab i rasa macam matching with my bedroom color so mum cakap, " boleh, tapi bayar sendiri" so i beli sendiri lah suis for my room only. cost around rm300. untuk suis lampu, kipas, aircond, ventilating fan, heater and lampu dalam toilet.

Ni plak suis dalam bilik maharaja and maharani.



I request nak ada lampu dinding kat dalam my room, so my mum memang setuju. die cakap, lawa jugak nanti. tapi my mum prinsip, "You can have anything that you want, but you pay for it"

so i beli sendiri lah, lampu dinding tu. i dah ada yang i nak, dah ordered pun last week, insya Allah esok sampai and saturday dah boleh pasang. oh my! i cant wait :D

will update again next time~

ta!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...