Thursday, March 31, 2011

Restoran Tasik Raban @ Lenggong, Perak

Jalan-jalan cari makan this time, kitorang pergi Restoran Tasik Raban yang famous dengan masakan kampung and ikan sungai.


Tak susah nak cari kedai ni, if from Gerik, menuju ke Lenggong, Nampak je simpang masuk ke Muzium Arkeologi, makna nya dah dekat lah tu. pergi straight and kedai ni betul tepi jalan, sebelah kiri jalan. nampak signboard besar tulis ' RESTORAN TASIK RABAN'

Ikan tilapia merah bakar = rm28/kg


gulai pisang muda, gulai labu, gulai ubi


ikan patin tempoyak.


ulam-ulam pucuk ubi celur


ulam jantung pisang and terung.


ulam-ulam kampung.


masa datang ni dah lepas jumaat, lebih kurang pukul 3 lebih,

lauk-lauk pun banyak dah habis.


sambal belacan, ulam raja and gulai pisang muda.


pencicah special, makan dengan ikan.


ikan tilapia merah bakar.

isi dia sangat fresh and manis.

and special sauce tuh, pedas-pedas masam manis.

memang kena sangat rasa dia.


bill untuk 3 orang:


rm43.


quite reasonable sebab ikan tu sangat besar.

and tambah lauk ayam, gulai labu and ulam-ulam kampung yang lain.


boleh lah cari kedai ni lepas ni kalau nak makan ikan sungai fresh :)

Wednesday, March 30, 2011

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Mesyuarat agong PIBG

salam all, semalam ade mesyuarat agong PIBG. and yours truly dilantik jadi pengerusi majlis. first time ok! nervous gile. tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. tapi preparation nak buat teks memang sukar sikit maybe sebab orang baru kn. kalau siapa-siapa yang nak teks ucapan tuh, boleh lah email kepada saye,

ayyahenrietta@gmail.com


i will send it to you



xoxo :)

Tuesday, March 22, 2011

house hunting

salam all,

baru balik from bercuti seminggu kat kampung.
sampai-sampai rumah, tengok ceiling berlubang besar and pasir penuh dalam rumah,
mula tuh, ingat ceiling pecah sebab hujan. so saje lah bercakap kat sekolah, lebat hujan kat grik,
sampai ceiling pun boleh pecah.

then, cikgu kat sekolah pergi tolong check rumah. bila dorang tengok, dorang cakap lah,
ni bukan ceiling pecah sebab hujan tapi sebab orang pecah masuk.
pasir yang dalam rumah tu, bukan pasir orang guna buat rumah.
pasir kasar, kat jalan. maybe pencuri tu saja letak pasir konon-konon pecah sebab pasir berat atas tu.

rumah i kat fifth floor, tingkat paling atas sekali. memang senang nak naik atas tu sebab ada tangki air, ada orang selalu naik betulkan tangki atas tuh, and ade rumours cakap, ada budak-budak drug addict near that area selalu datang. so memang perasaan tu, takut lah.
semalam sampai pagi tak dapat tidur, dah buat report kat PPD semalam, and PPD suruh buat police report.

Insya Allah petang ni lah nak pergi buat report and all. pastu dah house hunting sikit-sikit.
jumpalah rumah banglo, 2 tingkat. tapi the rent is more than im willing to pay.
still tengah consider. sebab rumah sewa agak susah nak cari kat area gerik ni. tak banyak perumahan yang ada. mostly rumah persendirian.

malam ni kemungkinan besar tidur hotel dulu, for the rest of the week lah. nak buat camna, scary lah tidur kt rumah.
nak g dapur lalu lubang besar tu, rasa macam ada orang tengah mengintai kita T______T

ok, doa-doakan lah keselamatan saya ye?

:)

xoxo

Thursday, March 17, 2011

Finally graduated!

Salam all,

hari ni sangat-sangat happy sebab its my graduation day! after 5 and a half years, akhirnya grad jugak :D convo kat picc, of course sangat happy. hari first, timbalan perdana menteri dtg and today timbalan menteri pelajaran datang.

pagi-pagi convo sangat blur, sleepy. yours truly sempat tertidur jap :p tapi after keluar from dewan tengok parents, salam peluk and said thank you sebab banyak support masa study, support kewangan, dr segi mental and semua lah. rasa sayu plak.

then ramai aunts, uncle and cousins yang datang. bagi roses. sampai tak cukup tangan nak pegang. bagi presents. chocolates, clutch,bear :)

and diana enkobi with hakim ahmad pun datang, mintak cuti keje siap hehe.
thank you for the roses and pink hippo. serious tak suke lansung! hehe

kilod yang datang jumpa even kejap tapi still appreciate.

and to ayah long yang sponsor majlis kesyukuran at his home, nasi mandy kambing yang sedap!

thank you thank you thank you allll. i loooove you big time and i cant wait for my graduation party tomorrow! :)

will tell you later about it.

enjoy some of the photos okay?


masa bersiap-siap nak masuk dewan

semua sengetkan kepala heee.

muka mengantuk masa ni. dalam hall

depan masjid besi :)

the cousins

sangat banyak photos snarnye.
nanti upload later.
ta!

Tuesday, March 8, 2011

The first complain that i received

Salam all,

Not a good day for me sebab today i received my very first complain from a parent.
around 11am, kerani sekolah datang panggil cakap ada phone call kat office, i ingatkan regarding program LINUS yang i tengah buat now. actually phone call tu from seorang mak. anak dia kelas i, darjah 4.

so mak dia cakap lah, bla-bla i garang sangat lah, anak dia tertekan dalam kelas i, so bila i tanya, sapa name anak dia, dia tanak cakap. dia pun pesan lah ( more to gertak i think) dulu ada jugak masalah kat sekolah, dia siap bawak ke pihak atasan lagi. tapi dia tanaklah wat camtu this time lagipun cikgu kan cikgu baru (what the!) dia tanak burukkan nama i. dia cakap, anak dia ada juga darjah 3. anak yang darjah 3 pun cakap benda sama. panjang lagi lah dia complain. dia cakap, cikgu ni kalau marah sapa yang tak buat kerja, marah satu kelas. marah je lah orang yang xbuat kerja tu. amboii. ko ni, ko pandai sgt, datang la mengajar sini, tengok ssh ker snang.

so i macam berfikir-fikir, sapa ye. tapi darjah 3 i tak pernah marah pun. sebab darjah 3 ni semua budak baik. lagipun just ajar english je. siap buat projek recyle and projek save the earth lagi. (seminggu tanam satu pokok ). so cikgu disiplin and pk1 pkhem wat post mortem, panggil semua darjah 4. then tanya2. soal2. semua ok, sampai lah sorang dak laki ni cakap, cikgu akmal garang sgt. dia tertekan. bagi lah nama dia A.

bila guru disiplin bgtau i, mak budak yang complain ni, si A. i macam, haaa tak percaya nye!
sebab si A ni baik gile budaknye. n i tak pernah marah dia directly. tapi membebel satu kelas biasa lah kan? and budak-budak ni memang kena marah. kalo tak marah, tak buat kerja lah.
kalau duk berlembut, nanti naik lemak. kerja tak siap. homework tak buat. suruh hafal sifir tak hafal. and lagi sakit hati, yang si A ni memang i tengah drill now. sebab dia tuh, darjah 4 pun sifir 2 tak ingat lagi. boleh bayang x lemah tahap mane budaknya?

and for me plak. i tak boleh biar budak lemah. ada sesetengah cikgu yang pilih kasih, nak mengajar yang pandai je. tapi i tak boleh. i nak drill jugak budak-budak yang lemah ni. tapi kalau i nak hidup senang, tanak sakit kepala, i masuk kelas bagi kerja then biar dorang buat keje, nak buat ker xnak buat ker, terpulang lah. awak yang nak pandai, awak yang nak periksa, bukan cikgu. and i boleh just mengajar je, faham ker tak faham ker, lantak korang lah.

seriously lah, i nak tolong budak-budak kat sini. i bukan apply nak mengajar kat gerik ni.
i was sent here. bukan i yang mintak. dah lah kat tempat yang i taknak, pastu nak tolong anak-anak korang ni then nak complain-complain pulak. i can ignore ur child, i boleh wat tatau je.
tp that would make me a lousy teacher. and i dun wanna be a lousy teacher.

rasa sedih tau x, i am trying to help. bukan saje-saje nak marah anak korang. snarnya, kalau ikot perasaan lagi senang if tak marah. masuk kelas, bagi kerja, dah siap then hantarlah. tapi otak tak berkembang lah. budak pun tatau yang dorang buat tu betul ker salah. and i was quite happy dah, sebab nampak peningkatan dalam kelas. bila push-push, maybe dorang takut sebab i garang, kerja sekolah semua siap pastu bila suruh buat kat depan, ramai yang boleh buat.
so cam happy lah, then dapat pulak phone call complain2. terus takde mood, ilang semua mood nak mengajar.
ikut perasaan rasa macam nak biar je budak tu, nak tergolek ker terlangkup ker, ikut hang lah.
tapi kesian lah kan, masa depan budak tu.

kita ni fikir kesian lah ape, tapi mak ayah ade fikir? fikir nak complain, fikir nak cari salah cikgu je. kalau pandai sgt, korang lah datang sini mengajar. takpun hantar anak kat sekolah lain. ada je cikgu yang lepas tangan, masuk kelas, suruh buat kerja sendiri, habis sejam habis waktu, keluar lah kelas.
i can do that too. tapi fikir kesian budak-budak, nanti nak periksa, nak dapat markah tinggi.
budak-budak dapat markah tinggi bukan cikgu dapat naik gaji. penat je ade lah. complain lagi dapat, kan dah down ni :(

bila cikgu dah tolong mengajar, appreciate lah sikit. jangan lah duk dengar je cerita from anak satu-satu. kadang2, budak ni bila mak ayah duk back up sangat dorang, dorang tends to membesar2 kan cerita. benda takde ape pun. pastu buat rugi korang je, cikgu tu dah terasa hati, dah tak berkat dah ilmu yang anak korang dapat, pastu if cikgu dah malas layan anak korang.
ignore je nanti. tak ker susah macam tu? cikgu buat macam anak korang takde je dalam kelas tu. tak layan dia.

nak hantar tuition, hantarlah. cikgu kat sekolah, ajar ikut syllabus. ajar ikut syllabus rasmi sekolah yang takde dijual di kedai. and cikgu-cikgu tau skema jawapan. macam mana nak jawab soalan supaya dapat full marks, jalan kerja and all. so berhati-hati lah bila hantar anak ke tempat tuition.

cukup lah membebel. ta!

the netball tournament

salam all,

Minggu lepas ada netball tournament. and yours truly kena jadi pengadil yang tak bertauliah. sebabnya, every school kena hantar sorang pengadil and berbekal pengalaman ciput ni,
i pun hentam saja lah.

refresh balik few rules. sebab biasanya just main WA or C. tak pernah main dalam kawasan D, jadi shooter or ape.
al-maklum lah wa punya ketinggian, bukan tak tinggi, tinggi jugak hehek tapi ala-ala rendang sikit :P

okay, back to the story. tournament 2 hari so first day tu wa jadi lah pengadil. cm syok jugak sebab learned banyak mende and pengadil ni cam raja. tiup je wisel, yeah! sume stop and dgr cakap kite. jadi pengadil friendly match cam ok. yela, semua pun tak serious lagi kan.

1st day tu jage match sampai 3 games. berpeluh-peluh lah tengah panas. terkejar sana-sini. pastu masa duduk kat urusetia, banyak lah sekolah yang complain, pengadil ni tak betul lah, pengadil ni pilih kasih, tiup wisel tak bunyi lah, pastu kesalahan biar je, xtiup wisel pun. naseb i tak kena complain lagi. so lega lah. tanya urusetia, esok kena duty lagi x, die cakap tak payah dah, esok bagi pengadil bertauliah. tapi still kena datang lah.

2nd day, datang rilex2 je. borak-borak dengan cikgu sekolah. amek gambar posing-posing sambil makan goreng pisang. maybe urusetia pun menyampah tengok, dalam hati dorang, oo rilex ko ye akmal hidayah, nanti ko. biasa die niii. tiba-tiba wa terdengar announcement, cik akmal hidayah sila datang ke urusetia sekarang. pergi lah tersengih-sengih then urusetia gtau,
awak jadi pengadil for game separuh akhir japlg, kat gelanggang A, sila sign sini.

AAAAAAAA! taknakk. what the, separuh akhir? napeeee!! pastu urusetia tu cakap, ala belajar lah. masa ni lah kena belajar. adoiiii! tension betul. then pergi lah, amek wisel sume. bila sampai kat meja pencatat and penjaga masa, dah nampak dah dua-dua cikgu sekolah tu jeling semacam. maybe dorang pk, ooo muda budak ni, boleh kena goreng ni

nightmare gile ok time jage game tu, biasa lah kita manusia kan, tak telepas lah kesalahan.
memang tahan telinga and berhati batu lah. tapi sedih lah tengok perangai cikgu-cikgu ni yang nak sangat pasukan dorang menang. jage lah mulut tu sikit. i pun cikgu jugak ok.

macam-macam dorang jerit masa game. segan kalau orang lain dgr, parents dengar ker ape. dah lah yang terjerit-jerit, maki hamun tu tak payah cakap lah.
malas nak tulis. memalukan je.

Thursday, March 3, 2011

What it feels like to be a teacher?

Salam all,

jadi cikgu ni kadang-kadang rasa macam kerja berat esp mengajar sekolah-sekolah kecil/ kampung sebab murid-murid bergantung sepenuhnya pada kita.
takde tuition and most parents tak berpendidikan tinggi. so kalau nak expect dorang balik rumah and revise today's lesson, dont.

and of course, kita mesti nak drill students to achieve more in their life. tapi dengan keadaan now, cikgu-cikgu sangat busy. since last week, i pergi sekolah around 7am, masuk sekolah 735am and balik rumah 7pm. berapa jam dah tu?? penat tu tak payah cakap lah. pnah one time, i sampai rumah, tidur dengan tudung pun tak bukak lagi. mengajar now macam dah jadi kerja kedua.

bila dah jadi cikgu, automatic macam jadi social worker pun ade, jadi kerani pun ade, jadi athlete pun ade. semua u kena jadi. kalau macam i, i kena urus pasal students yang miskin and layak dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT or free breakfast).
and to make sure students miskin ni dapat, u need to investigate dorg nye background.
sijil kelahiran, pendapatan parents, and if parent meninggal kena ada sijil kematian.
and bila i uruskan file tu, tengok lah sebab-sebab kematian and all. rasa kesian pun ade.
tengok macam-macam sebab kematian, severe head injury, strok, and ada yang meninggal sebab electric shock. then now ade mak je, mak pun kerja tak tinggi, kerja kampung.
adik beradik ramai.

one of my students, OKU tapi tak register lagi so tak layak dapat bantuan OKU.
and ayah pulak dah meninggal. datang sekolah orang kena bantu, tak boleh berjalan sangat, tak boleh diri lama tapi tak mampu nak beli wheelchair. so duduk lah kerusi biasa. bila dah jadi cikgu ni, macam-macam yang kita jumpa.
yang out of the box, something yang kita tak terpk pun.

kita selalu selesa dalam zone kita. tak pernah terpk pasal orang lain. last week i hantar budak bola sepak balik rumah, masuk kampung semua and bila tengok sesetengah rumah students,
rasa macam, ya Allah, tak bersyukur nya aku. tak terfikir ada orang yang still duduk rumah macam tu. rumah kecil, macam bangsal. tapi dorang still happy datang sekolah. i teringat ada sesetengah my friends yang memillih kawan, nak kawan dengan orang kaya je. mungkin kesedaran tu kurang kot, tu jadi macam tu :P

maybe bila kita dalam comfort zone masing-masing, kita always want more. nak lebih dari orang. nak pakai kereta macam ni, nak beli blackberry, simpan duit nak beli iphone. sebab apa yang kita nampak, semua orang lebih dari kita. its not wrong pun. positive competition.
tapi for me, kena ada limit kot. think about others yang hidup dalam kekurangan.
kadang-kadang bila bukak facebook baca macam-macam, orang ni berlagak macam ni,
orang tu berlagak macam tu. i rasa macam sudahlah, tak perlu lah semua tu.
i macam stuck in the middle, i see both side, yang melebih-lebih, kaya, yang konon nye live life to the fullest and satu lagi yang serba kekurangan. kalau u ask me, to pick side, honestly i pick side yang serba kekurangan. why?
sebab even kekurangan, nilai-nilai murni dalam diri still tinggi. still happy. still help each other.
dapat something bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi share with others.
respect each other and tak pernah nak berkira, tak pernah nak judge. semua same.

kalau u rasa u live life to the fullest, think again.
semua orang boleh buat lepak mamak malam-malam.
semua orang boleh buat gather friends and pergi enjoy-enjoy tengok movie,
pergi konsert. pergi main futsal, pergi main paintball.
semua orang boleh buat dapat gaji, pergi shopping and buy expensive things.

tapi boleh u naik boat for 2 hours and naik four wheels drive 5 hours and jalan kaki for 7 hours,
singgah kampung ni, kampung tu, before sampai tempat u bekerja?
boleh u duduk dalam kampung takde internet, takde line telephone, takde facilities lansung?
boleh you pergi jauh from family, duduk kampung yang namanya pun u tak pernah dengar and yang ada pengangkutan air je?
boleh you tidur rumah yang takde letrik, takde air, and bergantung kat air perigi je?
boleh you duduk satu tempat yang nak keluar from sana, kena naik sampan?

and u buat semua tu, sebab nak tolong manusia lain, yang need u, yang perlu education,
yang perlu someone to help them.

kalau u boleh buat semua tu, tu baru lah live life to the fullest.
some of my friends did, and im very very very proud of them.

maybe you can think tp what i see, is more than that. ada student yang suka datang sekolah just sebab dapat makan ayam.
kalau kat umah takde makanan macam tu.

muhasabah diri masing-masing ok?

gotta go. bye!

Tuesday, March 1, 2011

Restoran Salero Negori @ Amcorp Mall



Salam,

Memang dah lama teringin nak makan gulai daging salai. finally dapat! Yayyy.


gulai daging salai.

gulai ikan keli salai and pucuk ubi.

first time makan, and ikan keli tu rasa smoky sikit. not bad tapi still daging salai #1

sambal hijau.

cili hijau digoreng and tumbuk dengan ikan bilis.
tak cukup pedas for me,


terung sambal.
thumbs up!


ulam-ulam kg.
and tambah satu ikan keli bakar.
total bill : rm33 for two person.
agak pricey tapi definitely would come back for their gulai daging salai.
terbaik oh!
xoxo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...