Friday, May 4, 2012

Kuching trip #part 1


Salam all,

My friends and I pergi kuching for a short trip, 3 days 2 nights sahaja. Kitorang stay kat tunehotel sebab i dont want to stay at any terrible budget hotel hikhik.

Two nights for only rm150 ( incld tax) . quite cheap sebab basic room sahaja. takde tv, takde aircond. kalau nak aircond and tv, ade extra charges. tapi sebab memang nak keluar berjalan sahaja sepanjang hari so tak amek pun. bilik memang sempit tapi for dua orang bujang, okay saja. tak suggest untuk family lah.


Kak Diana check in foursquare lettew.

Kitorang sewa kereta kat Kuching, dapat Saga FL for two days rm180 je! Murah kan? kereta baru plak tu. Nama kakak sewa kereta tu, Kak Hanna. memang dah janji nak jumpa kat airport kuching. Kak Hanna memang punctual. Masa touchdown, dia dah tunggu kat arrival gate. senang berurusan with her. sangat friendly. dia pun ada suggest tempat-tempat best nak melawat kat Kuching. Kalau nak no phone kak hanna ni, email me at ayyahenrietta@gmail.com

Lepas check in tunehotel, kitorang turun pergi dinner kat topspot. Topspot ni medan letak kereta, kat tingkat 5. kalau nampak gambar udang besar tu, haa betul lah tu. Tempat ni bukak dalam pukul 530 petang. sampai midnight. Macam food court, and boleh pilih nak makan mana. Yang famous Bukit Mata Seafood and ABC Ah Seng. masa nak choose kedai, tengok yang ada certificate halal.

Sayur midin goreng belacan
 Sayur midin ni famous sangat kat sarawak. lebih kurang macam pucuk paku rasa dia. crunchy.

Ikan Siakap Goreng Thai Style
 Sedap juga ikan ni, ranggup and ada sauce masam manis with mango on top!

Buttermilk Prawn
Sedap jugak udang ni, lain lah dari butter prawn yang biasa makan tu. tapi for me, yang i makan kt kota kinabalu dulu lagi sedap kot :)


Sotong goreng celup tepung.

Dry Chili Crab

Banyak kan makan and sangat murah. Good food to kick start our journey. Nyums!

Total damage : RM130

Lepas makan, kitorang berjalan-jalan kat waterfront and lepak sahaja. sebabnya waktu malam kt kuching tak happening. banyak kedai tutup dah. and lepak-lepak pastu rasa macam dah lambat gila, tengok jam. eh, baru 9 malam lah hehe

Malam tu semua sleep early sebab nak bangun awal the next day.
Nanti sambung part 2 ye.

xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...