Thursday, March 3, 2011

What it feels like to be a teacher?

Salam all,

jadi cikgu ni kadang-kadang rasa macam kerja berat esp mengajar sekolah-sekolah kecil/ kampung sebab murid-murid bergantung sepenuhnya pada kita.
takde tuition and most parents tak berpendidikan tinggi. so kalau nak expect dorang balik rumah and revise today's lesson, dont.

and of course, kita mesti nak drill students to achieve more in their life. tapi dengan keadaan now, cikgu-cikgu sangat busy. since last week, i pergi sekolah around 7am, masuk sekolah 735am and balik rumah 7pm. berapa jam dah tu?? penat tu tak payah cakap lah. pnah one time, i sampai rumah, tidur dengan tudung pun tak bukak lagi. mengajar now macam dah jadi kerja kedua.

bila dah jadi cikgu, automatic macam jadi social worker pun ade, jadi kerani pun ade, jadi athlete pun ade. semua u kena jadi. kalau macam i, i kena urus pasal students yang miskin and layak dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT or free breakfast).
and to make sure students miskin ni dapat, u need to investigate dorg nye background.
sijil kelahiran, pendapatan parents, and if parent meninggal kena ada sijil kematian.
and bila i uruskan file tu, tengok lah sebab-sebab kematian and all. rasa kesian pun ade.
tengok macam-macam sebab kematian, severe head injury, strok, and ada yang meninggal sebab electric shock. then now ade mak je, mak pun kerja tak tinggi, kerja kampung.
adik beradik ramai.

one of my students, OKU tapi tak register lagi so tak layak dapat bantuan OKU.
and ayah pulak dah meninggal. datang sekolah orang kena bantu, tak boleh berjalan sangat, tak boleh diri lama tapi tak mampu nak beli wheelchair. so duduk lah kerusi biasa. bila dah jadi cikgu ni, macam-macam yang kita jumpa.
yang out of the box, something yang kita tak terpk pun.

kita selalu selesa dalam zone kita. tak pernah terpk pasal orang lain. last week i hantar budak bola sepak balik rumah, masuk kampung semua and bila tengok sesetengah rumah students,
rasa macam, ya Allah, tak bersyukur nya aku. tak terfikir ada orang yang still duduk rumah macam tu. rumah kecil, macam bangsal. tapi dorang still happy datang sekolah. i teringat ada sesetengah my friends yang memillih kawan, nak kawan dengan orang kaya je. mungkin kesedaran tu kurang kot, tu jadi macam tu :P

maybe bila kita dalam comfort zone masing-masing, kita always want more. nak lebih dari orang. nak pakai kereta macam ni, nak beli blackberry, simpan duit nak beli iphone. sebab apa yang kita nampak, semua orang lebih dari kita. its not wrong pun. positive competition.
tapi for me, kena ada limit kot. think about others yang hidup dalam kekurangan.
kadang-kadang bila bukak facebook baca macam-macam, orang ni berlagak macam ni,
orang tu berlagak macam tu. i rasa macam sudahlah, tak perlu lah semua tu.
i macam stuck in the middle, i see both side, yang melebih-lebih, kaya, yang konon nye live life to the fullest and satu lagi yang serba kekurangan. kalau u ask me, to pick side, honestly i pick side yang serba kekurangan. why?
sebab even kekurangan, nilai-nilai murni dalam diri still tinggi. still happy. still help each other.
dapat something bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi share with others.
respect each other and tak pernah nak berkira, tak pernah nak judge. semua same.

kalau u rasa u live life to the fullest, think again.
semua orang boleh buat lepak mamak malam-malam.
semua orang boleh buat gather friends and pergi enjoy-enjoy tengok movie,
pergi konsert. pergi main futsal, pergi main paintball.
semua orang boleh buat dapat gaji, pergi shopping and buy expensive things.

tapi boleh u naik boat for 2 hours and naik four wheels drive 5 hours and jalan kaki for 7 hours,
singgah kampung ni, kampung tu, before sampai tempat u bekerja?
boleh u duduk dalam kampung takde internet, takde line telephone, takde facilities lansung?
boleh you pergi jauh from family, duduk kampung yang namanya pun u tak pernah dengar and yang ada pengangkutan air je?
boleh you tidur rumah yang takde letrik, takde air, and bergantung kat air perigi je?
boleh you duduk satu tempat yang nak keluar from sana, kena naik sampan?

and u buat semua tu, sebab nak tolong manusia lain, yang need u, yang perlu education,
yang perlu someone to help them.

kalau u boleh buat semua tu, tu baru lah live life to the fullest.
some of my friends did, and im very very very proud of them.

maybe you can think tp what i see, is more than that. ada student yang suka datang sekolah just sebab dapat makan ayam.
kalau kat umah takde makanan macam tu.

muhasabah diri masing-masing ok?

gotta go. bye!

4 comments:

Asiela Hamid said...

asiela hamid liked this post!

gud job ayya. teruskan usaha yeh. wey, konvo bila? jgn lupa roger tau.

miss u. muax3!! :))

Akmal Hidayah Azalan said...

thank youuuu :)

konvo 17.3
datang lahhhh plsss

Moumo said...

ayya,
love dis entry gk

sdey dan rse bersyukur sgt

Akmal Hidayah Azalan said...

thank you mekla :)

bersyukur ngan apa yang ada eh? nak amek gamba rumah dorg pun tak sampai hati n takot timbul isu plak nnt kn?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...