Thursday, May 1, 2014

Review Bali Trip : Day 2


Salam, 

Jom sambung cerita bali trip hari kedua. 
Day 2 supir bawa kami ke Kintamani. Kintamani ni agak jauh dari Seminyak tapi kita tak perasan sangat perjalanan jauh tu, sebab kita akan singgah banyak tempat sebelum sampai ke Kintamani. 
Kami gerak dari Seminyak dalam pukul 9 am, and tempat pertama kami singgah, tempat yang buat batik lukis. Batik ni memang lawa sangat sebab semua lukis tangan. Kemas and penuh berseni kerja diorang. 
Kat sini, kita boleh masuk and ambil gambar tempat dorang lukis and warna batik,  tapi kalau barang-barang yang dijual, dia tak kasi ambil gambar. Kat sini I ada beli clutch batik, quite nice and murah, dalam RM20 je. Ada juga kemeja batik, pario, songket pun ada sini. 



Tempat kedua kitorang singgah, adalah tempat jual painting. Memang lawa gila laa painting-painting kat sini, sama juga macam kat tempat batik lukis, bahagian luar je boleh ambil gambar, kalau dalam galeri, memang dia tak kasi. I memang kumpul painting from semula tempat yang i pergi, so a bit over excited bila datang sini.

Memang teruja betul masuk galeri dia. Ada banyak bahagian. dia bahagi ikut theme lukisan and siapa pelukis nya. Contohnya, ada lukisan dewa-dewa kat satu bilik, lukisan abstract kat satu bilik, lukisan gambar perempuan kat satu bilik, macam-macam  jenis. and memang mahal juga lukisan dia,
tapi I bagi contoh macam ni lah, kalau harga lukisan 1k kat malaysia dengan 1k kat bali, harga sama tapi lukisan kat bali ni memang double triple lagi lawa lah.

And kitorang beli painting tu, with that price, memang tak dapat lah nak beli quality sama di Malaysia.
Kalau ikutkan 2 -3 painting nak beli sebab I memang teringat-teringat dua lukisan ni, lawa gila. nampak lively. Satu gambar lukisan orang tengah menuai padi, dengan background padi color keemasan and satu lagi gambar pohon kemboja. Serious memang cantik. Apa kan daya, budget tidak cukup. maybe boleh beli kalau next trip pulak :)

And mind you, banyak tempat lukisan di sini, kena beritahu supir, range harga berapa yang kita cari sebab ada setengah tempat tu, painting dia siap ada certificate and harga berbelas ribu.
Kalau beritahu supir awal-awal nanti dia akan bawak ke tempat yang sesuai dengan budget kita.
Supir I dah inform awal-awal, jangan malu untuk tawar-tawar sebab harga sini boleh murah lagi.
I pun pelik, painting pun boleh bargain ke, tapi memang betul !


Ni gambar-gambar kecil, dia jual dalam rm15 macam tu je, sebab tu dia kasi ambil gambar hehe

Tempat ketiga, kitorang singgah adalah tempat buat silver tapi I tak singgah lama and tak ambil gambar pun sebab tak minat sangat, takde plan nak beli silver. tapi kalau ada teringin nak beli cincin silver, kancing baju kebaya ker, necklace or ear ring, boleh siap kan bajet terus. 

Next tempat, kawasan padi bukit. tempat ni memang menarik, permandangan dia sangat unik. kami singgah ambil gambar kejap je sebab perut dah lapar. 



Sampai lah kita di Kintamani, Kami lunch kat sini sambil menikmati permandangan Mount Batur, sebelah Mount Batur ada tasik. Suasana dia agak sejuk. Macam cameron. Lunch Buffet kat sini RM30 seorang.
Supir kami dah cakap awal-awal makanan kat restoran ni takde lah sedap sangat tapi permandangan tu yang cantik.

 Memang calm lah duk sini, kitorang lepak and borak. sambil makan pisang goreng haha. 
pisang goreng die sedap. 


Haa, nampak tak tempat makan dia tu, memang di hujung tanduk tau. hehe


Selepas lunch and habiskan masa di Kintamani, kitorang turun untuk bali ke Seminyak. Next tempat kitorang singgah adalah tempat buat kopi. Kat sini agak unik, I suka sebab area kampung and sangat nyaman.
Kalau kita datang sini, dia akan jamu kita dengan beberapa jenis coffee and semua nya free!
Bila kita dah minum coffee tu, kita boleh lah decide, kopi mana yang kita suka and nak beli.
I nak cuba kopi luwak tapi kopi luwak ni bukan percuma ye, yang ni kena bayar. sebab kopi luwak ni premium coffee. satu cawan kecil coffee luwak ni harga lebih kurang RM12.

Camni lah caranya dia buat kopi luwak, kat belakang tu our coffee lady. 
Honestly, I memang suka kopi luwak tu, sebab rasa dia very smooth. sedap betul. tapi tak beli laa bawak balik sebab satu paket RM300 hehe. mahal benor.

 
Ni lah pelbagai coffee yang dia sediakan, I paling suka coconut coffee and ginger tea. Hezri pulak suke cocoa drink and roselle tea.
Lemongrass tea tu rasa dia macam tea yang selalu spa hidangkan pada kita hehe. Sebelum balik, I beli bali coffee, coconut coffee and ginger tea untuk ole-ole. and i beli juga virgin coconut oil sebab orang cakap coconut oil ni bagus untuk rambut.
Sebelum balik, supir I memang pesan awal-awal, keluar dari tempat ni , kena terus naik kereta. sebab kat sini, ada orang suka datang mintak duit dengan tourist. Bagus dia kasi tips awal-awal. memang kitorang berlari naik kereta terus hehe.


Lepas turun dari Kintamani, Kitorang terus ke spa, Galuh Bali Spa namanya. 
Sampai di Bali I dah gtau kat Supir tu, I nak pergi spa, dia cakap kalau dia bookkan untuk kitorang dapat harga istimewa. So dia bawak lah kitorang ke Galuh Bali Spa, harga kt spa tu semua dalam USD ya. 
Tapi supir tu memang cakap awal-awal kat kitorang, tengok dulu mana berkenan and jangan tengok harganya, sebab dia cakap boleh dapat diskaun lagi dari harga yang dah state dalam menu. 
Memang dia kasi diskaun betul and berbaloi lah I rasa sebab lama juga spa kitorang buat, whole body massage, foot spa, lulur and mandi susu dengan rose petals. Honeymoon package kata nyaaaa haha. dalam dua jam lebih jugak kitorang kat sini.  

After spa, supir bawak dinner kat wong solo. macam wong solo kat malaysia lah. nasi ayam penyet. 
After that, supir nak bawak kitorang pergi tengok nightlife kat  Kuta, tapi kitorang dah penat gila and mintak dia hantar balik villa. dia pun serba salah sebab masa tu baru pukul 8pm, kalau ikutkan dia kena bawak kitorang jalan sampai 9 pm. so dia cakap, takpelah, dia bawak round  kuta tapi duk dalam kereta je, tak payah turun. 

Tamat cerita day 2 trip,  balik hotel malam tu penat gila. sebab dari pagi kuar berjalan. 
Nanti kita sambung untuk day 3 ye

xoxo. 

1 comment:

Unknown said...

view padi tu mcm yg dlm american next stop model pergi.mmg cntik gle

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...