Showing posts with label The life of Ayya : Her journey to be a teacher. Show all posts
Showing posts with label The life of Ayya : Her journey to be a teacher. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Alahai anak muridku

Salam all,

Masuk kelas tahun 1 and .....


So funny. ramai yang tak larat and demam today.
tidur kat meja belakang.
cikgu-cikgu yang datang jenguk semua cakap macam ikan kering kena jemur hehehe


xoxo :)

Tuesday, August 9, 2011

Kisah Benar Di Sk Kenayat

salam all,


pagi tadi, cikgu pemulihan share a story with me, i gelak sampai kua air mata.

cikgu : F, ni huruf A. A bunyi nye Aaaa. okay? huruf ni ada bunyi. macam haiwan, ada bunyi. cth, lembu, ada bunyi kan? bunyi camne?

F : moooo.

cikgu : haa, mcm tu laa. lembu ada bunyi, A pun ada bunyi. jadi A ni bunyi apa?

F : moooo



hahaha T_T

Thursday, August 4, 2011

what breaks a teacher's heart and what parents should learn.

salam all,

post ni sangat panjang and if tak larat nak dengar i membebel dengan emosi pls dont read it :)

Rasanya ramai dah tau berita/isu pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Uda, JB yang kena sertai kem motivasi,tapi sebenarnya dihantar ke penjara then dibotakkan, digari, dipukul di penjara tersebut. buat pengetahuan umum para pelajar-pelajar yang dihantar ke kem motivasi tersebut adalah dari kalangan pelajar yang bermasalah, ponteng sekolah, terlibat pergaduhan, khalwat etc.


at first, i tak pay attention sangat kat kes ni. tapi bila baca paper hari ni, parents pelajar-pelajar pergi serang sekolah, marah guru-guru sekolah tersebut dengan perkataan kesat macam bodoh bebal dan macam2 lagi, terus terang i rasa terkilan as a teacher.


1), i want to explain one thing. nak hantar pelajar-pelajar sertai kem motivasi tu ataupun nak organize satu event bukan benda senang. ada paperwork yang kena buat, kena ada objektif, tentatif, matlamat program, kena dapat kelulusan dari pelbagai pihak, kena buat senarai budget, kena cari duit/sponsor. kena dapat persetujuan daripada pihak penjara, kena buat borang kebenaran waris, and not to mention semua meeting-meeting yang perlu dibuat just sebab nak get it done. and kalau menda ni takde faedah, takde benefits, korang ingat cikgu-cikgu nak ker buat menda-menda ni semua? enough lah dengan kerja-kerja menimbun kat sekolah, pastu nak tambah wat paperwork event ni lagi? nak pening kepala jumpa macam-macam pihak, guna banyak masa and tenaga. memang tak lah. banyak lagi kerja boleh buat.




2) its easier if we dont care about the students. jujur cakap, kalau cikgu marah students sebab tak buat kerja rumah, parents patut bersyukur. sebabnya, tu tanda cikgu care pasal students dia. kalau cikgu tu masuk mengajar, tak heran pun students nak buat kerja rumah ker, tak nak ker, nak terlangkup ker nak terlentang ker, ikut suka lah. cikgu boleh masuk kelas mengajar then kuar kelas, lepak-lepak kantin. bila exam, exam lah. nak dapat a, b, c or d. ikut suka laa. kerja macam tu memang senang lah, tak payah nak pening kepala. bukan ada kaitan dengan kita pun kalau budak tu dapat e sekalipun. buat apa sakit kepala nak marah anak orang. kalau dorang fail pun, bukan kita nak jaga dorang bila besar nanti. tapi because, we, teachers, we cant ignore our students. mana-mana guru pun, kalau nampak potential in a student, kalau boleh nak cuba tolong student tu. buat kelas tambahan, buat free tuition lagi, what we get in return? budak2 say thank you je. ada ker yang bagi RM 1k sebab mengajar anak dia sampai dapat 5A upsr? berapa ramai yang belanja cikgu makan kat hotel sebab anak berjaya dalam exam? honestly, we dont need all that. tapi dengan tengok budak berjaya, tuh pun dah cukup rahmat.


3) parents need to cooperate, bukan nak hentam saja. kalau tak puas hati dengan pihak sekolah, cuba datang beradab dan discuss. tak boleh ker? kenapa kena datang maki-maki dengan kata-kata kesat camtu. tau x, kalau tak hormat guru, tak berkat ilmu tu. and dengan maki-maki camtu, apa yang dapat pun?



4) cuba tengok from positive side, kalau kena cara, budak-budak tu maybe serik and berubah lah sikit ke arah kebaikan. tapi kalau dah merasa duk dalam penjara, pastu parents pulak melenting, budak-budak tu of course rasa macam di back up and macam apa yang dorang buat acceptable. and lepas ni, in the future, tah-tah cakap mak ayah pun dorang lawan, kalau terlibat dengan dadah ker apa, masa tu baru nak menyesal memang takde guna lah. tu yang ada kes bunuh mak ayah sendiri tu.


i rasa nowadays, parents spoil their children lah. sebab tu budak-budak sekarang banyak masalah disiplin. darjah 6 pun dah boleh merogol. sekolah menengah plak dah pregnant. sebab dorang takde boundaries, takde limit. parents pulak asyik menangkan anak dorang je. kadang-kadang anak2 ni bila kat sekolah perangai dorang lain dari kat rumah. so better dengar stories from both sides. kalau ada masalah, jumpa guru tu, tanya betul-betul masalah. macam i sendiri, kalau betul-betul teruk baru i beritahu parents. kalau boleh, nak cakap benda elok-elok je, kalau nakal-nakal sikit memang takkan cakaplah. sebab cikgu ni kena jaga mulut, apa yang keluar dari mulut seorang guru adalah doa.


and lagi satu, budak-budak yang pergi kem tu, lagi-lagi anak parents yang melenting tu, korang rasa cikgu-cikgu kat sekolah nak mengajar lagi ker anak dorang? sure fed up dah. orang nak tolong anak dia, dah sumbang tenaga, masa, duit semua, boleh pulak datang maki, cakap macam2. tak berterima kasih lansung. kalau budak tu pergi ke sekolah lain, transfer ke sekolah lain pun, cikgu kat sekolah lain tu mesti tau background budak tu camne, dari mane, nape ditukarkan semua. nak ker cikgu-cikgu lain berurusan dengan budak camtu, dengan parents camtu? i dun think so. besar kemungkinan, ramai orang ignore je budak-budak di atas. macam i cakap, nak terlentang ker, terlangkup ker, ikut suka lah.


so apa jadi dengan future budak tu?


korang fikir lah sendiri.



masa tu baru tau, langit tinggi rendah.



no xoxo tonight, hangin ni :P

Friday, July 15, 2011

T_T

salam all,

pagi tadi masuk kelas darjah 1, then bagi kerja pastu mintak diorang siapkan jugak dalam kelas.


Me : Siapkan sekarang jugak, cikgu nak kutip buku.

Student : Kalau tak siap jugak cikgu?

Me: kalau tak siap, tidur sekolah malam ni. buat sampai siap.

Student : Aaaaa, banyak lagi cikgu. tak sempat siap ni.

Me : Nasib awaklah. tidur lah kat sekolah malam ni, malam-malam kat sini banyak hantu. langsuir ada, pocong ada, pontianak pun ada jugak.

Student : tapi cikgu, kitorang tak takut hantu, kitorang takut Allah.

Me : T_T Alhamdullilah, alim anak murid cikgu.


ugutan momok tak berguna pada generasi muda sekarang :(



Monday, July 4, 2011

There is a price to pay.

salam.

i had a loooooooooong day today. since last week lagi asyik cakap, "long day today". sebab tu jarang dah update blog. start daripada last two weeks kerja asyik tak berhenti. so i thought ok. next week will be better. tapi tak jugak. so bila last week rasa macam lega semua kerja dah habis, tiba-tiba dapat tau JPN nak buat pemantauan and i ada interview pengesahan jawatan on wednesday. kelam kabut balik. and today memang tahan sangat. Jadual full today, masa mengajar darjah 3, kelas sebelah tengah berlatih rekoder. bising sangat. so i need to scream to the max sebab nak bagi satu kelas dengar suara i.

after that masuk kelas darjah 1, and i makin naik hangin. yela, bila mengajar darjah satu ni kena kesabaran yang tinggi. dorang sangat active and semua benda kena cakap, nak suruh salin kena cakap, nak suruh bukak buku kena cakap, nak suruh bawak keluar pensel kena cakap.

habis kelas dalam pukul 1.05pm, i terus masuk toilet..menangis. sebab tak tahan sangat stress and letih. habis menangis, ada kelas tambahan pulak for darjah 6. i rasa dari last week, asyik balik petang je. malam pulak ada extra class, sabtu pulak ada kem LINUS. fail-fail banyak sangat nak kena manage, kadang-kadang rasa mengajar tu tugas nombor dua pula. pengurusan pulak yang claim lagi banyak masa from us. after menangis, otw ke bilik guru terjumpa dengan 2-3 orang budak kelas i, terserempak dengan i, maybe mata still merah dorang concern tanya, kenapa cikgu menangis?

i tak patut complain kan? sepatutnya cikgu kena ikhlas buat kerja, bila complain macam tak ikhlas and tak dapat pahala. tapi i cant help it. im too tired. malam-malam pun stay up buat kerja, macam kat uni pulak. macam ada assignment.
tengok complain lagi T__T kalau dulu, stress je tunggu weekend sebab weekend waktu yang paling precious for me, sama ada i balik rumah or pergi KL release tension tapi now weekend pun kena g sekolah, whats left for me then?

and now i rasa kena buat satu-satu dulu. insya Allah semua akan ok.
pray for me kay, sebab now rasa macam down and tak semangat dah.

xoxo

Friday, May 27, 2011

Something that i learned today.

salam all,

i learned something this week. rasanya macam useful jugak if share with parents dan kakak-kakak, abang-abang :)

Masa i mengajar topic 'time' kat budak-budak year 4, i noticed satu mende. diorang tak pandai nak baca jam. such as, now pukul 11.30am. i tanya sorang budak, sekarang pukul berapa?
dia jawab pukul 6 T__T

bila tanya, mostly macam tak sure nak jawab. susah for me nak mengajar and i tak dapat terima dah darjah 4 tapi tak pandai baca jam lagi. so bila kua soalan exam berkaitan masa, ramai yang jawab salah. i investigate ala-ala conan then i realized one thing, hampir satu kelas pakai jam digital.
tau x jam digital? jam yang takde jarum tu. memang budak-budak selalu pakai jam macam tu.
tapi sebenarnye effect and bring no good to pembelajaran dorang. kebanyakkan parents memang selalu belikan jam digital kat anak-anak kan?

so apa yang i nak nasihatkan to parents or siblings yang nak belikan adik-adik or anak-anak dorang jam, make sure beli yang ada jarum. at least dorang learn to read it and tak de problems dalam matematik bila berkaitan dengan masa.

just a little tips for the parents.
:) xoxo

Tuesday, May 24, 2011

Trip To RPS Banun (orang asli)

salam all,
ada satu pagi ni tiba-tiba dapat surat kena pergi sekolah orang asli, mula-mula terkejut jugak and tak prepare. tapi pergi lah jugak. under program 'education for all'.
perjalanan lebih kurang 1hour 30minutes from my place.


jalan satu lane je, kalau bertembung lori ni memang mengundang onar ni -_-


sampai je kat tempat orang asli, dugaan pertama takde line telefon. pressure-pressure. then sampai-sampai je terus ke dewan makan. untuk pengetahuan semua, budak-budak kat sini duduk asrama dari prasekolah sampai darjah 6. sebab rumah jauh kan.
makcik dining hall (cam sekolah menengah plak ) sediakan makanan pagi tu, nasi lemak and kopi. tapi cam tak selera nak makan :P so i skip breakfast. then jalan-jalan round sekolah before majlis bermula.


contoh rumah orang asli.


budak-budak ni cepat belajar kalau ada something melibatkan music. kalau macam lagu, cepat je hafal.
jangan pandang rendah ok. aritu tekejut bila cikgu kat sana panggil nama budak-budak tu, ada nama amy mastura, siti nurhaliza, remy, erra fazira.. serious. tak tipu lah.


dugaan kedua bila majlis start, bayangkan lah takde eletrik. panas gile. berpeluh macam air terjun. and i terfikir, banyak nya duit kerajaan rugi. sekolah ni lengkap dengan komputer semua, dining hall pulak ada fridge yang besar gabak tu, tapi semua tak boleh guna sebabnya takde eletrik.

tapi kami bernasib baik, after 1 hour berpanas,pihak sekolah baik hati pasang generator so dapat lah merasa angin kipas kejap. biasanya generator pasang waktu malam sahaja. cikgu-cikgu kat sekolah tu cakap kalau hari biasa memang panas sangat sebab mengajar takde kipas.


rileks je hangpa minum air paip kan?


budak-budak sini satu lah i respect, bila kita bagi food, cam twisties satu paket, dia boleh makan and berkongsi dengan semua orang. semua ambil sikit sorang. kalau budak-budak kat luar, memang haram lah nak buat camtu. siap menangis lagi kalau mintak berkongsi.

pengawas tu!



cikgu akmal with the kids :)









ini lah aktiviti budak-budak kat sana petang-petang. main dam ular. kadang-kadang rasa macam respect gile lah kat cikgu-cikgu yang mengajar kt sini. banyak pengorbanan yang dorang buat. bukan senang, nak duduk pedalaman. internet xde, telefon xde, kedai xde. makan pun kt dining hall je. siang eletrik xde. macam terpisah terus dengan dunia luar. tinggal family, friends and life partner, duduk sini mengajar anak orang asli yang diorang tak kenal pun.


even i duk sehari pun, dah tak tahan. asyik fikir, cepat lah nak balik. cepat lah nak balik.


and maybe bulan akhir june nanti, nak pergi ke sungai tiang pulak. naik boat and melawat kawasan orang asli kat sana. and i was thinking to make a little donation project.


tunggu lah camna nanti :)


xoxo

Friday, April 1, 2011

The funny stories during examination

salam all, . . minggu ni exam week. so the whole week memang stress, nak tanda kertas exam and monitor budak-budak boleh buat x yang kita ajar before ni .
.


.
then tadi my friend, Cikgu Oniey,dia kena jaga kelas darjah 5 Pendidikan Islam. after habis exam dia cerita lah, tengok-tengok dak darjah 5 jawab soalan pendidikan islam,
.


.

soalan 1 : tayammum adalah menyapu _________ suci ke muka
.


.
jawapan budak : SAMPAH
.


.


.
soalan 2 : anak yang melanggar perintah ibubapa dipanggil ?
.

.

.
jawapan budak: ANAK TIRI!
.

.

.
HAHA! . . . memang sakit perot gelak tadi. tak tahan betul. kesian anak-anak tiri tuh, tak pasal-pasal kena tuduh melanggar perintah ibubapa.
.

.
ta !

Wednesday, March 30, 2011

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Mesyuarat agong PIBG

salam all, semalam ade mesyuarat agong PIBG. and yours truly dilantik jadi pengerusi majlis. first time ok! nervous gile. tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. tapi preparation nak buat teks memang sukar sikit maybe sebab orang baru kn. kalau siapa-siapa yang nak teks ucapan tuh, boleh lah email kepada saye,

ayyahenrietta@gmail.com


i will send it to you



xoxo :)

Thursday, March 17, 2011

Finally graduated!

Salam all,

hari ni sangat-sangat happy sebab its my graduation day! after 5 and a half years, akhirnya grad jugak :D convo kat picc, of course sangat happy. hari first, timbalan perdana menteri dtg and today timbalan menteri pelajaran datang.

pagi-pagi convo sangat blur, sleepy. yours truly sempat tertidur jap :p tapi after keluar from dewan tengok parents, salam peluk and said thank you sebab banyak support masa study, support kewangan, dr segi mental and semua lah. rasa sayu plak.

then ramai aunts, uncle and cousins yang datang. bagi roses. sampai tak cukup tangan nak pegang. bagi presents. chocolates, clutch,bear :)

and diana enkobi with hakim ahmad pun datang, mintak cuti keje siap hehe.
thank you for the roses and pink hippo. serious tak suke lansung! hehe

kilod yang datang jumpa even kejap tapi still appreciate.

and to ayah long yang sponsor majlis kesyukuran at his home, nasi mandy kambing yang sedap!

thank you thank you thank you allll. i loooove you big time and i cant wait for my graduation party tomorrow! :)

will tell you later about it.

enjoy some of the photos okay?


masa bersiap-siap nak masuk dewan

semua sengetkan kepala heee.

muka mengantuk masa ni. dalam hall

depan masjid besi :)

the cousins

sangat banyak photos snarnye.
nanti upload later.
ta!

Tuesday, March 8, 2011

The first complain that i received

Salam all,

Not a good day for me sebab today i received my very first complain from a parent.
around 11am, kerani sekolah datang panggil cakap ada phone call kat office, i ingatkan regarding program LINUS yang i tengah buat now. actually phone call tu from seorang mak. anak dia kelas i, darjah 4.

so mak dia cakap lah, bla-bla i garang sangat lah, anak dia tertekan dalam kelas i, so bila i tanya, sapa name anak dia, dia tanak cakap. dia pun pesan lah ( more to gertak i think) dulu ada jugak masalah kat sekolah, dia siap bawak ke pihak atasan lagi. tapi dia tanaklah wat camtu this time lagipun cikgu kan cikgu baru (what the!) dia tanak burukkan nama i. dia cakap, anak dia ada juga darjah 3. anak yang darjah 3 pun cakap benda sama. panjang lagi lah dia complain. dia cakap, cikgu ni kalau marah sapa yang tak buat kerja, marah satu kelas. marah je lah orang yang xbuat kerja tu. amboii. ko ni, ko pandai sgt, datang la mengajar sini, tengok ssh ker snang.

so i macam berfikir-fikir, sapa ye. tapi darjah 3 i tak pernah marah pun. sebab darjah 3 ni semua budak baik. lagipun just ajar english je. siap buat projek recyle and projek save the earth lagi. (seminggu tanam satu pokok ). so cikgu disiplin and pk1 pkhem wat post mortem, panggil semua darjah 4. then tanya2. soal2. semua ok, sampai lah sorang dak laki ni cakap, cikgu akmal garang sgt. dia tertekan. bagi lah nama dia A.

bila guru disiplin bgtau i, mak budak yang complain ni, si A. i macam, haaa tak percaya nye!
sebab si A ni baik gile budaknye. n i tak pernah marah dia directly. tapi membebel satu kelas biasa lah kan? and budak-budak ni memang kena marah. kalo tak marah, tak buat kerja lah.
kalau duk berlembut, nanti naik lemak. kerja tak siap. homework tak buat. suruh hafal sifir tak hafal. and lagi sakit hati, yang si A ni memang i tengah drill now. sebab dia tuh, darjah 4 pun sifir 2 tak ingat lagi. boleh bayang x lemah tahap mane budaknya?

and for me plak. i tak boleh biar budak lemah. ada sesetengah cikgu yang pilih kasih, nak mengajar yang pandai je. tapi i tak boleh. i nak drill jugak budak-budak yang lemah ni. tapi kalau i nak hidup senang, tanak sakit kepala, i masuk kelas bagi kerja then biar dorang buat keje, nak buat ker xnak buat ker, terpulang lah. awak yang nak pandai, awak yang nak periksa, bukan cikgu. and i boleh just mengajar je, faham ker tak faham ker, lantak korang lah.

seriously lah, i nak tolong budak-budak kat sini. i bukan apply nak mengajar kat gerik ni.
i was sent here. bukan i yang mintak. dah lah kat tempat yang i taknak, pastu nak tolong anak-anak korang ni then nak complain-complain pulak. i can ignore ur child, i boleh wat tatau je.
tp that would make me a lousy teacher. and i dun wanna be a lousy teacher.

rasa sedih tau x, i am trying to help. bukan saje-saje nak marah anak korang. snarnya, kalau ikot perasaan lagi senang if tak marah. masuk kelas, bagi kerja, dah siap then hantarlah. tapi otak tak berkembang lah. budak pun tatau yang dorang buat tu betul ker salah. and i was quite happy dah, sebab nampak peningkatan dalam kelas. bila push-push, maybe dorang takut sebab i garang, kerja sekolah semua siap pastu bila suruh buat kat depan, ramai yang boleh buat.
so cam happy lah, then dapat pulak phone call complain2. terus takde mood, ilang semua mood nak mengajar.
ikut perasaan rasa macam nak biar je budak tu, nak tergolek ker terlangkup ker, ikut hang lah.
tapi kesian lah kan, masa depan budak tu.

kita ni fikir kesian lah ape, tapi mak ayah ade fikir? fikir nak complain, fikir nak cari salah cikgu je. kalau pandai sgt, korang lah datang sini mengajar. takpun hantar anak kat sekolah lain. ada je cikgu yang lepas tangan, masuk kelas, suruh buat kerja sendiri, habis sejam habis waktu, keluar lah kelas.
i can do that too. tapi fikir kesian budak-budak, nanti nak periksa, nak dapat markah tinggi.
budak-budak dapat markah tinggi bukan cikgu dapat naik gaji. penat je ade lah. complain lagi dapat, kan dah down ni :(

bila cikgu dah tolong mengajar, appreciate lah sikit. jangan lah duk dengar je cerita from anak satu-satu. kadang2, budak ni bila mak ayah duk back up sangat dorang, dorang tends to membesar2 kan cerita. benda takde ape pun. pastu buat rugi korang je, cikgu tu dah terasa hati, dah tak berkat dah ilmu yang anak korang dapat, pastu if cikgu dah malas layan anak korang.
ignore je nanti. tak ker susah macam tu? cikgu buat macam anak korang takde je dalam kelas tu. tak layan dia.

nak hantar tuition, hantarlah. cikgu kat sekolah, ajar ikut syllabus. ajar ikut syllabus rasmi sekolah yang takde dijual di kedai. and cikgu-cikgu tau skema jawapan. macam mana nak jawab soalan supaya dapat full marks, jalan kerja and all. so berhati-hati lah bila hantar anak ke tempat tuition.

cukup lah membebel. ta!

Thursday, March 3, 2011

What it feels like to be a teacher?

Salam all,

jadi cikgu ni kadang-kadang rasa macam kerja berat esp mengajar sekolah-sekolah kecil/ kampung sebab murid-murid bergantung sepenuhnya pada kita.
takde tuition and most parents tak berpendidikan tinggi. so kalau nak expect dorang balik rumah and revise today's lesson, dont.

and of course, kita mesti nak drill students to achieve more in their life. tapi dengan keadaan now, cikgu-cikgu sangat busy. since last week, i pergi sekolah around 7am, masuk sekolah 735am and balik rumah 7pm. berapa jam dah tu?? penat tu tak payah cakap lah. pnah one time, i sampai rumah, tidur dengan tudung pun tak bukak lagi. mengajar now macam dah jadi kerja kedua.

bila dah jadi cikgu, automatic macam jadi social worker pun ade, jadi kerani pun ade, jadi athlete pun ade. semua u kena jadi. kalau macam i, i kena urus pasal students yang miskin and layak dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT or free breakfast).
and to make sure students miskin ni dapat, u need to investigate dorg nye background.
sijil kelahiran, pendapatan parents, and if parent meninggal kena ada sijil kematian.
and bila i uruskan file tu, tengok lah sebab-sebab kematian and all. rasa kesian pun ade.
tengok macam-macam sebab kematian, severe head injury, strok, and ada yang meninggal sebab electric shock. then now ade mak je, mak pun kerja tak tinggi, kerja kampung.
adik beradik ramai.

one of my students, OKU tapi tak register lagi so tak layak dapat bantuan OKU.
and ayah pulak dah meninggal. datang sekolah orang kena bantu, tak boleh berjalan sangat, tak boleh diri lama tapi tak mampu nak beli wheelchair. so duduk lah kerusi biasa. bila dah jadi cikgu ni, macam-macam yang kita jumpa.
yang out of the box, something yang kita tak terpk pun.

kita selalu selesa dalam zone kita. tak pernah terpk pasal orang lain. last week i hantar budak bola sepak balik rumah, masuk kampung semua and bila tengok sesetengah rumah students,
rasa macam, ya Allah, tak bersyukur nya aku. tak terfikir ada orang yang still duduk rumah macam tu. rumah kecil, macam bangsal. tapi dorang still happy datang sekolah. i teringat ada sesetengah my friends yang memillih kawan, nak kawan dengan orang kaya je. mungkin kesedaran tu kurang kot, tu jadi macam tu :P

maybe bila kita dalam comfort zone masing-masing, kita always want more. nak lebih dari orang. nak pakai kereta macam ni, nak beli blackberry, simpan duit nak beli iphone. sebab apa yang kita nampak, semua orang lebih dari kita. its not wrong pun. positive competition.
tapi for me, kena ada limit kot. think about others yang hidup dalam kekurangan.
kadang-kadang bila bukak facebook baca macam-macam, orang ni berlagak macam ni,
orang tu berlagak macam tu. i rasa macam sudahlah, tak perlu lah semua tu.
i macam stuck in the middle, i see both side, yang melebih-lebih, kaya, yang konon nye live life to the fullest and satu lagi yang serba kekurangan. kalau u ask me, to pick side, honestly i pick side yang serba kekurangan. why?
sebab even kekurangan, nilai-nilai murni dalam diri still tinggi. still happy. still help each other.
dapat something bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi share with others.
respect each other and tak pernah nak berkira, tak pernah nak judge. semua same.

kalau u rasa u live life to the fullest, think again.
semua orang boleh buat lepak mamak malam-malam.
semua orang boleh buat gather friends and pergi enjoy-enjoy tengok movie,
pergi konsert. pergi main futsal, pergi main paintball.
semua orang boleh buat dapat gaji, pergi shopping and buy expensive things.

tapi boleh u naik boat for 2 hours and naik four wheels drive 5 hours and jalan kaki for 7 hours,
singgah kampung ni, kampung tu, before sampai tempat u bekerja?
boleh u duduk dalam kampung takde internet, takde line telephone, takde facilities lansung?
boleh you pergi jauh from family, duduk kampung yang namanya pun u tak pernah dengar and yang ada pengangkutan air je?
boleh you tidur rumah yang takde letrik, takde air, and bergantung kat air perigi je?
boleh you duduk satu tempat yang nak keluar from sana, kena naik sampan?

and u buat semua tu, sebab nak tolong manusia lain, yang need u, yang perlu education,
yang perlu someone to help them.

kalau u boleh buat semua tu, tu baru lah live life to the fullest.
some of my friends did, and im very very very proud of them.

maybe you can think tp what i see, is more than that. ada student yang suka datang sekolah just sebab dapat makan ayam.
kalau kat umah takde makanan macam tu.

muhasabah diri masing-masing ok?

gotta go. bye!

Tuesday, February 22, 2011

Handling year one student part #2

Salam all :)

#2 sambung cerita pasal year one students, dah masuk februari, ada seorang budak baru masuk.
yang menariknya, dia tak pernah pergi sekolah lansung before ni. even tadika pun tak pergi.
bila masuk, i tanya nama sapa, dia tak boleh bercakap sangat. macam gagap and tatau lah.
susah nak faham apa yang dia cakap.

i test his knowledge by asking him to count from 1-10. dia memang tak tahu lansung. nak pegang pensil pun tak tahu. maybe sebab tak pernah cuba lansung before this. so i bagi kerja yang paling senang sekali. bagi gamba yang ada garisan putus-putus. so dia just ikut line tu je. i tunjuk contoh camne nak buat and suruh dia ikut. then i left him sebab nak tumpu kat kelas macam biasa. lesson kena lah berjalan kn? so i start mengajar bla-bla. bagi kerja kat budak-budak lain. then i round kelas, i tengok dia conteng-conteng je kertas tu. memang dia tak boleh ikut garisan putus-putus. i wonder juga, normally budak-budak ni boleh ikut kalau sambung titik or garisan ni. then dia datang kat i, tunjuk-tunjuk dengan jari, tunjuk arah toilet, pastu cakap kencing-kencing. tapi bunyi cm ching-ching je. so i cakap, ehhh pergi cepat-cepat. pakai pas keluar kelas ni. pergi tandas cepat! takut jugak terkencing dalam kelas.

dalam 10minit dia masuk kelas balik. Masya Allah i tengok dia, stokin and seluar habis basah lencun. kelas darjah 1, bila masuk kelas, kena bukak kasut sebab kelas dorang ada tikar getah. rupanya si A ni ( lets call him A ok? ) pergi toilet tak pakai kasut. i serious tak expect sampai camtu sekali dia tak tahu. i pun tak terfikir nak cakap g tandas kena pakai kasut, i thot they shud know by now. lousy lousy.

then second time i masuk kelas, i bagi dia kertas gambar dolphin. i ajar dia mewarna. i cakap jangan lebih garisan ni, warna kemas-kemas. then i warnakan half. cakap dia, haa buat macam cikgu buat ok? macam biasa, lepas tu, i proceed my lesson with the rest of the class. masa activity, i round kelas tengok kerja dorang buat. i tengok si A ni warna, habis satu kertas tu dia warna, sampai penuh. i macam. ok, apa aku nak wat sekarang. tapi me being pemalas T__T i biar je sebab dia tak kaco students lain. lagipun time tu kelas baru masuk topic baru, i kena tumpu kat budak-budak lain to make sure dorang paham lesson aritu.

dah habis warna, i tengah personal teaching seorang budak ni, si A ni datang cakap, nak jumpa atuk. dia cakap pelat lah. i cakap dia, duduk tempat balik, dah habis sekolah baru boleh. tapi dia macam degil, cakap nak jumpa atuk. nak jumpa atuk. pastu i tak faham sangat apa dia cakap. i suruh member sebelah dia, tanya dia, apa dia nak. then budak tu pon, bisik-bisik dengan A ni. then budak tu gtau i, A nak balik cikgu dia nak jumpa atuk dia, dia nak ambil duit. pastu i cakaplah, awak gtau dia, tak boleh balik lagi, tunggu loceng baru boleh balik, ok? then dia pun bisik-bisik. gtau ape sume. haa baru lah si A tu paham. now i learned something.
hanya budak-budak je paham bahasa dorang haha.

kelas-kelas lepas tu, nak cakap apa-apa dengan si A ni, i guna my jurubahasa je lah. hehe snang nak handle sikit. :) :)

Saturday, February 19, 2011

Handling year one student part #1

hello semua.

dah dapat jadual dah kat sekolah and the worst part? teaching math to year one student.
aduhh, haruslah takut. sebab year one ni macam introduction year, diorang tatau apa-apa.
and one more thing, my school kat kampung, kebanyakan students tak pernah pergi tadika,
tak pernah pergi sekolah, semua bergantung kat cikgu-cikgu kat sekolah. so agak susah nak ajar.
ada yang tak pandai pegang pensel pun. ada yang bercakap pun gagap lagi.

so my first time class with year one students, i masuk buat garang-garang lah. biar diorang takut sikit. so senang nak handle, nak suruh buat kerja ker ape. macam-macam hal dalam kelas darjah satu ni.

1# ade sorang budak, sangat suka menangis. sikit-sikit menangis, dah lah budak laki.
bila bagi kerja, tiba-tiba je dia menangis. i pergi lah tanya, nape nangis ni? then dia cakap, saya padam ni, tapi tak padam-padam. rasa nak naik angin dah, tapi tahan, dak darjah satu kn. so pujuk lah cakap, cuba padam betul-betul. pastu second half, buat kerja dalam exercise book, then ada orang menangis lagi, i tengok lah. budak yang sama. eeee. geram nyeee.
tanya la dia, nape menangis lagiiii nii. then dia cakap, tak jumpaa cariii bukuuu sob..sob..
Ya Allah, sabar je lah. pastu cakap kat dia, cari lagi dalam beg tu, ada ker x. then dia duk menangis lagi. i pergi cari. ada je dalam beg dia. sabar je lah. i cakap lah, lenkali tak payah nangis. bagitau je cikgu kalau ape-ape.
then masa i tulis-tulis kat whiteboard, tiba-tiba dia menangis lagi. masa tu serious naik darah dah. then i pandang dia, tanya kenapa ni. dia cakap, tulisan kat whiteboard tu saya tak nampak, cikgu lindung. argh. geramnyaaaaa. then i apa lagi, marah lah. haaa, menangis lah, menangis kuat lagi. kuat lagi. biar satu kelas ni dengar. tengok orang lain tak menangis pun. awak sorang je menangis.
then kelas-kelas after tu, dia tak menangis dah. takut kot huhu.
and kalau apa-apa masalah, datang bawak buku, gtau masalah dia. haa macam tu lah baru betul :P

Wednesday, February 9, 2011

The first day in school

Hello semua,

guess where am i now?

yes, Grik, Hulu Perak. Dalam masa 2 minggu ni banyak benda yang berubah. dapat tau posting,
dapat tau sekolah. semua jadi sangat cepat.
Isnin hari tu, 7 Februari 2011, lapor diri di PPD Hulu Perak. Alhamdullilah semua ok. guru besar baik. bawak tengok sekolah semua. 1st impression? serious lah nak nangis weh! sekolah sangat kecik. budak-budak pun 97 orang je. pastu sekolah kat kampung kn.

Then, g tengok kuarters guru. dapat beberapa rumah, pegawai PPD suruh pilih. ada rumah yang ok, ada yang tak ok. so pergi lah tengok. Dari blok A sampai F, naik tangga, turun tangga. jumpa lah satu rumah yang macam ok sikit. tapi tingkat 5. bantai lah. tuh pun tak de lah elok sangat.
tapi for rm75 per month. ok lah kot. ada living room. ade 3 bilik, dua bilik, ade kitchen semua.
tapi masalahnya, takde eletrik and air. so kena settle borang-borang dengan PPD, TNB and LAP ( lembaga air perak) bukan senang nak duk rumah kerajaan ni,
banyak borang nya.

for now, i and izni, ( kebetulan dapat sekolah dekat) tidur kat resthouse gerik sementara tunggu letrik n air masuk. dah 3 malam dah ni tidur sana. pekan grik ni, kecik je. and sangat pack.
and kedai-kedai pun macam kedai lama.
adalah the store, kfc.. sedih wo! hehe tapi planning nak g penang kot this weekend.
so tade lah sedih sangat hujung minggu tade watpe.

kat sekolah, tak masuk kelas lagi sebab tak dapat jadual. maybe in few days dapat lah.
tatau lagi kena mengajar ape. cikgu-cikgu sekolah ni sangat friendly and supportive.
sebab dorang tau kan, sape-sape dapat grik sure emotionally unstable.
so dorang banyak tolong, and cakap, sure lame-lame suke sekolah sini.
i taknak fikir lagi pasal nak mintak transfer ker ape. orang cakap after one year baru boleh transfer kn. tapi cam best plak duk sini. living cost rendah. rumah ok. boleh simpan banyak duit kot hehe.

tapi will see lah k? pray me please. sebab berat hati jugak ni kat sini. huhu

bye! xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...