Friday, September 30, 2011

The Cream & Fudge Factory @ Alamanda.

Salam semua,

minggu lepas rasa macam nak makan ice cream, planned nak pergi B&R then nampak ada small cafe kat first floor, rasa macam nak give it a try.

Banyak juga pilihan kat sini, ada chocolate, coffee, strawberry, cheese, coconut, etc tapi semua one flavour sahaja. still confuse lagi camna snarnya nak order.

Rupa-rupanya you can follow this step :

1) berapa scoop ice cream you nak
2) nak in cup/cone or with waffle.
3) ice cream flavour yang you nak.
4) Add toppings, ( one topping rm1.50)
Menarik juga kan waffle dia, ada yang plain, ada yang macam-macam flavour.

Then pilih lah nak topping apa, pilihan topping sini lagi banyak dari kat baskin robbins.
rambang mata rasa.

 for ice cream i pilih, french vanilla and caramel flavour.
and add two toppings, hazelnuts and ferrero rocher chocolate.
wah! baru tau, dia mix ice cream and toppings yang kita dah pilih!
Rugi tak pilih buah or ambil mars chocolate. mesti sedap!
Tadaa!
Sadis x tengok ferrero rocher tu? separuh je dia bagi.. :(

 Apa yang i suka kat sini, compare to Baskin Robbins, sebab scoop dia besa.
double scoops of ice creams, leh fill medium cup. tapi ice cream dia, tak creamy macam kt baskin.

so i cant decide mana yang lagi best, dua-dua ada lebih, and ada kurang.

 kalau pening tatau nak pilih flavour apa, dorang dah siapkan creations for you.

apple crumble tu nampak macam menarik je :D

Cost : Double Scoop caramel + french vanilla,
ferrero rocher chocolates
hazelnuts. (around 5-6 nuts)
RM16.50

xoxo!

Thursday, September 22, 2011

New Horizon Garden @ Kota Bharu

 salam all,

Masa balik Raya Aidilfitri hari tu, mak ajak makan steamboat di New Horizon Garden. Tak buat reservation pun, naseb ada table available. maybe sebab sampai awal around 7pm camtu. and kat sini ada small surau, so jangan risau nak cari masjid sebelum datang makan :)

 New Horizon Garden ni macam banglo dua tingkat kat tepi jalan. memang akan nampak kalau nak pergi Wakaf Che Yeh from Machang, kedai ni on your left.

 Al Fresco dining sebab kat floor bawah semua dah full.


Kitorang ambil steamboat set RM70 nett for three person. including chinese tea. kalau nak tambah air lain,
ada extra charges.

 Set steamboat, ada ikan siakap, tauhu, fishballs, chicken, prawns, squids, beehun. golden mushrooms, eggs and vegetables.

 untuk soup pula, ada 3 choices : chicken stock, chinese herbs or tomyam soup.

 kami pilih chicken stock and chinese herbs tapi dorang silap bagi soup. boleh buat ambil gambar dulu!

 ini lah soup yang sebenar!
 Rasa soup memang sedap and flavourful. i paling suka chinese herbs soup :)



tapi that night, memang horrible experience. kitorang sampai around 7pm, order and tunggu maghrib. lepas solat maghrib, food tak sampai-sampai lagi. air je yang sampai. aduhhh tension betul.
dalam pukul 830pm, baru semua orders sampai. lama x lama tunggu tu.
bila tanya waiter kat sana, boleh cancel, dorang cakap, order dah buat, dah tengah buat tapi tak sampai-sampai. pastu sampai satu-satu, mula-mula ikan, then setengah jam kemudian baru sampai chicken, prawns, squids etc, pastu tunggu setengah jam lagi, baru sampai menda lain.

memang perasan diorang punye workers kurang malam tu, tapi hope pengurusan boleh lah do something about this. lama gila tunggu for food. sampai spoil mood.

naseb food sedap.

xoxo :)

Wednesday, September 21, 2011

Tony Roma's @ Mont Kiara

Salam all,

Before balik grik, we went for a quick dinner around Mont Kiara. Tatau nak makan mana, ingat nak pergi Pink Sage tapi tutup. so pergi Tony Roma's :)

Complimentary bread loaf and garlic spread.

Tak suka sangat roti dia sebab a bit hard. and garlic spread plak oily.

Konon-konon nak healthy meal, so we ordered one salad and one big appetizer.

Grilled Chicken with Fire Roasted Vegetable Salad
RM 29.90




Mix of Grilled Chicken with zucchini, carrots, red peppers, chived and chopped greens.
served with tomato pesto ranch dressings and toasted cheddar flatbread.
 
i suka the dressing, tak muak and very light. cant go wrong with the greens.

One large appetizer, can easily feed two or three people
Roma's Sampler RM39.90


Red Hot Chicken Wings, Potato Skin and Tony's Signature Onion Loaf match with Bleu Cheese Dressing, Sour Cream and BBQ sauce.
 

Onion Loaf sangat oilyyyy. we cant finish this. camni ker dorang claim signature dish? urgh, fail.
Red Hot Chicken Wings, rasa Tabasco Sauce yang berlebihan, i dont really like it. Hickory Chicken Wings kat Hard Rock taste wayyyy better than these.
the only thing yang i suka on this plate adalah potato skin, cheesy and ada bacon bits on it. :)

honest opinion, triple play kat chilis lagi sedap!

total damage : rm92 + includes 1 espresso and 1 mineral water
xoxo :)

Wednesday, September 14, 2011

Product Review : Naturactor Cover Face

salam all,

Hari ni nak buat product review Naturactor Cover Face. i dah guna product ni for 4 months and sangat berpuas hati dengan kualiti dan kesan produk, so decided to make a review.
for me, if i pakai something and benda tu tak berkesan, i takkan buat review.
sebab people read this blog and trust the writer to write honest review.

seperti biasa, beli product make up di




Apakah kegunaan Naturactor Cover Face?

Fungsi dia as foundation dalam bentuk krim. tekstur cover face ni sangat halus and lembut,
kalau sapu kat muka, rasa light and tak rasa macam make up tebal.
boleh mengelakkan kulit dari nampak berminyak.

 Rasa kalau nak terangkan fungsi dan kegunaan cover face ni, ramai yang boleh google kan?

tapi personal review tu yang penting, apa yang i tulis berdasarkan pengalaman sendiri dan bukan google atau mencilok, mencelup and mencicah dari orang lain :)

MACAM MANA CIK AYYA BOLEH TERPANGGIL UNTUK PAKAI COVER FACE? MANA TAU PASAL COVER FACE NI ??!

Honestly, sebelum ni memang i sangat concern pasal benda-benda yang nak tempek kat muka. i takkan bantai produk suka hati saja, pakai ikut sedap. sebabnya? muka i sensitive and masa sekolah menengah i ada acne problems.

mula-mula dapat tau pasal cover face, awal tahun aritu dalam bulan februari, sebab masa pergi my friend's engagement party, mak andam dia guna cover face, and sorry to say, my friend tu ada masalah parut jerawat yang agak obvious. tapi after di make up, omg she looked so beautiful! and apa yang penting, make up dia tak nampak tebal! kulit pun hampir flawless. i pun korek lah rahsia from mak andam, dia tunjuk lah, "ni haa, guna produk ni, beli kt china, cover face ni. ilang semua parut kat muka kau. artis-artis banyak pakai ni"
terus tak berminat, sebab produk tu from china. i agak was-was bila anything from china, lagi lagi barang make up nak kena pakai kat muka. takut lain pulak jadinya.


Gambar berani mati di singapore, sangat close up. kalau dulu, jangan harap anda boleh tengok muka saya sedekat ni!
  tak lama pastu tiba-tiba my friend, Zunita Ramli ( owner make up collection) pergi Japan sebab ikut suami belajar sana and start online bussiness,mula-mula i tak pay attention much tapi bila dia tag gambar naturactor cover face i terus beli!! why? sebab from JAPAN! any cosmetic product from korea and Japan sangat safe untuk digunakan sebab dorang ni strict sikit bab bahan-bahan yang ada dalam produk ni.

 Semua gambar kat sini time i pakai cover face. dulu risau sangat nak ambil gambar, banyak songeh.tak nak bawah cahaya lah, jangan guna flash lah. sebab takut nampak kulit berminyak dalam gambar. berkilau-kilau.
sekarang?
ambil lah gambar sambil baring, bawah cahaya, atas cahaya, guna flash, tak guna flash, dalam api depan api, berpeluh, tak berpeluh, pendek kata dalam semua keadaan, boleh! and tidak segan silu lagi!

 tengok perbezaan ni, ni time kelantan trip with stf friends, dari pagi sampai ke malam keluar berjalan ronda KB, kat atas gambar waktu siang, bawah waktu malam. kulit apa macam? still okay kn? hehe



yang pakai shawl pink tu pun, pengguna cover face juga :D

i suka pakai cover face ni sebab kulit tak rasa berminyak dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. paling penting, bekas dia small and senang nak dibawa ke sana sini. lagi-lagi for muslim lady, kalau lepas wudhu and solat, senang nak touch up balik. warna kulit lagi nampak sekata and dapat cover lah sikit parut or pores korang tu :)

Naturactor Collections adalah online shopping terbaik untuk membeli barangan make up kerana barangan make up yang dijual confirm original, penghantaran yang efisien serta harga berpatutan! kualiti produk yang tinggi berbanding produk lain di pasaran :)

xoxo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...