salam all,
ada satu pagi ni tiba-tiba dapat surat kena pergi sekolah orang asli, mula-mula terkejut jugak and tak prepare. tapi pergi lah jugak. under program 'education for all'.
perjalanan lebih kurang 1hour 30minutes from my place.
jalan satu lane je, kalau bertembung lori ni memang mengundang onar ni -_- sampai je kat tempat orang asli, dugaan pertama takde line telefon. pressure-pressure. then sampai-sampai je terus ke dewan makan. untuk pengetahuan semua, budak-budak kat sini duduk asrama dari prasekolah sampai darjah 6. sebab rumah jauh kan.
makcik dining hall (cam sekolah menengah plak ) sediakan makanan pagi tu, nasi lemak and kopi. tapi cam tak selera nak makan :P so i skip breakfast. then jalan-jalan round sekolah before majlis bermula.
contoh rumah orang asli. budak-budak ni cepat belajar kalau ada something melibatkan music. kalau macam lagu, cepat je hafal.
jangan pandang rendah ok. aritu tekejut bila cikgu kat sana panggil nama budak-budak tu, ada nama amy mastura, siti nurhaliza, remy, erra fazira.. serious. tak tipu lah.
dugaan kedua bila majlis start, bayangkan lah takde eletrik. panas gile. berpeluh macam air terjun. and i terfikir, banyak nya duit kerajaan rugi. sekolah ni lengkap dengan komputer semua, dining hall pulak ada fridge yang besar gabak tu, tapi semua tak boleh guna sebabnya takde eletrik.
tapi kami bernasib baik, after 1 hour berpanas,pihak sekolah baik hati pasang generator so dapat lah merasa angin kipas kejap. biasanya generator pasang waktu malam sahaja. cikgu-cikgu kat sekolah tu cakap kalau hari biasa memang panas sangat sebab mengajar takde kipas.
rileks je hangpa minum air paip kan?
budak-budak sini satu lah i respect, bila kita bagi food, cam twisties satu paket, dia boleh makan and berkongsi dengan semua orang. semua ambil sikit sorang. kalau budak-budak kat luar, memang haram lah nak buat camtu. siap menangis lagi kalau mintak berkongsi.
ini lah aktiviti budak-budak kat sana petang-petang. main dam ular. kadang-kadang rasa macam respect gile lah kat cikgu-cikgu yang mengajar kt sini. banyak pengorbanan yang dorang buat. bukan senang, nak duduk pedalaman. internet xde, telefon xde, kedai xde. makan pun kt dining hall je. siang eletrik xde. macam terpisah terus dengan dunia luar. tinggal family, friends and life partner, duduk sini mengajar anak orang asli yang diorang tak kenal pun.
even i duk sehari pun, dah tak tahan. asyik fikir, cepat lah nak balik. cepat lah nak balik.
and maybe bulan akhir june nanti, nak pergi ke sungai tiang pulak. naik boat and melawat kawasan orang asli kat sana. and i was thinking to make a little donation project.
tunggu lah camna nanti :)
xoxo