Tuesday, February 19, 2013

Happy CNY!

Salam all,

 

Ya Allah, banyaknya benda nak update tapi I cant find time. Super busy lately. Yela, dah tinggal few weeks je till my wedding day.

Last week, dapat 9 days holiday sempena CNY. Memang spend it to the fullest, 2 hari pergi majlis akikah little cousin kat Muadzam Shah, then banyak hari spend ke sana sini menghantar kad kahwin kat sanak saudara. keluar rumah pukul 8 pagi balik rumah pukul 10 malam. penat tatau lah nak cakap macam mana. Tapi lagi kesian kat my parents. sure lagi penat ke sana sini.

I ambil masa satu hari pergi spa kat aster spring. Buat hydro treatment (ker ape tah namenye) sebab kulit i kering, kurang air. pastu buat jugak scalp tension relief. Tatau laa best ker x sebab i tertidur sepanjang masa. Haa kira best laa kot tu kan?

Hari tu sempat juga beli barang buat bunga telur, of course bukan i yang buat. Barang-barang tu hantar kat my wedding planner, Rukhsana Ridwan. I memang tak kreatif. I bole do research and google je :)

Fitting baju pun dah selesai last weekend. Baju sanding for my side dah settle. Baju sanding kt H's side pun dah settle. I lost a few kgs so baju tu mmg muat perfectly. Just baju sanding kat kelantan kena kecik kan sket.
Cuma yang tak settle lagi just baju nikah i. Tapi da janji ngan pegi fitting this sunday. Hope semua

Setakat ni alhamdullilah semua went smoothly. Cuma i risau takut last minute nanti ade je macam macam masalah.
Doakan semua okay ye :)

xoxo

1 comment:

cha said...

tak lama lg kn. semoga dipermudahkan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...