Thursday, February 23, 2012

Dilemma

Salam all,

Merujuk tajuk di atas, saya sememangnya di dalam dilemma sekarang. Banyak benda yang berlaku dalam life saya kebelakangan ini menyebabkan saya harus membuat penilaian dengan teliti dalam membuat sesuatu keputusan.

hebat juga BM gua hehehe

*muka ketat* Seriously, memang i macam indecisive lately. semua orang nak a perfect life kan. siapa yang cakap, tiada orang yang perfect, terima seadanya.. itu bohong! sebab, perfect ni subjektif. perfect for me, begini,
perfect for anda mungkin begitu.

So i memang nak a perfect life. Perfect dari perspektif saya.
Perfect day for me, kalau dapat meneguk Chatime 3 kali sehari. Perfect day for anda, mungkin tidur sepanjang hari. siapa tahu kan?

Dalam mengejar kesempurnaaan ni, mungkin ada yang perlu kita terima kekurangan. I boleh terima kekurangan. tapi bukan semua. Kekurangan pada diri anda, yang tidak memudaratkan saya, insya Allah saya boleh terima. Tapi kekurangan yang membuatkan saya perlu mempertaruhkan hidup saya, mungkin saya perlu fikir 40 kali sebelum membuat keputusan.

Dan sejujurnya, bila terlalu banyak halangan yang datang. bila terlalu banyak kesusahan yang dirasakan. saya menjadi lemah dan tawar hati. bukan tak nak susah senang sama dipikul.
tapi bila kesusahan itu kita yang create, kita yang cari.. itu yang buat saya berfikir.
Benda boleh jadi senang, kenapa ambil jalan susah?

Banyak yang saya hadapi sebelum ini, banyak kata-kata yang saya telan, saya tahankan dan sabar.
tapi bila kejadian-kejadian yang berlaku pada tahun ini, saya rasakan saya perlu lakukan sesuatu.

Saya berdoa kepada Allah supaya menetapkan hati saya. Memberi saya petunjuk dan menunjukkan jalan yang terbaik untuk hidup saya.

Kawan-kawan sila doakan sama :)

xoxo :)

2 comments:

Moumo said...

cite sal jodoh ke ne?
jeng2

Breathing.In.Luxembourg said...

I pray for the best for you :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...