Thursday, June 18, 2015

Holiday Review : Gold Coast June Trip!


Muke kepam after 8 hours flight and lousy MAS food. 

Salam all, Lama dah tak update blog but semangat nak update semula sebab ramai yang tanya about my cuti cuti ke  Gold Coast , rasanya it would be useful if I share here kan?

I pergi Gold Coast awal June aritu, beli tiket kat Matta Fair, harga tiket MAS RM1500 return for one person. Quite a deal, kan?

Flight MAS tak fly straight to Gold Coast. tapi touch down di Brisbane. From Brisbane to Gold Coast ambil masa lebih kurang 50 minutes by car. For our trip, selepas buat kiraan budget, kami agree untuk sewa kereta sebab agak murah and tak beza banyak kalau guna public transport. 
Kereta merah ini, kitorang sewa from Budget Company for only $178.00 for 7 days. 
Murah kan? ( darab 3 kalau nak tahu amount in RM) 
 Semua booking dibuat online sebelum pergi GC. 


Sampai je di Brisbane Airport, kitorang beli number di Aussie, senang nak guna internet, nak guna waze semua kan? So kat sana, just waze je nak pergi mana-mana. Oh, kalau nak tahu, kitorang ni takde international driver license pun tapi lesen malaysia now ni ada english translation kan. 
Itu dah kira memenuhi syarat dah. 

Di Gold Coast, I sewa apartment di Beachcomber Resorts, Surfers Paradise. Apartment ni takde lah cantik sangat tapi murah and locationnya strategic. sebab boleh jalan je kalau nak ke Surfers Paradise. Parking free pulak tu, 
Saja ambil apartment sebab senang nak masak. boleh jimat sikit. Kitorang bawak stock food from malaysia, macam beras, canned food, sardin, tuna, herbs, pasta sauce, perencah nasi goreng, kunyit, garam. and of course, maggi. 


First day, sebab masih letih lagi, so kita terjah Harbourtown dulu. Harbourtown ni tak jauh pun from Surfers Paradise. Kenapa datang Harbourtown ? Sebab sini factory outlet! 
Masa kitorang nak datang sini, ramai yang cakap, 

nak shopping apa kat aussie, mahal kot currency dia

But actually guys, memang murah kat sini. takdelah murah gila macam barang lelong. Tapi still murah compare to Malaysia. 

Bayangkan set dinnerware Correlle, kalau kat langkawi dalam RM300- RM400, kat sini dalam RM180 je. tapi design limited lah. not all designs ada. 
And perfume pun murah, kalau Versace tu, kat malaysia RM390, kat sini leh dapat RM200. 
Tshirt and baju memang tak payah cakaplah. Memang murah-murah. $10 dapat 3 baju. 

Kitorang semua beli kasut Nike here sebab kalau design sama kt KL, harga dalam RM499. Kitorang beli sini dalam RM216 je. Kebetulan masa masuk store Nike, time tu tengah ada happy hours, 
semua benda 40% off. Apalagi, tak tentu arah la semua orang. 

Lunch di Kedai kebab halal dalam harbourtown. 



Shopping tak ingat di Harbourtown, sampai dah nak malam, so on the way balik, kitorang singgah Peter's Fish Market. Nak beli ikan untuk dinner nanti. Tak menarik sangat Peter's Fish Market ni sebab kecil je kedainya. tapi boleh lah. 
Ikan yang kitorang beli ni, $3 je. dalam RM9.00 seekor. Murah. 
Size macam ikan siakap dah. 


Sempat lagi bergambar kat park tepi Peter's Fish Market. 


Sebelum sampai apartment, singgah jap kat Woolworths, (groceries store) very near to our apartment, boleh jalan kaki je. Beli minyak, garlic, onions, chillies ( wajib ok? ) raspberry juice, beli roti, and snacks. Balik rumah terus masak for dinner. 


Nampak tak tahap kelaparan dua budak tu? 
Menu sardin, telur dadar and ikan bakar. 
Saja masak nasi banyak sikit sebab esok pagi tu, boleh buat nasi goreng pulak. 


Settle dah aktiviti shopping untuk hari pertama. 
Nanti kita sambung hari kedua ya. 

bye! 

xoxo. 






2 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam,
yeay ada entry cotik3
iols loike
tak dapat pi dapat baca pun jadiklaaaa he3

Akmal Hidayah Azalan said...

Takpe mana tau one day ada rezeki boleh pergi.
Insya Allah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...