Tuesday, May 31, 2011

Resepi ikan siakap stim limau

Salam all,

tengahari tadi rajin pulak nak masak padahal tempahan tart ada lagi 200 tak siap -_-
so nak share recipe kat sini sebab rasanya sedap :D original recipe is from my mum.

bahan-bahan :

3-4 cili padi (dipotong)
3-4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm halia (hiris halus)
2 batang serai (potong halus)
1 biji limau nipis (perah dan ambil jus nya)
1 sudu besar sos ikan
daun limau purut dan daun ketumbar (potong halus)
garam secukup rasa





ini dia rupa sos ikan


sos ikan campur dengan jus limau nipis


daun ketumbar & daun limau purut


cara-cara :


1)perap ikan siakap dengan bawang, halia dan garam yang ditumbuk selama 30minit.

2) panaskan periuk untuk kukus ikan.

3)masukkan semua bahan-bahan : jus limau nipis, garam, garam, cili padi, bawang putih,serai, halia dan sedikit air. kukus selama 5minit.


4) selepas 5minit, masukkan daun ketumbar & daun limau purut. kukus lagi dalam masa 10-15minit.



siap untuk dimakan! senang kan? selamat mencuba :)


xoxo

3 comments:

Unknown said...

aku pnah msk yg ni.sm je teknik die.mmg sng!hoho.tp bkn ko msk byk ke ayya?apsal yg ni je ko ltk?huhu

Ayya Henrietta said...

tomyam tu biasa je. hehe gune perencah macam biasa. nanti ayam halia, aku put up recipe ok?

Unknown said...

cantekkk!!!!!!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...