Salam semua,
susah nak update blog sekarang sebab sibuk sangat-sangat :(
Second day di KB, Miss Izianti requested nak makan nasi berlauk for breakfast. rindu katanya :)
so i bawak diorang makan dekat-dekat homestay, kedainya di Kadok, kat tepi jalan saja. memang famous dengan nasi berlauk.
kalau lambat sikit, mesti habis. nak tau kedai ni kat mana? betul-betul depan masjid Kadok and kalau nampak banyak kereta parking and ada orang membakar daging, ayam. betul lah tu :)
kalau from Machang, kedai ni on your left.
Ada 3 jenis lauk sahaja di sini, gulai ikan tongkol, gulai ayam and nasi kerabu.
lepas tu boleh lah nak topup daging bakar or ayam bakar, yang fresh dibakar di depan mata.
i memang suka nasi berlauk gulai ikan tongkol dengan daging bakar
rm3.50 sahaja.
Kuah gulai pekat and isi ikan tongkol tu manis. memang secukup rasa :)
makan pulak dengan sambal.
Tengahari sikit we all semua ke Pasar Siti Khadijah, menghabiskan duit :)
Third Floor, ada jual tudung bawal, shawl, telekung sembahyang, kaftan, kain batik, kain sutera. lawa-lawa semua.
|
Amy was paying for her stuff. |
|
Letih ker dik? heee |
cukup tak suka if datang pasar siti khadijah and takde budget nak shopping, sebab i peminat kain batik, lagi-lagi batik crepe.
kalau datang, ada ajeee design baru. rambang mata jadinya. rasa nak grab dua tiga helai, normal price for batik crepe dalam rm250. cuba lah tawar harga, tapi biasanya crepe takkan dapat bawah rm200. kat sini ada jual kain serai wangi juga, dalam rm30 dah dapat. or kain songket for baju kurung, dalam rm40.
kalau songket untuk samping lelaki, agak mahal lah. depends kat benang yang digunakan and corak bunga.
Petang tu, sebelum ke airport, singgah beli kuih-muih kat Yati Ayam Percik. senang sikit nak bawak naik flight sebab semua dah packing siap-siap. satu box rm2.
|
On your left, Macaroni Bakar dan yang warna kuning tu, kuih bunga tanjung, rasa dia memang manis sangat. |
sebenarnya kat sini famous dengan nasi kerabu and ayam percik tapi semua dah kenyang, so beli kuih je lah. memang heaven tengok kuih kat sini.
|
Pulut Bakar, Kuih Telur, Akok and Kek Batik |
|
Kuih Yang Paling Kejam : Lompat Tikam |
|
Labu Sira ( dimasak guna gula melaka) one of my favourite. |
|
Yang warna oren tu Buah Tanjung, yang kuning tu Jala Emas. Dua-dua pun manis gile! |
|
Kuih yang Dynat nak makan since tingkatan 2 :D
|
i cant wait for another trip! :)
xoxo!