Salam all,
Cuti merdeka baru-baru ni, kami ke Krabi. Drama sangat nak pergi Krabi ni. I beli tiket dah lama, masa Airasia buat promo. Then tiba-tiba Hezri kena pergi Jakarta. Hezri balik from Jakarta on Friday, sampai KLIA pukul 3. Then our flight ke Krabi from KLIA2 pukul 415 petang. Memang rushing sangat. Nasib baik, boleh check in awal-awal. Berpeluh-peluh dibuatnya.
Sampai di Krabi Airport, kami ada dua pilihan nak ke hotel di Aonang. Either ambil taxi (600baht) or naik bus (150baht) . Mesti lah iols naik bas. hehe and takde lah teruk sangat bus tu. Krabi Airport to Aonang around 30min sahaja. Bus ni special sebab kita boleh cakap nama hotel. and dorang akan drop kita kt hotel. bukan kat stesen bus.
Di Krabi, I booked Ibis Style Hotel. Kenapa? Sebab murah. I dapat insider deal on Agoda.com, satu bilik RM150. sekali dengan buffet breakfast. Good deal, kan? Cuma hotel ni tak halal. So buffet breakfast tu, boleh makan cereal, roti and fruits je lah. Ada a few resorts kat Krabi ni yang ada halal certificate, kalau nak melantak sepenuh hati.. Boleh try book those resorts.
Di lobby hotel ni, you boleh book tour, book cab, nak sewa motor pun boleh, and takde lah beza sangat harganya. Kitorang sewa motor dengan harga RM25.00 sehari. Syok lah meronda naik motor keliling Aonang. Location pun nice, tak jauh from Aonang centre. Keliling hotel banyak restaurants halal, walking distance je. Even tempat massage pun boleh jalan. Memang strategic sangat.
Malam pertama kat Krabi , kitorang ronda around Aonang and singgah restoran ni. Random aje.
Orang kedai ni boleh cakap kelate, hok aloh!
Tomyam Clear Soup, sedap tapi tak pedas.
Kalau korang datang sini, wajib order ni . Steamed squid with chillies and garlic. sedap betul. Ada rasa masam-masam lime juice, Sotong pulak tak overcooked. Lembut je.
Ini memang special dish for the night. I teringat-ingat ikan bakar ni bila dah balik Malaysia.
Ikan ni nama dia, Salt baked fish.
First time tengok, rasa macam pelik sebab isi ikan tu macam dah hancur.
tapi bila dah rasa.
Ya ampunnnnnn, sedap gila okay!
Hari kedua di Krabi.
Kebetulan, my aunt's family ada kat Krabi, kitorang pun tumpang they all pergi island hopping. Awal-awal pagi dah turun tunggu tut-tut datang pick up.
kate ade darah siam, mesti lah pandai baca surat kabor siam |
I tak sure berapa price kalau seorang untuk island hopping, sebab my aunt dah paid for us.
Tapi ada beberapa package yang korang boleh ambil, yang kitorang pergi ni 4 islands.
Ade yang pergi phi phi island but lagi mahal. kalau nak tanya pendapat,
walaupun package ni pergi 4 islands tapi semua tempat pretty much the same.
Cha- yen! |
Korang boleh snorkeling, boleh swimming. memang syok lah untuk orang yang suka berendam macam puan ayya ni.
Look at the crystal clear water !
Balik snorkeling, kitorang singgah apartment my aunt hehe. menyibuk lagi kat situ sampai petang.
Malam tu pula, kitorang ke Krabi Night Market.
Kitorang naik motor pergi sana, jauh jugak from Aonang.
Ramai peniaga Islam kat sini, so banyak juga lah yang boleh makan.
sangkaya! |
sate pisang?? |
Kitorang tak makan heavy kt pasar malam sebab simpan perut nak makan kat restoran sebelah hotel.
Bamboo Restaurant. Tapi rupanya makanan kat sini biasa je, tak special sangat.
Nasib baik jugaklah tak order banyak-banyak.
And jangan lupa tanya harga before order makanan. Setakat ni, kitorang makan memang tak mahal sangat kat Krabi ni.
Okay, nanti kita sambung review Krabi Part 2
xoxo
No comments:
Post a Comment