Wednesday, April 24, 2013

Halal Muslim Food at Koh Samui : Honeymoon Review

Salam all,

Today nak share about our first meal kat Koh Samui. Sampai di Koh Samui agak lewat, jadi kami makan maggi dulu alas perut. Malam tu, sewa motor and round-round cari halal food area Chaweng. Masa tanya receptionist kat hotel kat mana muslim restaurant, dia siap bukak buku lagi nak explain. last-last tak paham pun :P

So, kitorang just gamble, naik motor round sendiri. Jalan kat sini sangat senang sebab banyak yang one way. so pusing-pusing jumpa jalan yang sama. Before datang Koh Samui, ada terbaca blog, tak ingat blog mana. yang bagi info, ada muslim restaurant depan Bangkok Hospital. So kitorang naik motor cari hospital. Tak susah pun. Kalau kat area Chaweng tu, memang senang nak cari apa-apa.

Kat depan Bangkok Hospital tu, ada small restaurant with signboard 'Muslim Food Restaurant'. Singgah lah kejap. Minta menu then seorang lelaki ni datang, pekerja dia kot. dia boleh cakap melayu. die cakap 'Menu takdok. Sini biaso orang order tomyam. kailan , padprik ker"
So, kitorang order je lah masakan panas macam kat bawah ni

Tomyam Seafood

Tomyam kat sana campur santan, tak pedas sangat. mild je. tapi I suka sebab banyak isi, ada ikan tenggiri, udang besar-besar and sotong. flavourful betul

Telur Dadar - Fluffy telur dadar dia


Daging masak merah

I mintak sambal belacan, dia cakap, " Namprik?" haa yela kot namprik. sekali dia datang bawa ni.
Mempelam muda dicincang, campur dengan air asam jawa, cili, bawang. Fuhh sedap betul ni.
Ada rasa masam, manis, pedas. Thumbs up!

Overall, makanan dia tak banyak beza dengan Malaysia dari segi menu, tapi cara masakan tu. Kalau kat Malaysia pedas, kat sana tak pedas sangat. So kalau nak pedas-pedas, request awal awal suruh taruk cili ya.
Recommended lah untuk siapa-siapa yang ke Koh Samui  untul try restaurant ni. Johan & wife pun datang makan sini dalam Destinasi Cinta. Ingat ye location nya,
depan Bangkok Hospital :)

xoxo!

5 comments:

Nor Mazila said...

la xsmpt mkn mknn pns
tp before blik smpat mkn nasi beriani die cn.
breakfst die sne meme ade tu je.
sedappp

cha said...

sedapnya u lagi lagi nampkrik tu hihi. mahal tak?

Akmal Hidayah Azalan said...

mazila - masakan panas die sedap oh. tapi sekali je sempat pegi

cha - Dalam rm28. mahal lah kalau compare ngan malaysia kan? tapi dimaafkan sebab tomyam dia banyak isi. udang pun besar

ninasabrina said...

ReHi slam. Nk tanye...awk sewa moto kt sane...sehari brape ye?

Akmal Hidayah Azalan said...

Salam nina. Masa first day, kami sewa motor kat hotel dalam rm30 sehari. Second day, cari sendiri kt kedai depan hotel dapat rm20. tapi kalau jalan lagi, ada yg rm15 je sehari :) rate dia lebih kurang macam tu. sewa murah tapi minyak yg mahal. ford fiesta sewa rm100 je sehari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...