Salam all,
Internet baru okay kat rumah, so nak update about our bali trip.
I sampai di bali lebih kurang pukul 1 ptg, settle2 hal luggage kat airport and check in hotel, supir kami datang pick up kat hotel lebih kurang pukul 3.
Untuk info, kami hire supir dari pak yanto. I tau pasal pak yanto ni pun from blog-blog yang lain.
Ada survey and message a few supir companies, and compare prices. Kami rasa pak yanto offer the best price, so book je terus dengan dia. Semua through email, bagitau je details kita kat sana. Pak yanto akan siapkan itenerary yang sesuai untuk our trip and if kita nak change here and there pun boleh.
Pak Yanto ni muslim, driver dia pun muslim. Jadi senang lah nak jalan, nak solat & nak cari food halal.
Untuk 4 hari kami dapat harga 1 juta rupiah, lebih kurang RM200++
memang sepanjang masa kat sana kitorang hire supir sebab rasanya kalau jalan sendiri, kena cari taxi, sama juga, kena bayar jugak,
Kalau nak contact pak yanto ni, boleh through ytobalitour@gmail.com
cepat je dia reply. Memang recommended sangat, sebab murah and dia tak tipu kita,
takde extra charges ker apa, and driver dia pun muda lagi, sekepala dengan kita.
Okay, balik pada cerita bali trip.
Lepas supir pick up kat hotel, kami minta dia bawak kami pergi lunch.
Dia cadangkan makan di restoran ayam tulang lunak, so kitorang pergi je lah.
Ayam tulang lunak ni special sebab tulang dia lembut, boleh kunyah. and kitorang order dua jenis masakan, ayam berlado, satu pedas and satu mild. satu plate taugeh and dua air alpukat.
Sekali, bila bayar. rupanya dua orang makan, dekat dengan rm100! mahal gila. baik makan chilis macam ni.
so kitorang complain kat supir, cakap kedai tadi mahal. Dia cakap biasanya tourist yang duduk seminyak ni, suka makan kat restoran mahal-mahal ( menangis*) then kitorang gtau lah, kitorang tak kesah makan mana mana asalkan bersih. tapi taknak lah mahal sangat.
Lepas tu, baru dia bawak kedai makan yang biasa biasa hehe
Tempat first yang kami visit, Uluwatu Temple.
Tempat ni memang lawa sangat, takdelah jauh sangat from seminyak.
and kalau nak datang, datang la dekat dengan sunset sebab ada show kecak dance.
Ramai gila orang kat sini.. Kebetulan masa sampai tu, cuaca terik. memang berpeluh peluh.
tapi bila sampai atas, and tengok view, lawa gila, hilang semua rasa penat.
Tapi, supir tu pesan awal-awal, dia kena belikan tiket show kecak dance awal-awal. takut nanti habis.
And bila show dah nak start, dia hantar masuk sampai dalam sebab nak tunjuk tempat mana paling best nak duduk, so boleh tengok sunset. Bagus supir ni, dia kasi a few tips gak lah,, jangan duduk bawah sangat sebab kecak dance ni ada api dalam show dia, nanti panas,
Sambil tunggu supir belikan tiket show |
Yang menariknya kecak dance ni, dia tak de guna alat muzik, cuma suara je, cak cak cak cak
sebab tu dipanggil kecak dance.
Show ni, ada storyline. pasal dewa dewi, and kuasa jahat yang cuba rampas dewi.
kalau masuk nanti, dia akan kasi pamplet untuk storyline show ni. sila lah pilih dalam english sebab kalau dalam bahasa indonesia, susah jugak nak faham.
View sunset sini memang lawa sangat, tak puas rasa duduk sini, tapi sape yang nak datang, make sure kasut tu tak tinggi, and kalau boleh pakai lah flat. banyak kena berjalan ni. :)
First day, lepas tengok kecak dance, kitorang tak pergi dinner pun sebab dah late lunch,
rasa kenyang lagi,
cuma balik hotel and berendam je.
lepas masak maggi and lepas tengok tv hehe
recharge energy for day 2 pulak.
nanti kita sambung cerita cuti cuti di bali ya
xoxo!