Salam,
Berbuka puasa di rumah hezri last Sunday and dia 'paksa' buat satu juadah berbuka. Kitorang survey barang pagi tu, and takde masa yang banyak untuk masak. so buat kerabu sotong saje laa. simple and quick dish.
Bahan :
1) 1/2 kg sotong ( dicuci dan buang kulitnya)
2) Bunga kantan 2 batang
3) Serai ( 2 batang)
4) Satu biji mempelam muda
5) Daun ketumbar ( dihiris)
6) Sos ikan ( satu sudu besar)
7) Perahan limau nipis ( 2 sudu besar)
8) cili padi ( dihiris)
9) Bawang besar (dihiris)
10) garam dan gula secukup rasa.
Cara- cara :
1) Rebus sotong dan 3 ulas bawang putih yang diketuk selama 5 min dengan air yang sedikit dan secubit garam.
2) Setelah masak, ambil 5 sudu besar air rebusan sotong dan masukkan perahan air limau nipis, garam dan gula serta sos ikan.
3) Hiris sotong, mempelam, bawang, cili padi, serai, bunga kantan, daun ketumbar dan gaulkan bersama.
4) Tuangkan air rebusan tadi dan gaulkan bersama.
Itu sahaja resepi nya. simple kan? boleh cuba kalau dah takde masa nak masak hehe
xoxo!