Salam
Sebelum start kongsi aktiviti untuk third day, tunjuk sikit gambar bilik kat Ibis Style Hotel. Bilik ni sangat basic and sempit. Kalau family, kena ambil bilik yang besar sikit. Bilik ni tak selesa untuk family yang ada anak-anak kecil.
Tapi design bilik simple and modern. I suka :)
Selepas balik dari Krabi night market malam tadi, kitorang singgah di Aonang street market and pergi book tour. Kitorang book kayak package from Krabi Kingdom. Banyak sebenarnya booth yang offer tour ni. So randomly aje lah pergi book.
Bila tengok flyers yang dia kasi, harga mahal sikit, tapi kena tanya. Remember, always ask!
Rupa-rupanya harga tu just atas paper aje, kena minta discount. Kitorang dapat harga Rm100 seorang untuk full day package. Lunch included.
Just bayar kat situ and kasi nama hotel.
Pagi- pagi lagi Krabi Kingdom akan ambil kita kt lobby hotel, naik tut-tut.
Untuk kayak, ada dua tempat yang kita boleh pilih untuk pergi.
Satu di Ban Bor Thor ( lebih kepada caves)
and yang kitorang choose is Ao Thalane ( mangrove)
Reason : Lagi dekat, cheaper and I suka ade banyak pokok-pokok.
I tak tahu macam mana nak explain tapi pemandangan sini sangat cantik.
I was busy taking pictures until I dengar bunyi BURSHHHH
the korean girls behind us , terbalik kayak die and jatuh dalam air. Adoii kesian gile. Nak gelak pun ada,
our tour guide pulak boleh buat lawak, ' why you didnt tell me, you want to swim? "
terus I simpan phone !
Just married couple. Drive from KL to Koh Samui then Krabi and after this Phuket. Semangat uols. |
Masa kita berhenti and mandi kat celah-celah gua, sempat lah borak-borak dengan mat salleh ni. Die dapat package ni murah gile , RM70 je seorang sebab dorang ambil island hopping jugak with same company. So pendapat kitorang, kalau korang book banyak tour with same company maybe korang pun leh dapat banyak discount.
Selepas kayak, ade dua tut-tut yang tunggu kitorang.
Satu untuk hantar balik those yang ambil package half day. and another tut tut yang akan bawak kitorang to the next tempat.
Small cafe untuk kitorang lunch
Mungkin sebab kelaparan and letih, I rasa ini lah the best lunch yang I makan!
Tomyam tu nampak macam muak sebab bersantan tapi flavour die, pedas !
Kat sini kitorang mandi sungai. Syok gile. Air die jernih and dalam.
Kenderaan kite kat sana hehe
Ronda kt street market Aonang, beli teh ais and udang yang tak sedap ni.
Malam tu, kitorang early dinner. Makan kt sebelah ibis hotel aje. betul-betul sebelah guard house.
Steamed squid lagi sekali tapi lemon restaurant jugak menang!
Overall, percutian ke Krabi memang tak memeningkan kepala.
Makan senang cari, nak move around senang.
Pilihan aktiviti banyak. Just pilih aje
Selamat bercuti and if ada anything to ask, just email or comment below
xoxo
No comments:
Post a Comment