Friday, July 19, 2013

Short trip to labuan

Salam all,
Weekend sebelum puasa, H and I went to Labuan for short trip, Takde sebab apa pun nak pergi, saja makan angin. Kebetulan dapat tiket murah, RM200+ je for two pax, so kitorang decided jom lah pergi. Lagipun tak pernah lagi pergi Labuan. 
 
Sebelum pergi, ada buat survey tapi tengok macam tak banyak aktiviti boleh dibuat di Labuan, tapi kami pergi 3 Days 2 Nights aje. so takde lah bosan sangat. Hezri punya target nak makan seafood and bawak balik seafood for makan-makan time buka puasa nanti je.
S
 

 Sampai di Labuan, dalam pukul 10pagi. Dah booked awal-awal kereta. Sehari dalam RM60, kereta kelisa. Not bad lah. and orang yang sewakan kereta tu ada bagi map Labuan. Senang aje jalannya. Tak sibuk, jadi takdelah sesat. Kitorang memang rileks betul kat sana. Tempat yang mula-mula kitorang pergi tengok is Pasar Labuan. Kat sini ada pasar ikan, pasar filipina, pasar sayur. I perasan ramai betul orang beratur nak beli apam balik kat sini. Apam balik terang bulan. Kitorang pun beratur sekali haha nak tahu jugak apa yang menarik pasal apam balik ni. Apam balik ni sama je, tapi kat semenanjung kita ada kacang and jagung kan? kat sini kacang je. tapi banyak gile dia letak kacang. and i rasa sedap sebab dia buat macam waffle. takde tebal sangat macam apam balik yang selalu kita beli kat pasar malam tu.
 

Labuan weekend market ni boleh lah kalau kita nak tengok pelbagai jenis masakan atau barang-barang souvenir untuk bawak balik nanti. ada fridge magnet, keychain etc. Kami jalan-jalan je kat sini and round tengok bandar labuan.

Last sekali kami ke Siswazah Corner, sebelah terminal feri antarabangsa labuan untuk alas perut. Taknak makan heavy sebab nak simpan perut untuk seafood galore malam nanti. hehe kitorang order BBQ chicken wings, yang memang famous kat Sabah & Sarawak ni. Then minum air kelapa. Syok juga lepak tepi laut makan-makan ni hehe after that, kitorang check in chalet and qada' tidur sebab pagi tadi pukul 4 pagi dah gerak pergi LCCT. Next review, restoran seafood di labuan.
k


 

1 comment:

FY said...

i boleh mati duk labuan..haha..went there business trip for a week..perghh bosan sgt..takde life..sedih..wuwuwuwuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...